Thursday, June 24, 2010
Aisyah Selamat Bernikah
Penyanyi popular 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah hari ini mengakui yang dirinya kini isteri kepada Faizal Sazali Zulkifli, seorang duda beranak enam. Aishah telah bernikah dengan pasangannya itu di Narathiwat, Thailand pada 30 April lalu. Pernikahannya itu bagaimanapun tidak maklumkan kepada pihak media.
Namun, ia dapat dihidu apabila Aishah memuat-turun gambar pernikahannya di laman sosial Facebook miliknya. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini, Aishah memberitahu dia dan suami terpaksa bernikah di sempadan Thailand kerana suaminya belum mendapat surat cerai. Dalam masa yang sama, Aishah juga menafikan perceraian suaminya dengan bekas isteri ada kena-mengena dengan dirinya.
Ini adalah perkahwinan ketiga Aishah. Sebelum ini dia pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Singapura sebelum berkahwin semula dengan lelaki warga New Zealand pada September 1997. Hasil perkahwinan kedua, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Selain itu, Aishah juga mempunyai seorang anak angkat berusia 16 tahun.
Sumber dari GUA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Artikel
(222)
Award
(9)
Bahan Santai
(120)
Beloved Nuffnang
(26)
Celebration
(105)
Cite biase jer
(153)
Doa
(11)
Emosi
(183)
First Time
(186)
Gift
(6)
Info
(264)
Kawen-Kawin
(26)
Lirik
(21)
Love
(46)
Nasihat
(68)
Pia berhujung minggu
(83)
Tag
(21)
2 comments:
sis, igt lg tk..kump aisyah and the fan club..kelakar kalau tgk aisyah zmn muda.tp ni dh bertudung, cantik..dpt suami pn baik je nmpk tu...thniah..hope kekal hingga ke akhir hyt..
Lovely Pia-heehee ku ingt syg..ada ulang kat TV bln lps kalo xsilap.yg xblh thn tgk Paul Moss juri M'sian Idol dan 1 in a million tu ngeh3..tu la zmn muda2
semoga abadi utk Aisyah dan suami..InsyAllah
Post a Comment