Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Sehangat Asmara Episode 2

Sedihya masa anak Zainal Arief dan Kamilia Najwa
berdoa supaya dapat jumpa ayah nya

kredit http://www.facebook.com/photo.php?fbid=407885392633237&set=a.246604365428008.62567.246538308767947&type=1&theater

Boleh tonton online di Astro Gempak

Wednesday, November 28, 2012

Keluhan pengguna jalan raya di Lembah Klang

Fairy Notes-Kasihanilah kami rakyat biasa yg membeli kereta atas dasar keperluan.berapa byk RM $ melayang untuk membaiki kerosakkan kereta kerana keadaaan jalan yg teruk


JALAN berlubang, retak, mendap, beralun, penutup lubang yang terbenam atau di atas paras jalan, tampalan tidak sempurna dan berpasir sering menjadi igauan ngeri pengguna jalan raya terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa.
Umpama jalan maut, ia bukan sahaja mengakibatkan banyak peralatan sokongan kenderaan seperti penyerap hentakan dan tayar mudah rosak dan bocor, malah mengundang kecederaan serta kehilangan nyawa.
Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga mendapati, faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada faktor manusia, bahkan jalan raya dan kenderaan turut menyumbang.
Kesedaran pengguna tentang bahaya itu menyebabkan banyak aduan mengenai kerosakan jalan raya dilaporkan di media. Kini, usaha itu menjadi lebih mudah dengan memaparkannya di laman web atau media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Kerosakan jalan terutama masalah rekahan dan berlubang biasanya berlaku disebabkan kelemahan lapisan permukaan jalan apabila turapan jalan telah digunakan dalam tempoh yang lama.
Ia juga berpunca daripada faktor turapan yang tidak sempurna, keadaan cuaca seperti hujan, ketiadaan sistem saliran yang baik dan beban aliran trafik secara berlebihan seperti kenderaan yang membawa lebih muatan.
Bahagian-bahagian tanah mendap dan beralun di jalan raya sering kali disebabkan oleh saliran yang kurang baik, sistem paip bawah tanah atau kerja-kerja menggali untuk memasang kabel.
Keadaan itu boleh menjadi pembunuh terutamanya kepada kenderaan kecil seperti pengguna motosikal.
Di Lembah Klang termasuk di sekitar ibu negara masalah jalan berlubang bukan masalah terpencil, sebaliknya menjadi rungutan tidak berkesudahan pengguna jalan raya.
Nyaris maut
Beberapa jalan di ibu negara seperti di Jalan Tun Razak, Jalan Pahang menuju Jalan Danau Kota, Jalan Hulu Kelang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Taman Desa dan sepanjang Jalan Ampang dan beberapa laluan lain sering berhadapan masalah jalan berlubang.



Seorang pengguna motosikal, Amalina Zahir, 24, pernah ditimpa kecelakaan apabila tayar skuter yang ditunggangnya masuk ke dalam lubang sedalam 30 sentimeter di jalan berhadapan LRT Damai, Keramat.
Dia nyaris kehilangan nyawa apabila skuternya terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain dari belakang.
“Kejadian berlaku sebelah malam, memang tak nampak lubang itu sebab digenangi air. Tayar skuter saya kecil jadi bila masuk dalam lubang tu memang tak mampu nak imbang, terus jatuh.
“Alhamdulillah, saya cuma mengalami cedera ringan tapi motosikal saya rosak teruk dengan banyak bahagian yang perlu diganti,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Seorang lagi mangsa, Mashud Sahid, 40-an, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala apabila motosikalnya digesel sebuah kenderaan yang cuba mengelak sebuah lubang besar di Jalan Tun Razak berhampiran Rumah Temasek.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika dia dalam perjalanan dari Sungai Besi ke pusat bandar.
“Saya jatuh dan berguling di atas jalan selepas bergesel dengan kereta itu.
“Alhamdulillah, kereta itu tidak berapa laju. Saya cedera di kepala selain beberapa anggota badan lain hingga terpaksa ditahan di wad,” katanya mengenang semula kejadian yang berlaku lewat tahun lalu.
Bagaimanapun, kerja-kerja mengorek dan menampal jalan memang menjadi pemandangan biasa di jalan-jalan raya di Malaysia. Di sekitar Kuala Lumpur sahaja, kerja mengorek dan menurap jalan mempunyai kesan yang mendalam kepada pengguna jalan raya terutama jika dilakukan pada waktu siang.
Kerosakan jalan raya
Kerja-kerja ini mengundang kemarahan orang ramai kerana ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda.
Tetapi kekerapan berlakunya kerosakan jalan raya terutama di lokasi yang sama menimbulkan tanda tanya, sejauh manakah kualiti membaikpulih dan kerja penyelenggaraan jalan raya yang dilakukan?
Pakar Pengangkutan Awam Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor berkata, banyak jalan terutama di sekitar Kuala Lumpur tidak diselenggara dengan baik dan secara profesional.
Malahan kebanyakan pekerja yang melakukan kerja baikpulih tidak terlatih dan berkemahiran dalam kerja itu, dakwanya.
“Banyak jalan yang diturap dan dibaikpulih cepat rosak. Kadangkala jalan yang diturap hanya mampu bertahan setengah tahun sahaja dan ada yang kurang daripada itu.
“Apabila hujan, air mula bertakung menyebabkan lubang atas jalan bertambah besar sedikit demi sedikit dan akhirnya membahayakan pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal,” katanya ketika dihubungi.

 SEORANG penunggang motor sempat mengelak lubang yang besar di Jalan Prima, di Taman Metroprima, Kepong, Kuala Lumpur. 


Kaedah yang digunakan negara maju seperti United Kingdom dalam menyelenggara dan membaikpulih jalan yang rosak boleh dijadikan contoh.
Mereka melaksanakannya secara profesional dengan menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang penyelenggaraan jalan bagi memastikan kualitinya sama dengan jalan yang asal, jelas Abd. Rahim yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau berkata, Malaysia perlu menubuhkan satu badan pemantau bebas khusus mengawasi kerja-kerja baik pulih jalan raya terutama projek-projek yang memerlukan jalan raya dikorek dan diturap semula.
“Pihak ketiga ini akan melaporkan sekiranya syarikat yang melaksanakan projek itu gagal mencapai spesifikasi yang ditetapkan dan mereka mungkin dikenakan denda dan sebagainya.
“Dengan cara ini syarikat-syarikat yang berkenaan akan lebih serius dan tidak melaksanakannya sekadar melepas batuk di tangga sahaja,” katanya.
Pihak yang dipertanggungjawabkan dengan kerja-kerja membaikpulih kerosakan jalan harus memikirkan bebanan yang dihadapi pengguna jalan raya terutama kos penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan selain risiko kecederaan atau kematian.
Melalui maklumat balas daripada bengkel-bengkel kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, kos membaiki dan menyelenggara kenderaan meningkat kerana jalan yang rosak dan berlubang.
Di Malaysia, motosikal merupakan kenderaan paling popular bagi tujuan pengangkutan di bandar kerana kos kendaliannya yang lebih murah serta praktikal terutama dalam mengharungi kesesakan.
Namun, risiko mereka lebih tinggi ketika berhadapan dengan jalan yang rosak dan berlubang ujar pengasas kelab DR Moto, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali dengan nama Lando Zawawi, 36.
Motosikal rosak
DR Moto mewakili kepentingan keselamatan kenderaan dua roda.
Sebagai mat motor dan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, Azlan cukup memahami masalah dan keluh kesah yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika berhadapan dengan masalah jalan yang rosak.


JALAN rosak. Keadaan jalan utama Taman Ehsan Kepong yang rosak dan berlubang sehinggakan beberapa kenderaan terpaksa naik di atas pembahagi jalan.





 “Banyak perkara berkaitan yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak harus dilihat secara serius,” katanya.
Azlan yang banyak menganjurkan kempen keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan pengguna motosikal berkata, apabila tayar motosikal melanggar lubang, penunggang mudah terpelanting dan mengalami kecederaan selain motosikal rosak.
“Kenderaan lain seperti kereta atau lori yang cuba mengelak lubang secara mengejut atau mendadak juga boleh menghimpit penunggang motosikal yang melalui jalan sama ketika itu.
“Kedua-dua perkara ini sering menyebabkan kemalangan maut dan penunggang motosikal digilis kenderaan yang lebih besar,” katanya.
Selain itu, keadaan motosikal yang kerap melalui jalan yang rosak dan berlubang akan mengakibatkan risiko lain yang boleh mengundang kecelakaan. – Bernama Kosmo

Monday, October 29, 2012

Gambar Maher Zain dan Amir Khan menunaikan haji

MasyAllah Maher Zain dan Amir Khan sangat bertuah jadi tetamu Allah tahun ni,semoga Allah menjemput hamba yg hina ini.Amin



Tuesday, October 2, 2012

1432H,1433H

Assalammualaikum,hehe ape ke he nya citer pasal baju raya

Ini baju raya saya pakai pada 1 Syawal 1432H dan 1433H

Walaupun ini baju tahun lepas,syukur sangat2 Pia ada 2 pasang baju
baru nak pakai mase raya hari tu.

1 FIL belikan kain mase kami gi Tangkak,sehelai lagi beli kat Semua House
mase beberapa hari lagi nak raya

Cantik tak??? :D Masih elok lagi mane idok nya baru pakai 2 kali
termasuk raya hari tu,saya ni ada perangai suka beli baju lepas tu peram
buat pekasam sayang nak pakai la kunun hahaha!!

Now ada banyak reason nak pakai baju ni berulang -ulang kali

Bukan baju baru lagi,faham Pia?Jgn buat pekasam lagi :P


Fairy Note-Mujur beli baju saiz besar,sudah "gem" pon tiada masalah maintain boleh pakai lagi baju ni heheh

Thursday, September 20, 2012

Innocence of Muslims,Majalah Perancis siar karikatur hina nabi

Hati ku sakit teramat sangat

Agama suci Islam terus diuji dicabar dipermainkan berkali-kali

Lepas satu satu,sooner or later terimalah akibat dari perbuatan keji ini

Wajah Nakoula disiar di YouTube

LOS ANGELES - Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam.
Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.


GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan Nakoula (kiri) duduk bersama Gurji.


Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut.
Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik.
Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).
Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.
Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.
Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem tersebut.
Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.
Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad.
Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.
Menurut laporan agensi berita AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.
Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem tersebut.
Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.
"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.
"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.
Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.
Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.
Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.
Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu. - Agensi.KOSMO

Majalah Perancis siar karikatur hina nabi

PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.


KETUA editor Charlie Hebdo, Charb menunjukkan muka
depan majalah satira berkenaan di Paris semalam.


Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.
Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.
Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.
AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.
Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.
Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.
Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan.
Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.
Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.
Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.
"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.
"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.
Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.
"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP.KOSMO



Fairy Notes-Apakah peranan kita sebagai umat Islam?tunjuk perasaan sahajakah?bukan kan itu ganas?
Hanya doa mampu ku pohon,doa itu senjata mukmin
Daku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.
Lindungi kesucian agama Islam,teguhkan hati kami ya Allah

Thursday, September 6, 2012

Secret Garden

Siapa pernah "tengok" drama ni?best poster ini dari google

Siapa yg tak pernah tengok drama ni,cube tengok kat EPDrama :P
sweet juge drama ni


lagi satu pia teruja,suka sangat tengok rumah kaca dan perpustakaan
dalam rumah hero cite ni(sorry ayat berterabur,faham tak?)

semoga Allah izinkan kami milikki rumah sendiri dan dapat buat perpustakaan mcm ni
tak dapat macam ni perpustakaan mini pon ok,Amin





Fairy Notes-tak salah layan korea,dah habis layan drama,on balik mood.berpijak dibumi yang nyata.Allah no.1.

Tuesday, August 28, 2012

Memori Ramadhan,kenangan terindah

Assalammualaikum,hi apa khabar?semoga kita semua sihat sejahtera dan diberkati hendaknya.Amin


Dikesemptan ini,pia nak ucapakan selamat hari raya aidilfitri maaf andai ada khilaf dari pia.sebagai manusia biasa.kadang2 kita tak sedar.

hehehe awal kan pia beri ucapan raya,im sorry busy, la sangat

Pia sangat merindui ramadhan,faktor usia agaknya :).Bukan tak teruja nak beraya,ade juge perasaan tak
sabar nak raya :)


Antara aktiviti2 Pia di bulan ramadhan,

pergi terawih,pia mengaku terawih pia tak full.my bad,manusia tak sempurna :(

dengar tazkirah
yang ni tazkirah kat surau area rumah parents,Imam Muda pertama IM Asyraf :)

yang selebihnya ni semua anjuran AJK Surau kat ofice syukur Alhamdulillah,dapat pergi kecuali 2 tazkirah yg pertama,pia mc tak dpt dtg demam.

Rindu suasana ini,HR tak larang pon turun ke surau awal sebab walaupon "memo keluar" waktu rehat bulan ramadhan 1.30,1/2 jam je sebab balik pon awal 1/2jam dari bulan biasa.tazkirah start 12.45 sampai 2 ptg :)

dapat bertemu insan2 yang sangat istimewa antaranya ustaz don

Syarifah Khasif,gambar disini

Ustazah Asni



Ustazah Sharifah Norhayati

pesal wajah pia pelik,hihi malu2.mereka semua lovely!very humble :)
InsyAllah nak ajin pergi majlis ilmu selepas ini,Amin


Ini duniawi part pulak hehe


pergi menyemakkan diri,memeningkan diri di Jalan TAR hehehe,mase ni tak beli apa2 pening jalan2 tengok barang kejap then balik.tak tahan ramai sgt orang.pergi balik tangan kosong

lagi 3 hari nak raya baru shopping raya,tak balik dengan tangan kosong hehe,kalau rajin nanti pia citer la lagi fasal shopping raya ni.

Last but not least (betul ke ayat ni)


the one and only kad raya pia terima tahun ni,tapi sangat2 istimewa!!!


cube teka?


































from my favourite Sultan!Sultan Hassanal Bolkiah,Sultan Brunei
tak sangka dapat balasan,lagi beberapa hari nak raya sampai






Fairy Notes-berkongsi emosi,semoga tak disalah tafsir menunjuk2


Friday, August 10, 2012

Diari Ramadhan,lebih kurang 60 minit bersama Ustaz Don Daniyal

Alhamdulillah,dapat hadiri tazkirah bersama Ustaz Don

Bile?sila refer sticky entry di atas :)

Allah izinkan kami berjumpa di majlis ilmu dengan Ustaz Don :)


Macam tak percaya Ustaz Don depan mata :)



Ustaz Don kata(lebih kurang begini) kat mana kelebihan kita ,buat yang terbaik

Contoh nya kalau kita pandai baca Quran,baca la dengan
bersungguh2,pulun habis buat dgn ikhlas kerana Allah


Terima kasih juge pihak surau yg beri bubur lambuk,makan mase berbuka of course hehe..yummy
Alhamdulillah

Monday, August 6, 2012

Diari Ramadhan,Ustazah Asni

Assalammualaikum,Salam Nuzul Al-Quran

Alhamdulillah,Jumaat lepas pia dan colleague dapat menghadiri majlis ilmu lagi bersama Ustazah Asni
Jumaat sebelum tu bersama Sharifah Khasif

Ustazah Asni sangat cantik dan sweet ,penyampaian mudah dan menarik
Ustazah cakap sambil2 kita sibuk didapur,jangan lupa berzikir insyAllah kita dapat pahala
lebih2 lagi bulan ramadhan,dan byk kan sedekah.Kalau boleh jgn tinggal solat terawih

Wednesday, August 1, 2012

Tazkirah Ramadhan 1433H/2012

 Entry telah ditanam sehingga 14/08/2012,rajin2 kan diri ye untuk scrool ke bawah untuk update terkini(kalau ado ;P)




Assalammualaikum,inyAllah umat islam akan mula berpuasa Sabtu ni :)
Teruja!!!Pia nak jemput u ollz datang ke tazkirah ni

Semoga Ramadhan kali ini penuh makna,Amin

Mohon maaf jika ada salah dan silap

Selamat Berpuasa


p/s-jgn datang time Ustaz yang u ollz minat je,ehehe gurau je :P

Tuesday, July 24, 2012

Suami isteri kedemaman

Assalammualaikum semua,Salam Ramadhan Semalam dan hari ini wifey n hubby demam Syukur

Alhamdulillah masih dpt berpuasa Mc semalam dan hari ni,betul2 rehat.

Melepek je suami isteri semalam Pia ni ngada2,kalau demam tak nak "lawan"

Baring je keje,syukur la masih gagah nak solat Hubby susah nak demam,tapi hubby yg paling panas suhu

badan nya sian dia,semoga demam ni dapat menghapuskan dosa2 kecil kami,Amin


 Fairy Note-Blog baju updated!jemput tengok

Tuesday, July 3, 2012

SPA Perkenal Dua Dasar Baru Bagi Permohonan Ke Perkhidmatan Awam

Entah mengapakah,hati ini mahu siarkan berita ini di blog


Apa pendapat anda?Mstar

Friday, June 22, 2012

Fesyen Jubah Irma Hasmie

Suke lihat kelembutan wajah Irma I love you Irma ;) Cantiknya,
MasyAllah Nangis tengok Jubah2 yang Irma pakai cantik semuanya!!



Fairy Notes-Semua gambar ini dari FB Irma,maaf pia curi publish kat sini

Wednesday, May 16, 2012

I got 2 Kenny G Heart & Soul tickets to let go(Concert)


Hubby Pia menang online contest Sinar FM,tiket ni dapat dicourier sampai kat rumah semalam

Tapi Pia n Hubby tak dapat pergi,ada tak sesiapa berminat nak beli?Special price
Hari sabtu ni pulak tu show nya,8pm
Duit tu nak buat something sikit hehe,Pia cek online tengok harga tiket boleh tahan mahal

sumber

ini tiket nya,sorry blur sikit esok kalau sempat Pia upload yang gambar clear 

kalau ada yang berminat boleh email kat beatrizyoana@gmail.com
letak tajuk email "Kenny G"



Friday, March 30, 2012

Yang dinanti


Alhamdulillah,umi dah selamat pulang selepas Umrah! ;)

Umi batuk2,biasa la perubahan cuaca,semoga umi cepat sembuh
Amin

Thursday, March 8, 2012

Korban Kasih-Fatimah Saidin

Masa sekolah menengah dulu,kadang2 pergi PN dengan kawan2

Ade ongkos lebeh naik Cab,kalau tak naik bas menapak dari
Chow Kit ramai2

Nasib lagi baik tumpang kereta ada parents kawan hanta hihi

Malas la nak cerita Pia pinjam buku ilmiah what so ever hehe

Ada sekali tu Pia jumpe novel ni kat PN,so try pinjam

Pia dari remaja suke layan novel,dah tawen ni pon
still suke dah kurang sikit,kena byk bace buku2 lebih
seperti

Novel yang paling melekat disanubari hingga ke hari ini ialah
novel ini




Credit Yahoo Images,ini cover novel yang "original" yang Pia pinjam dari PN dulu.Cetakan baru cover dan lain

Satu2 nya novel yang boleh meruntun perasaan,Pia nangis betul2 punya bace novel ni

Kisah kekeluargaan

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.Goodreads

Fairy Notes-Wish to own this novel,susah nak cari novel lame ni.Ada sesiapa boleh bantu?

Tuesday, March 6, 2012

Tiada lagi

Assalammualaikum

Pada hari jumaat yang lalu,

Opah hubby telah pergi buat selama2 nya


Credit


Fairy Notes-Speechless

Tuesday, February 21, 2012

Puisi

Puisi Ada Apa Dengan Cinta

 

Tentang Seseorang

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........

Friday, January 20, 2012

Sikit punya hal jer

Dalam hidup kita pasti akan mengalami pekara atau situasi yang kita tak suka atau benci

Kurang gemar,kurang senang atau selasa,annoying,padahal pekara itu kecil ajer

Pia selalu alami situasi itu,disitu la kesabaran kita diuji.Selalu lah mohon pada Allah supaya menjadi manusia yang sabar,tabah.Amin

Sebagai manusia kadang2 Pia tewas mengawal emosi,terserlah diwajah atau mood jika sesuatu mengganggu benak fikiran atau jiwa.

Pia selalu rasa diri ini lain dari yang lain,tapi bila bab2 macam ni berlaku kat diri sendiri.

Oh rupanya Pia same je macam wanita2 diluar sana,hmmm bukan Pia nak kutuk semua wanita diluar sana.

Cuma Pia beranggapan Pia pon boleh jadi atau berperangai "typical women

Semoga sifat ini akan dapat diatasi atau dikurangkan,mencuba memperbaiki diri dan sifat dari hari ke hari

Fairy Notes-hujan lebat ketika menaip entry ini,syukur Alhamdulillah sejuk.setelah beberapa hari panas dan kering

Thursday, January 12, 2012

macam tu eh?

Ade 1 cerita,cerita nya simple je

Ade seorang hamba Allah A sedang membelek surat khabar

dibahagian artis ade seorang artis wanita dari panta timur ni
pakaian agak seksi dalam akhbar tu

Lalu hamba Allah A bercerita dengan Pia 

A : kak,seksikan dia ni dah la asal sana.orang sana kan alim2.artis ni pakai seksi nya

Pia :same aje asal dari mana pon,kalu nak pakai seksi seksi juge(dalam hati sedikit sebal,tapi terkawal)

Lepas tu Pia terus senyap je,nampak Pia diam dia sembang dengan hamba Allah B pulak

A : orang sane memang macam tu kan,kena kejutan budaya

B : ha'ah orang sane memang macam tu

A : ade yang kat KL pakai seksi,balik kg pakai baju kurung pakai tudung

B : Ade yang kaki clubbing kat KL

A : ade yang pengotor,aku penah pegi kg kawan aku kat sana.rumah macam tongkang pecah

B : aku pon penah pegi kg kawan aku kat sane,rumah dia ok lagi lah

A : dia orang ni kuat berpuak2 doh

lepas tu pia dah tak dengar mereka sembang apa

hairan  betul sedapnya mulut cakap orang negeri ni senang kena kejutan budaya lah,pengotor la berpuak2 lah.selalu sgt dah pia dgr orang negeri pantai timur yg 1 ni dikutuk.teruk sgt kah org negeri tu?

Semua ni gara2 awak lah retis!awak pakai seksi tak pasal2 orang senegeri awak kena kutuk,hish

Fairy Note-pia bersyukur dapat kawal emosi,tak melayan mereka dan berdiam diri :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)