Hati ku sakit teramat sangat
Agama suci Islam terus diuji dicabar dipermainkan berkali-kali
Lepas satu satu,sooner or later terimalah akibat dari perbuatan keji ini
Wajah Nakoula disiar di YouTube
LOS ANGELES - Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam.Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.
Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut.
Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik.
Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).
Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.
Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.
Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem tersebut.
Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.
Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad.
Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.
Menurut laporan agensi berita AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.
Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem tersebut.
Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.
"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.
"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.
Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.
Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.
Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.
Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu. - Agensi.KOSMO
Majalah Perancis siar karikatur hina nabi
PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.
Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.
Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.
AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.
Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.
Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.
Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan.
Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.
Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.
Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.
"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.
"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.
Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.
"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP.KOSMO
Fairy Notes-Apakah peranan kita sebagai umat Islam?tunjuk perasaan sahajakah?bukan kan itu ganas?
Hanya doa mampu ku pohon,doa itu senjata mukmin
Daku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.
Lindungi kesucian agama Islam,teguhkan hati kami ya Allah
2 comments:
Amin! Doa senjata paling halus umat Islam, insyaallah!
My latest Entry :)
Saya trauma kat Encik Jamban
Doalah yang teemampu..
dari blog NUR
Post a Comment