Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

MaMa Chop PaPa Grill

Assalammualaikum,ola,hye

Lately manyak entry fasal makan2 kan?

hihii,Pia tiba2 rajin transfer pic secara pukal
ke pen drive hari tu,ecece

So layan kan ajer ek,boleh u guys?

Time ni makan kat MaMa Chop PaPa Grill
Sri Gombak(sekali-sekala off masak2) :P

Owner nya orang Arab,nampak sticker kat restoran
Francaise dari MCPG

Halal,yum yum memang boleh tahan
rasanya.

Well i'm a food lover sedap ajer
semuanya :P


Air Barbican yang semakin femes emes
kat malaysia pon ade kat sini


Gravy nya sedap!! gravy yang penting

pricey f&b
23.30
10% service charge 
2.33
total:
25.65


this is mine :P,grill chicken chop set dengan air seratus campur 
:D,air soft drink je boleh pilih dalam set ni
hubby makan lamb chop with rice,nasi ade 3 jenis boleh pilah plain indonesia 1 lagi lupe,hihi
hubby dah ngap dah baru teringat nak snap,dah bace Bismillah ok

Jangan selesa sangat

Kena ambil tahu


Malaysia 'mangsa' gempa jiran



PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.



KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.

Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.

“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.Kosmo

Fairy Notes-kuasa Allah,kalau Allah nak bagi sekejap jer.Jangan la kita leka,jangan ingat kita tak mungkin kena musibah/pengajaran macam ni.

Siapa Aisyah?

Keywords yang terkena kat blog Pia
for this week
Siapa yang di cari?Pia tak alert pulak hehe
u guys tau?



Lagi 1,mane tau Pia suka pakai sandal ni?hehehe memang senang selesa je pakai sandal :P
keywords hari ini

Wednesday, March 30, 2011

Aiskrim Donut

siapa yang selalu beli groceries kat hypermarket "gergasi"
perasan tak kat pintu masuk ade jual aiskrim?

haa,kadang2 before balik nak suka beli aiskrim ni hihi

hari tu Pia terjumpe aiskrim ni,sangat menarik

Aiskrim Do do do do Donut!!hehe

Luar strawberry dalam coklat not bad rasenya



cuaca terik,xtra yummy dapat makan aiskrim

Sarapan

Teh tarik kureng,Pia amat cerewet minum teh tarik
so far teh tarik umi Pia buat and kat food court (Blue Cafe)JJ(Jusco) yang sesuai dengan taste Pia :P
















ini bukan telur mata,ini roti tampal,macam roti canai telur

yang beza telur nya sebiji diluar ,bukan mcm roti canai telur
biasa yang telur nya dalam roti

sedap,cube la.kedai nya kat area Taman Permata/Wangsa Maju

Tuesday, March 29, 2011

the "weng"!! me

ish3...wifey siapa la ni :P,bila time free sangat


ini bukan rambut pia ye,ini tudung hihi

eksperimen pakai anak tudung syria berlapis and aksesori

Sepetang di klinik kerajaan

Citer ni dah lame,ehehe

mase hubby demam 3 hari tak kebah :(

bawak hubby gi klinik gov pulak lepas gi klinik biasa
tak baik2 lagi

pergi sesi petang ,Pia amek 1/2 day mase ni

cian hubby xlarat drive mase tu.



biase la mula2 amek no ;P


tunggu,alamak baru no 1230

lepas doc check,gi bilik rawatan ambil darah


huhu,does it hurt sayang?
tunggu result ,Alhamdulillah he's sihat walafiat now

All the best Diana Dianelle




BIARPUN sudah enam tahun bergelumang dalam industri hiburan tanah air, aktres kacukan Melayu-Amerika ini mengakui belum lagi bertemu dengan kesempurnaan yang boleh dibanggakan sebagai seorang pelakon.
Pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu turut meletakkan dirinya masih hijau dalam bidang lakonan, justeru dia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
Ditemui semasa menghadiri majlis malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini, Diana yang hadir persis seorang puteri kelihatan jelita dan menawan dalam busana rekaan Hazwani Osman.
Tatkala bertemu dengan gadis berusia 19 tahun itu, dia sudah bersiap sedia untuk menjawab apa juga soalan yang diajukan, tetapi tidak meletakkan jaminan untuk menjawab kisah cintanya yang dilaporkan sudah bercerai kasih dengan seorang aktor kacak.
“Saya lebih senang berbicara tentang soal karier dan pelajaran,” ulasnya ringkas.
Tanpa berlengah, Diana pantas mengalihkan butir bicaranya ke arah kerjaya sebagai seorang pelakon yang pada awalnya diceburi hanya untuk mencari keseronokan dan pengalaman.
Namun lama-kelamaan, perasaan itu bertukar kepada cinta dan minat. Seterusnya, kerjaya sebagai seorang pelakon itu diputuskan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama untuk meneruskan kehidupan.
“Ia sudah sebati dalam diri dan bila ramai yang menjadikan lakonan sebagai satu karier yang tetap, saya terfikir untuk melakukan perkara yang sama.
“Dulu memang saya berlakon hanya untuk suka-suka. Saya mahu berlakon untuk mencari duit buat diri sendiri bagi kegunaan pada masa depan.
“Justeru, terasa sayang untuk lepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata, lebih-lebih lagi dengan tawaran yang datang setakat ini. Saya amat bersyukur dengan semua itu,” tuturnya dengan lembut.
New York Film Academy
Sepanjang April, kemungkinan kelibat pelakon kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu akan jarang dilihat oleh umum kerana dia bakal berlepas ke Los Angeles untuk mengikuti pengajian di New York Film Academy, Los Angeles dalam kursus lakonan.
Graduan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor dalam jurusan Biosains itu bertekad untuk mengurangkan kelemahan dalam lakonan seterusnya menumpahkan sepenuhnya ilmu itu dalam kariernya.
“Saya harap dapat mantapkan kemahiran berlakon dan memperbaiki ruang kelemahan yang ada dalam diri. Sebenarnya saat seperti ini sudah lama saya idamkan tetapi tidak diizinkan waktu.

DIANA menegaskan dirinya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.


“Pada mulanya, saya hendak ke Australia, tetapi pada masa yang sama, saya turut mencuba nasib di Los Angeles dan akhirnya permohonan saya diterima. Itu pun sebab mereka hanya terima pelajar yang sudah bekerja (berlakon) agar selepas itu boleh terus praktikkan apa yang telah dipelajari,” jelasnya yang akan ditemani ibunya, Norsiah Ramli untuk tempoh dua minggu pertama.
Bakal menemui penonton dengan filem terbarunya iaitu ...Dalam Botol tidak lama lagi, Diana dalam diam menyimpan harapan untuk bekerja dengan beberapa nama pengarah tersohor negara.
Antara hajatnya yang sudah berjaya dilunaskan ialah dengan bekerja di bawah dua pengarah yang dianggapnya hebat iaitu Osman Ali dan U-Wei Shaari.
“Masih ada lagi beberapa nama besar yang masih belum saya gapai iaitu bekerja dengan Datuk Shuhaimi Baba dan arwah Yasmin Ahmad. Apa boleh buat kerana arwah telah pergi buat selama-lamanya dan impian itu hanya mampu saya simpan sahaja.
“Secara peribadi, saya menyifatkan diri saya tidak layak untuk mendapat apa-apa yang hebat selagi tidak berusaha untuk memantapkan lakonan. Saya perlu kemaskan diri sebelum bekerja dengan nama-nama hebat itu,” katanya yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali.
Berbalik kepada kursus lakonan di LA, Diana memberitahu, kursus itu bersifat fleksibel dan akan berlanjutan selama 10 bulan, namun selesai bulan pertama, dia akan kembali ke tanah air semula.
Sekiranya didapati sesuai, Diana akan ke sana bagi menyambung semula pengajian dan jika berjaya menamatkan pengajian, dia akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lakonan.
“Mereka boleh ikut jadual kita. Mungkin selepas balik dua atau tiga bulan, saya boleh ke sana semula. Mereka pun tahu kos amat mahal dan sebagai seorang yang sudah bekerja, saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan.
“Cuma syaratnya saya mesti lengkapkan kursus selama 10 bulan dalam masa dua tahun. Jika saya sesuai dan semuanya lancar dan motivasi diri masih tinggi, mungkin saya akan sambung,” luahnya yang akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi di Kolej Universiti Sunway menjelang Jun depan.
Mendengar terlalu banyak perancangan ilmu yang bersarang di minda, Diana juga tidak mahu apa berlaku seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Saya tidak akan paksa diri saya sekiranya saya tidak mampu, tetapi secara peribadi dan bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, saya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.
“Ia sebagai bekalan masa depan. Bila saya berkahwin dan kalau jadi apa-apa selepas itu, apa lagi yang tinggal? Jadi ilmu itu penting bagi saya,” ungkapnya.Kosmo

Monday, March 28, 2011

Lucky,花样男子(Hua Yang Nan Zhi) Boys Over Flower

Tak habis2 BOF hehe,lagu ni pon besh



Nan himi deulddaemyeon lucky in my life
Geudaega kkumcheoreom dagaoneyo
Seulpeo jilddaemyeon nan lucky in my dream
Geudae ddasuhage nar kkok kamssajuneyo

Eonjena ireohke useoyo nan
Sesangi himdeulge haedo
Nan cheoldae nunmureun boigo shipjin anhjyo
Nae maeum moreuneun geudaerado
Meolliseorado geudaeui geu misoreur
Kanjikhal su isseo dagaengijyo

Ulgo shipeulddaen lucky in my love
Sangsangsok geudaega meotjyeoboyeoyo
Uljeokhaejimyeon nan lucky in my world
Geudae kkumgyeolcheoreom nar kkok anajijyo

Eonjena ireohke useoyo nan
Sesangi himdeulge haedo
Nan cheoldae nunmureun boigo shipjin anhjyo
Nae maeum moreuneun geudaerado
Meolliseorado geudaeui geu misoreur
Kanjikhal su isseo dagaengijyo

Modeunge areumdawo nan neomu hangbokhangeol
Weroun sesange nan ddo nae sowoneul damayo

Eonjena ireohke useoyo nan
Sesangi himdeulge haedo
Nan cheoldae nunmureun boigo shipjin anhjyo
Nae maeum moreuneun geudaerado
Meolliseorado geudaeui geu misoreur
Kanjikhal su isseo dagaengijyo

Geudae hangeoleumman dagawayo



English

 When I am exhausted, Lucky in my life
You come to me as if in a dream
When I sadly fall asleep, Lucky in my dream
You warmly hold me tight

I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile

When I want to cry, Lucky in my love
You look so cool in my imagination
When I feel depressed, Lucky in my world
You always hold me tight, as if in a dream

I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile

Everything is beautiful, I am so happy
I fill this lonley world with my wishes

I always smile like this
Even though the world is difficult
I will never show my tears
Even if you do don’t know my feelings
Even if it is from far away, I am grateful
That I can cherish your smile

Come one step closer to me

Jun Pyo , Jandi BOF

Siapa tau tajuk lagu ni?suka la

Tak tau tajuk lagu ni



Pia suke tengok bento yang Jandi bawak
dalam scene ni,hehehe



Fairy Notes-sorry for the kissing scene

Sunday, March 27, 2011

2nd BE of the month

Syukur Alhamdulillah,tak sangka dapt BE ke 2 dalam bulan kelahiran ku ini

BE pertama dapat awal bulan




Fairy Notes-terima kasih INFINITY diatas kata2 semangat di entry ini ya,pia terharu sangat.semoga Pia lagi tabah ;)

Saturday, March 26, 2011

75 maut gempa bumi di Myanmar

SEBATANG jalan raya terbelah dua akibat gegaran gempa bumi yang berlaku di bandar Tarlay, Myanmar kelmarin.


YANGON - Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.
Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.
Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.
"Kami sedang berusaha untuk pergi ke tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan mangsa.


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan sebuah rumah ranap akibat gegaran gempa bumi di bandar Tachilek, Myanmar kelmarin.


"Anggota-anggota tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang berusaha mencari mangsa yang cedera di kawasan yang terjejas tetapi terdapat beberapa jalan darat yang terputus hubungan," kata seorang pegawai Myanmar.

Pengarah World Vision Myanmar yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan, Chris Herink berkata, kumpulannya telah mengenal pasti dua buah bandar yang teruk terjejas iaitu Tarley dan Mong Lin.

Katanya, pemerintah Myanmar berusaha untuk memberi informasi kepada rakyat dengan memberikan angka terkini kematian dan kerosakan yang berlaku.

Gempa bumi yang melanda Myanmar itu berlaku selepas kejadian gempa dan tsunami di Jepun.

Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh. - Agensi

Friday, March 25, 2011

terkedu

Something happen,thanks hubby Pia sangat2 tak kuat

Hubby terpaksa extra kuat menghadapi dugaan ini

Semoga kita tabah dan masalah ini dipermudahkan Allah







Fairy Notes-setiap yang perkara berlaku ada hikmah nya,mungkin kami lupa Allah.Lalu Allah beri sedikit ujian supaya kami kembali dekat padaMu Allah.

Wednesday, March 23, 2011

F & B at Genting finale...

Udah2 le tu Pia citer fasal ko jalan2,karang uwekk pula
orang bace? hehe.Ok2 dah finale dah ni

F&B(food and beverages) 

Lepas naik monorel,biasa la kat tempat sejuk cengini perut cepat lapa

I bawa bekal you, pagi sebelum bertolak pia buat Hot Dog ade cheese lagi :P

Ade la makanan sampingan dan kek beli kat Hypermarket
Pia tapau bawak pegi sana

Gambar tak de,busy siap2kan bekal haha poyo je :P

Maklum la GH ni makanan same macam kat bawah tu,harga
je lain mahal weh

Bawak bekal pon ok,balik nanti boleh makan ye tak?



air je beli,malas nak bawak tak mau beg berat,
tgk bill tu,service charge pon ade?padahal semua self service cisbege btl!

FINALE

Lepas solat kami marayau2 lagi sampai penat

snap sane sini habiskan mase





inilah antara hasilnya hehehe



abaikan muke sememeh ni





Naik cabel car sudah,jalan2 sudah,archery sudah ,naik ulat bulu sudah

kini tibe la mase untuk pulang marilah pulang



Tiket bas balik pukul 5.15pm,bajet turun dari genting skyway 1/2jam




kena naik cabel car lagik nak untuk turun dan bas kat

Naik cabel car nak tak lame sangat,cabel car nya sentiasa bergerak



Sekian,terima kasih bace :D

Naik Ulat Bulu pula

Lepas jadi Robin Hood,Pia gi Q beli tiket nak naik
Monorel si ulat bulu ni,Alamak sudah hilang gambar
monorel heheh.


Kejap jer Q,time Q nak naik Monorel je jenuh jap
maklumla cuti sekolah,hari sabtu pulak tu





Felling2
Dah samapi luar,jamu mata
owh habib ku yang jual mahal ;P
nampak macam tak de orang,cuaca baru ok.....tengok live dari dalam ulat bulu ni.berderet2 orang Q nak main permaianan kat Outdoor ni.

Nanti kan finale nya..........

Tuesday, March 22, 2011

Jadi Robin Hood di Genting

Sambung cite kat genting lagi,saje bagi catchy
sikit tajuknya

Pia and hubby enjoying Archery at Genting

Masa jalan2 kat area crock screw? (roller coaster)
Kami ternampak ade sorang pakai jubah ala
Robin Hood sambil promosikan game memanah ni

Selain kat genting,kat Sunway Pyramid pon ade


Hubby tengok2 ,tanya guy tu lepas tu terus ajak Pia
gi try game ni

RM9,berapa arrow dapat Pia tak ingat hubby bayar
banyak juge ARROW yg dapat, hubby bayar game untuk 2 orang


mula2 staff meraka akan ajar kita macam mane nak handle
peralatan dan arrow semua.


Adik ipar tak nak cube,dia jadi tukang snap gambar



kena pakai ni kat tangan.time ni awal lagi,tak penuh seronok macam tempat ni ana yang punya :D
action jer lebih :P
dipantau hubby :),dia dah try dulu.dup dap dup dap
1,2 shoot!!!
ade gaya tak?hehehe

ini hasil nya,hahaha hancusss first time .ok la ek?

Fairy Info:

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik).credit


Port mana pula yang kami terjah di genting?TO BE CONTINUE........


Fairy Notes-InsyAllah nak cube lagi :)

Inside First World Plaza,Genting Highland

Dah penat lelah menapak dari Genting Skyway

Sampai la kami kat First World Plaza,indoor park

jalan2,snap gambar merata2 :P



area yang ade boat ala2 kat venice tu
suke kete pink tu!abaikan lelemak diperut saya (T_T)
sejuk juge
"senang" nak pujuk cik abe bergambar
Pia suke itu kedai,Gadis hehe



Fairy Notes-ada aktiviti menarik Pia buat kat Genting ni,bersambung

Monday, March 21, 2011

Genting

Sempena cuti sekolah,adik ipar yang bongsu datang rumah

Hari jumaat je dia sempat datang,ade kelas tambahan
nak SPM tahun ni.

Sabtu pegi genting,hari tengahari dia balik dah
pergi bertiga dengan hubby

Bawak dia naik genting,jalan2 indoor jer
weekend mesti Q panjang.

Dapat kakak ipar dia ni menjongket sekali hihi

Penat jer Q lame2 nanti kalau masuk kat outdoor,
tepat sekali jangkaan.


Naik bus,dari Gombak
Muka cuak dah lame tak naik cable car
Nice view,sejuk

Alhamdulillah,finally sampai!fhewwww
ke first world plaza
sempat lagi :P



to be continue ..............

Fairy Cave

Fairy Pia found out about Fairy Cave!!!!!Gua Pari-Pari ;)

Semalam tengak TV1, rancangan Jom Pi

first time tengok saje2 sementara tunggu
maghrib

Baru tau kat Kuching, Sarawak town terdekat BAU ade gua pari-pari ni

Pemilik blog My real Fairy Tales ini suka alam semulajadi,
tapi ade rase gerun sikit dengan kawasan hutan2 ni hihi :P

Sangat misteri bagi Pia,Pia memang tak penah masuk Gua

Pic kredit


Fairy Notes-mana tau 1 hari nanti berani pula nak masuk gua :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)