Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kawen-Kawin. Show all posts
Showing posts with label Kawen-Kawin. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna

Alhamdulillah,Ustaz kesayangan ramai dan selamat diijabkabulkan 

Pia sempat dengar tazkirah mase Ustaz Don bujang hehe,ramadhan lalu.MasyAllah best sangat ;)

Dalam lagu Maher Zain Baraka Allahu Lakuma ade doa untuk pengantin

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Semoga rumah tangga Pia,Ustaz Don dan semua umat islam
bahagia hingga ke Syurga,Amin

Tahniah Ustaz Don dan Dr Husna

Thursday, July 5, 2012

Gambar Baju nikah Irma Hasmie

Cantik nya wedding dress Irma Hasmie?yang penting menutup aurat sangat indah







Semoga bahagia selamanya,gambar dari google dan http://www.facebook.com/media/set/?set=a.508127229204572.132629.282375111779786&type=3

Thursday, July 7, 2011

Makan nasi minyak

Assalammualaikum ,hye guys! ehehe ok ke tidok hari ni?

Ni baru terhegeh2 nak hapdet gi makan nasi minyak

classmate mase form 1.

Kenduri Sabtu lepas,congrats my dear faizah

ur so gorgeous!!Semoga berbahagia hingga akhir
hayat.


Bhajhu(apa motif taip mcm ni? :P ) kawen sangat cantik!!!
Love the pelamin matching tau dengan bhajhu i,fink!!!
sayang tidoooo,hihi
last pose from chubby *tsk* me before leaving

Sunday, July 3, 2011

Gambar Resepsi Tomok dan Ayu "MODERN ROYAL FAIRY TALE" BY HATTA DOLMAT

Tahniah untuk pasangan pengantin,wife u sangat cantik!!!!

Terpaku tengok warna, tema ,dress Ayu terutamanya mabelessssssssss Hatta!!

Terasa macam ade kena mengena dengan Blog Pia "Fairy Tales" :P

Fesyen/Fashion  Fairy Tales

Sumber Gambar FB Hatta Dolmat





Friday, June 10, 2011

Goody Bag

Saja nak tunjuk dapat goody bag mase Pia gi kenduri ke hulu,hubby gi kenduri ke hilir minggu lepas
hehe

goodies kenduri abang nara
dalam nya ade kuih peneram(telinga ke****),karipap mini dan cekelat yum2
dan dapat buku ni,bagus sekali :).Pia suka
Ni hubby dapat
tadaaaa,nasi briyani sedappp oooo,lauk ayam msk merah dan kari kambing.terbaik!!!



Fairy Notes-pegi kenduri tak harap pon dapat apa2,kalau dapat kira bonus suka!hehehehe.janji dapat hadiri kenduri.eratkan silaturahim dan meraikan hari bahagia pengantin

Thursday, June 9, 2011

Pabila Pia hadir ke Walimaturus Blogger tersohor Beautifulnara

Biasa la Pia entry terperam baikkkk punya :P

By the way μΆ•ν•˜ ν•΄μš” chugha haeyo!Tahniah
Abg Nara pandai bahasa korea kan?hihi


Semoga berbahagia hingga akhir hayat

Sabtu lepas blogger jard ajak Pia gi kenduri Abe Nara

Hubby izinkan..hubby lak gi kenduri sedara pak lang kat kelang gate
UK(Ulu kelang je heheh).

Tumpang kete Jard,jard bujang lagi so pasan single jap hihi

Ade sorang lagi blogger join,nak tau gi blog jard kat sini :P

Quite familiar jalan gi rumah abg Nara tu,tak sangka rumah
parents Abg Nara kat situ

Kami sampai pukul 12 lebih,elok je kami sampai Kak Ina KL pon sampai :)

Kami pulang pon awal,tak sempat tengok pengantin

Sumber pic dari Kak Ina KL dan Jard



pic kenduri belah abg nara yang kami pegi tu,cantik kan wife dia
esoknya k.ina gi kenduri belah wife dia
F n B kenduri abg nara,yum2 ade kuzi kambing,ayam goreng rempah

 desert sedak!ade kuih talam,bubur pulut ite(hitam) dan kuih akok my fav!

pudding triffle kalau tak silap.kami sampai awal lepas makan,dpt tengok2 orang sibuk setting meja pengantin
 posing with kakak abg nara dan kak ina kl
 kami suka bergambar peace

posing dengan mak abg nara(baju biru),kak ina dan blogger yang low profile hehe

jard with her DSLR,gotcha!! hehe :P

Tuesday, May 3, 2011

Zed Zaidi Rasa Pelik Tidur Dengan Isteri




PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi, 30, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu mengakui masih berasa kekok dengan status baru itu.

Jelas Zed, selepas tiga hari bergelar suami kepada Nelly Natalia Mustafa, ada beberapa perkara dalam kehidupan suami isteri yang sedang dipelajarinya.

"Ada banyak perkara baru dan pelik yang saya cuba membiasakan diri dan pelajari sebagai seorang suami.

"Kalau sebelum ini, saya sudah biasa tidur seorang dan hanya ada bantal peluk sebagai teman tidur. Kini, saya rasa pelik juga apabila tidur berdua tetapi saya berasa gembira dan bahagia.Mstar



Fairy Tales-hihi same la,dulu Pia mase mula2 kawin pon rase macam pelik.Macam tak pecaya tinggal serumah dengan lelaki bergelar suami :D

Friday, April 29, 2011

Wedding of Prince William, Duke of Cambridge, and Catherine Middleton

Wish them happily ever after


Prince William and Kate...the happy ending

So much for my happy ending Oh oh, oh oh, oh oh...

Congratulations !!


Akhirnya mereka akan berkahwin esok

Tak dapat tgk TV,keje :(


Kate Middelton permaisuri hati Prince William
my x :P


google

Suka bangat gambar ni,sweet


Siapa boleh lupa akan ibu Prince William
yang jelita ni.Wanita penuh karisma!

Wednesday, April 20, 2011

Dapat parcel

hihi,ade animasi pulak :P
gift kaler pink!!felt craf dari dini comei,pia dapat teka(kira menang la hihi) teka-teki kat blog dini.
yg kotak tu pia beli Catalyst VCO dari dini dapat free gift
Avon Lip Balm :)


Thanks dini

Monday, April 18, 2011

Arghhhh,nyesal giler kawin!

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan
mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak
punye pasal kan , aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak
bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas
kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang
tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak
makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang,
huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak
masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat
mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je
melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping
je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh
amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka
dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang
muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..
Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade
orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene
sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak
ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel
melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak
berdosa la kan ?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu
buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la
aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari
sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal
anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2
bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni
(padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai
je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa
belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan , skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade
'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur
kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni
bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la
pentingnya cari isteri yang solehah!

"Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge"
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!




Sumber-Email
Penulis-tidak diketahui,nice to read this!!!

Sunday, February 27, 2011

Selamat Pengantin Baru Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Raja Lawak


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 26 FEB 2011: Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.
Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah pun sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang telah berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.Murai




Friday, December 17, 2010

Selamat Pengantin Baru SM Nasarudin dan Marion Caunter

Dari CantikNara






Fairy Notes-i'm trying my very best to b a gud muslim,hope u too

Saturday, December 11, 2010

Siapa Bakal Suami Rabecca Nur Al-Islam?Lawyer?Majistret ?

hehehe,saje letak tajuk gitu


KUALA LUMPUR – Setelah genap tiga tahun bercinta, Rabecca Nur Al-Islam, 24, akhirnya mengumumkan calon pilihan hatinya kepada umum iaitu seorang peguam, Nor Azam Datuk Sulaiman.

Menurut Rabecca, dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dan melangsungkan perkahwinan dengan Nor Azam, 42, pada 14 Januari 2011.

“Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan, kini saya sudah bersedia untuk memiliki keluarga sendiri dan menjadi seorang isteri,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan jejaka pilihan serta tarikh perkahwinannya di butik Harrods, KLCC semalam.Kosmo


p/s-tak ya la seksi2 lagik ok!awww

Friday, December 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Pelakon Zaibo

Dapat dari email



BATU PAHAT: “Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,” kata pelakon berpengalaman, Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo).

Bertempat di Pejabat Kadi Batu Pahat, Zaibo, 54, diijabkabulkan dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam.

Siti Hawa yang mempunyai sembilan anak menerima mas kahwin RM22.50. Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk keluarga rapat kedua-dua pihak saja.



Menurut Zaibo, dia dan isteri sepakat untuk mengadakan majlis yang ringkas secara tertutup kerana memandangkan usia masing-masing yang sudah meningkat dan Siti Hawa pula pernah berumahtangga.


“Mulanya kami hanya nak bernikah di pejabat kadi dan mengadakan kenduri doa selamat. Bagaimanapun perancangan itu bertukar apabila ramai pula ahli keluarga sebelah perempuan yang hadir. Saya agak tadi hampir 80 orang. Namun saya bersyukur kerana mereka datang meraikan kami,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi Januari nanti.


Pelakon teater terkenal itu mengenali Siti Hawa sejak 10 tahun lalu dan kembali rapat selepas tiga tahun kebelakangan ini. Namun mereka tidak pernah membincangkan soal hubungan yang serius, sebaliknya atas dasar persahabatan.
Kebetulan Siti Hawa adik kepada kenalan Zaibo.

Hati Zaibo terbuka untuk lebih serius ketika Ramadan lalu dan ini dinyatakan kepada Siti Hawa. Pun begitu, kesibukannya sebagai pelakon membuatkan hasrat itu ‘hilang’ sehinggalah dua minggu lalu, mereka masing-masing serius.

“Benar, saya mengambil keputusan cepat. Malah kenalan dan keluarga pun, saya hanya beritahu dua hari sebelum majlis pernikahan diadakan. Saya percaya dengan ketetapan Ilahi terhadap perjalanan saya dan isteri. Doakan kami bahagia,” katanya.

Antara rakan artis yang hadir Betty Benafe dan penulis skrip, Wahid Nasir.

Tuesday, November 23, 2010

Gambar Kahwin Siti Saerah

Asyik2 entry gambar kawin,ehehe kebetulan Pia dapt email
So rase nak share kat sini...ok ye,jgn marah



Monday, November 22, 2010

Gambar Kahwin Baizura Kahar

Dari email


Tahniah dan selamat pengantin baru

Cantik,simple ;)

Monday, October 11, 2010

Hantaran hebat Dato Wan Muhammad Sani Sani Ekspress

Kredit to blog ini

Selamat Pengantin baru



bukan calang2 tiara kelasssss...cantik nya...

Sunday, October 10, 2010

Gambar perkahwinan Bienda,Baju perkahwinan Bienda

Pia jalan kat sini tadi


Tarikh pernikahan dirahsiakan,tak pe la...ade Pia kesah hak2(gelak cik bulan) :P

10.10.10

Hari yang mempunyai tarikh impian ramai pasangan untuk mendirikan rumah tangga


Alangkah indah hari bahagia berlangsung pada tarikh yang indah
Bagi pasangan yang tidak dapat tarikh ini,jangan bersedih ye

Bukan semua orang bertuah macam pasangan ini
dan sepupu Pia,dia pon nak tawen esok

Yang penting ikatan dua hati direstui berjalan lancar dan yang
paling penting di BERKATI

pic from google

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)