Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

K-Pop: Jawi Minta Tiga Wanita Bertudung Tampil

 Mstar

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya kesal terhadap perbuatan peluk dan cium antara ahli kumpulan K-Pop berkenaan dengan beberapa peminat wanita beragama Islam yang bertudung.
Katanya, perlakuan beberapa peminat itu dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
"Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop tersebut bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi sehingga menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.
Paimuzi berkata, akta itu memperuntukkan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah suatu kesalahan.
"Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.
Beliau menambah, Jawi akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.


Fairy Note : Bukan Kpop je setiap tahun bulan April.....fikir2 kan larikkkkk

Friday, February 14, 2014

Wartawan Kacak Jepun 'Redakan' Ketegangan Protes Di Thailand-Daijiro Enami


SEORANG wartawan kacak Jepun telah membayangi perbalahan sivil di Thailand dengan penampilan dan raut wajah beliau yang mampu membuat ramai terpikat.
Daijiro Enami, 28, menjadi sensasi selepas muncul dalam video laporan protes di Thailand semasa beliau melakukan tugasan di Bangkok untuk stesen televisyen, 'Fuji Television Network'.
Foto beliau yang mempunyai ketinggian enam kaki sedang memakai topi keledar keselamatan dan baju kalis peluru hitam telah tersebar meluas dalam media sosial Thailand, kononnya meredakan ketegangan apabila beliau mampu mengalih pandangan pengguna internet untuk bercakap-cakap tentangnya.
"Tanggalkan jaket peluru anda, saya akan menggunakan badan saya untuk melindungi anda," kata Noo Khon Dee, seorang pengguna internet yang mengaguminya dalam forum popular Pantip.com.
Noo perlu menangkis banyak lagi desakan pengguna lain yang juga mahu menjadi pengawal peribadinya, sementara seorang lagi pengguna, Stardust Of Ray, mengaku perlu 'mengelap air liur' yang meleleh selepas melihat Daijiro.

Gambar dari Facebook Daijiro ketika sedang membuat liputan protes di Thailand.

Seorang lagi pengguna mahu memberi bantuan dengan mengiringinya di sekitar Thailand 'demi hubungan antarabangsa' yang terjalin.
Ahli forum, Edna Mode juga bergurau bahawa bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra telah mengupah beliau untuk 'mengalihkan keadaan panas dan tegang kepada keadaan tenang dan menyejukkan'.
Seorang lagi anggota forum, Venus berkata dia telah lupa mengenai suaminya untuk seketika.
Daijiro adalah sebahagian daripada kakitangan stesen televisyen Fuji, 'FNN Super News', program rangkaian berita dengan rating tertinggi di Jepun selama sembilan tahun berturut-turut.
Beliau menyertai stesen tersebut pada tahun 2008, di mana beliau memperoleh pengalaman melalui program-program seperti Tokudane!, program berita pagi harian dan segmen sukan di 'FNN Super News' pada hujung minggu.
Beliau yang kacak dan potongan rambut pendek dan kemas itu telah dibandingkan dengan Anderson Cooper dari CNN, manakala kulit beliau dikatakan menyerupai bintang Hong Kong Louis Koo Tin Lok.
Menurut 'Bangkok Post', Daijiro telah menemuramah pemimpin protes anti-kerajaan Suthep Thaugsuban dan membuat liputan pilihan raya umum di daerah Bung Kum, tempat di mana Yingluck membuang undi.



Gambar wartawan ini memakai baju kalis peluru mendapat perhatian gadis dan wanita-wanita di laman sosial Thailand.

Seorang lagi pengguna mahu memberi bantuan dengan mengiringinya di sekitar Thailand 'demi hubungan antarabangsa' yang terjalin.
Ahli forum, Edna Mode juga bergurau bahawa bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra telah mengupah beliau untuk 'mengalihkan keadaan panas dan tegang kepada keadaan tenang dan menyejukkan'.
Seorang lagi anggota forum, Venus berkata dia telah lupa mengenai suaminya untuk seketika.
Daijiro adalah sebahagian daripada kakitangan stesen televisyen Fuji, 'FNN Super News', program rangkaian berita dengan rating tertinggi di Jepun selama sembilan tahun berturut-turut.
Beliau menyertai stesen tersebut pada tahun 2008, di mana beliau memperoleh pengalaman melalui program-program seperti Tokudane!, program berita pagi harian dan segmen sukan di 'FNN Super News' pada hujung minggu.
Beliau yang kacak dan potongan rambut pendek dan kemas itu telah dibandingkan dengan Anderson Cooper dari CNN, manakala kulit beliau dikatakan menyerupai bintang Hong Kong Louis Koo Tin Lok.
Menurut 'Bangkok Post', Daijiro telah menemuramah pemimpin protes anti-kerajaan Suthep Thaugsuban dan membuat liputan pilihan raya umum di daerah Bung Kum, tempat di mana Yingluck membuang undi.


Biografi rasmi Daijiro di laman web Fuji Television, menunjukkan beliau mempunyai beberapa hobi termasuk berjemur, mendaki gunung dan berenang di laut.
Beliau juga mendapati bahawa bercukur adalah 'perkara sukar' baginya dan tidak suka apabila jambang beliau tumbuh terlalu cepat dan juga menyatakan keiinginan untuk menjadi pengarang drama.
Bekas perenang ini juga menikmati status kecil sebagai selebriti di Jepun.
Beliau muncul di rancangan TV 'Room Of King' dan 'Ninkyo Helper'.
Sebuah video beliau dalam pelbagai siri penyertaan dua tahun lalu, di mana Daijiro yang hanya memakai seluar renang hitam ketat melakukan aksi 'nakal' dan memberikan gaya seksi ketika terjun ke dalam kolam serta kemunculan beliau dengan baju tidur telah dilihat lebih 90,000 kali pada minggu lepas.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di laman web Fuji Television, beliau menggariskan kebimbangan mengenai renang jarak jauh yang 'terjejas oleh pencemaran laut dan penipisan lapisan ozon'.
Beliau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti pembersihan di kawasan Tokyo Bay, Wakasu Seaside Park di Koto.




Pengguna internet masih belum dapat menentukan sama ada beliau masih solo, tetapi berharap masing-masing mempunyai tuah.
Seorang pengguna tanpa nama pada video di YouTube yang memaparkan gambar wartawan itu bercadang menjalinkan ikatan perkahwinan suci: "Saya akan memberitahu ibu saya untuk melamar awak untuk perkahwinan!"
Setakat ini, Daijiro menolak permintaan untuk ditemuramah dan dilaporkan rekasinya hanya terdapat di 'Enami - mania' di laman web 'TV Tokyo Corporation': "Itu yang telah berlaku semasa liputan demonstrasi dan perasaan itu adalah rumit.
Sementara itu, peminatnya di Thailand mempunyai sebab untuk berasa gembira apabila Daijiro nampaknya seronok atas penerimaan mereka terhadap beliau, dan merasakan bahawa perhatian tersebut menunjukkan "suasana unik demonstrasi yang hanya berlaku di Thailand".


Download Wallpaper



Fairy Note-pic yang last tu memang seiras dengan Louis 


Wednesday, November 20, 2013

'Macam comel jer' versi dakwah

'Macam comel jer' versi dakwah



Ekspresi wajah Syasya dalam klip video yang ditonton lebih 900,000 kali di YouTube. Gambar kecil Amar.
Amar hasil lagu ilham daripada video popular Syasya 

Sejak beberapa minggu lalu, sebuah video menyaksikan seorang gadis dikenali sebagai Syasya yang memuji kecantikan matanya sendiri mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai. Sehingga kini, jumlah tontonan klip terbabit di laman YouTube sudah pun melebihi 900,000 kali. 
Malah, beberapa klip parodi yang tetap menggunakan perkataan asal seperti “macam cantik jer, macam comel jer”, sama ada daripada orang kebanyakan mahupun selebriti turut dihasilkan. Antara nama popular yang muncul dengan klip jenaka terbabit ialah Nora Danish, Sharifah Sakinah, Shiro dan Bobo. 


Penyanyi nasyid, Amar atau Ariff Muazzim Abdul Rahman, 32, bagaimanapun mengambil langkah berbeza apabila menghasilkan sebuah lagu berilhamkan video popular berkenaan. Menggunakan judul Macam Cantik Jer Macam Comel Jer, Amar menggelarkan karya ciptaannya itu sebagai lagu parodi Islamik.




Tuesday, February 19, 2013

Twitter Beri Kesan Buruk Kepada Dunia Artis

Fairy Notes:Pia setuju dengan artikel ini,bukan setakat untuk golongan "retis",bukan retis pon sama
Ada akal pandai2 la guna sebelum tweet pekara yg memalukan diri sendiri.sumber Mstar
well said

Twitter Beri Kesan Buruk Kepada Dunia Artis

Oleh NIEZAM ABDULLAH (Twitter: @NiezamAbdullah)
Sylvester Stallone
Adoiii
AKTOR Hollywood iaitu Sylvester Stallone membuat keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya kerana beranggapan media sosial itu benar-benar mengarut.
Alasan Stallone, Twitter tidak memberi impak yang baik. Seseorang artis yang mendedahkan terlalu banyak kehidupan peribadinya menerusi medium itu adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berguna.
Walaupun Twitter kata Stallone merupakan satu media yang cukup hebat era kini tetapi impaknya tidak sehebat mana.
Apa yang difikirkan oleh Stallone itu seharunya menjadi penduaan kepada artis-artis kita agar dapat memanfaatkan media baru itu dengan sebaik mungkin.
Walaupun pada dasarnya Twitter sama juga Fecebook dan juga Instrgram bertindak sebagai diari elektronik yang mampu menyimpan segala aktiviti untuk dikongsi oleh orang ramai namun lebih banyak mengundang padah.
Laman sosial itu walaupun dilihat lebih terkini dalam konteks dunia teknologi sekarang namun sejauh manakah elemen itu dimanfaatkan dengan betul?
Tidak ramai artis yang sedar, Twitter sedikit sebanyak berjaya mengurangkan pengaruh mereka kepada orang ramai.
Keterujaan peminat terhadap artis itu menjadi berkurangan apabila mereka berupaya untuk mengakses seseorang artis itu dengan mudah
Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012 lalu.


Saya mengambil contoh, sebelum adanya medium Internet dan laman sosial ini, sikap keterujaan orang ramai terhadap artis cukup tinggi.
Bagi mereka, kalau dapat melihat kelibat artis di pasar pun susah menjadi pengalaman yang cukup bermakna.
Apatah lagi jika ada surat-surat atau kad-kad Hari Raya yang dibalas oleh artis, ia akan disimpan sebagai kenang-kenangan yang benar-benar bernilai.
Sebab itulah kalau 20 tahun lalu apabila artis-artis turun ke kampung dan kawasan pedalaman untuk mengadakan persembahan, ia akan mendapat sambutan luar biasa kerana dengan cara itulah mereka dapat melihat artis dengan dekat.
Tapi apabila media sosial ini menjadi keutamaan, keterujaan seorang itu terhadap artis semakin berkurangan kerana mereka sendiri dapat berhubung dengan artis dengan mudah.
Ia memberi kesan kepada seseorang artis kerana nilai eksklusif diri mereka sudah tiada.
Malah lebih buruk lagi pemikiran artis juga boleh dinilai berdasarkan kepada status yang dimuat naik menerusi laman sosial itu.
Ambil sahajalah contoh bagaimana krisis Sharnaaz Ahmad dengan Shila Amzah menjadi bertambah hangat dengan status-status “seram” Sharnaaz seleum ini.
Malah ada banyak lagi contoh bagaimana Twitter dijadikan medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati seseorang kepada individu lain.
Ia sama sekali tidak mendatangkan faedah apabila tahap pemikiran artis itu diinai berdasarkan kepada apa yang ditulis dan dimuat naik.
Laman sosial ini seharusnya digunakan oleh artis untuk menaikkan darjat masing-masing dengan kata-kata nasihat dan bermanfaat yang boleh jadikan panduan oleh pengikut masing-masing.
Sebab itulah Stallone berkata Twitter ini tidak memberi faedah kepadanya.
Saya percaya, langkah beliau menutup akaun Twitter miliknya itu akan mampu memperbanyakkan lagi pengaruhnya dalam dunia seni.
Adakah tinggi nilainya kalau terlajak tidur pun hendak ditulis dalam Twitter?
NIEZAM: Geleng kepala baca Twitter seorang artis yang nak jadi macam orang politik.

Thursday, December 6, 2012

Umat Islam dilarang borak, lepak tepi jalan


Umat Islam dilarang borak, lepak tepi jalan

Berita Harian


Gejala lepak dalam kalangan remaja dan golongan warga tua semakin membarah dalam masyarakat Islam. Semakin ramai remaja menjadikan kompleks beli-belah dan stesen bas sebagai tempat melepak.

Tidak kurang juga, warga tua yang ‘ketagih’ mengunjungi warung kopi pada siang dan malam hari hingga membiarkan anak remaja mereka berkeliaran tanpa arah tujuan. Demikianlah senario menyedihkan yang kini menjadi isu sosial.
Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati sebuah jalan, Baginda SAW terserempak dengan beberapa sahabat asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihatkan itu, Rasulullah SAW berkata: “Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan! Tetapi sahabat menjawab: Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap dan berborak sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberikan mereka pilihan atau jalan keluar dengan berkata: Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda; "Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan maksud hadis, amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan sahabat hingga mereka mengakui amat sukar untuk membuang tabiat itu.

Agenda perutusan Rasulullah SAW ialah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah Baginda bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif supaya tidak membarah dalam masyarakat Islam.

Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.

Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW apabila seseorang berbicara dan berborak di tepi jalan atau di mana juga ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus boleh mendatangkan dosa.
Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang Allah seperti melihat aurat perempuan, mengintai dan memandang lama-lama ke arah wanita ajnabi.

Hak jalan yang kedua ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain dari segi perasaannya, fizikalnya dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah menegaskan ciri Muslim sejati: “Seorang Muslim sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang merasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang meninggalkan perkara yang keji, lalu menjauhinya.” (Riwayat Ahmad)

Umat Islam dilarang sama sekali melepak dan berborak di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain terutama apabila ia menyekat laluan orang ramai, berlaku aksi menggoda atau mengurat golongan wanita yang melintas di kawasan itu.

Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali.

Hak jalan seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih sayang antara sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam, hukum mengucapkan salam adalah sunat, manakala menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.

Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan, tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka dia wajib menjawab salam itu.

Perintah ini selaras firman Allah SWT: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia. Hubungan akrab terjalin apabila saling bertanya khabar.

Hak jalan keempat ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam, umat Islam dituntut untuk mencegah supaya akibatnya tidak melarat kepada orang lain yang tidak berdosa.

Begitu juga amalan kebaikan hendaklah disampaikan kepada golongan yang berborak dan melepak seperti nasihat-menasihat ke arah kebaikan, bersama-sama solat jemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, memanfaatkan masa terluang dengan ibadat dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia telah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia telah menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)

Fairy Notes-pesanan utk diri ini juge

Wednesday, November 28, 2012

Keluhan pengguna jalan raya di Lembah Klang

Fairy Notes-Kasihanilah kami rakyat biasa yg membeli kereta atas dasar keperluan.berapa byk RM $ melayang untuk membaiki kerosakkan kereta kerana keadaaan jalan yg teruk


JALAN berlubang, retak, mendap, beralun, penutup lubang yang terbenam atau di atas paras jalan, tampalan tidak sempurna dan berpasir sering menjadi igauan ngeri pengguna jalan raya terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa.
Umpama jalan maut, ia bukan sahaja mengakibatkan banyak peralatan sokongan kenderaan seperti penyerap hentakan dan tayar mudah rosak dan bocor, malah mengundang kecederaan serta kehilangan nyawa.
Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga mendapati, faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada faktor manusia, bahkan jalan raya dan kenderaan turut menyumbang.
Kesedaran pengguna tentang bahaya itu menyebabkan banyak aduan mengenai kerosakan jalan raya dilaporkan di media. Kini, usaha itu menjadi lebih mudah dengan memaparkannya di laman web atau media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Kerosakan jalan terutama masalah rekahan dan berlubang biasanya berlaku disebabkan kelemahan lapisan permukaan jalan apabila turapan jalan telah digunakan dalam tempoh yang lama.
Ia juga berpunca daripada faktor turapan yang tidak sempurna, keadaan cuaca seperti hujan, ketiadaan sistem saliran yang baik dan beban aliran trafik secara berlebihan seperti kenderaan yang membawa lebih muatan.
Bahagian-bahagian tanah mendap dan beralun di jalan raya sering kali disebabkan oleh saliran yang kurang baik, sistem paip bawah tanah atau kerja-kerja menggali untuk memasang kabel.
Keadaan itu boleh menjadi pembunuh terutamanya kepada kenderaan kecil seperti pengguna motosikal.
Di Lembah Klang termasuk di sekitar ibu negara masalah jalan berlubang bukan masalah terpencil, sebaliknya menjadi rungutan tidak berkesudahan pengguna jalan raya.
Nyaris maut
Beberapa jalan di ibu negara seperti di Jalan Tun Razak, Jalan Pahang menuju Jalan Danau Kota, Jalan Hulu Kelang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Taman Desa dan sepanjang Jalan Ampang dan beberapa laluan lain sering berhadapan masalah jalan berlubang.



Seorang pengguna motosikal, Amalina Zahir, 24, pernah ditimpa kecelakaan apabila tayar skuter yang ditunggangnya masuk ke dalam lubang sedalam 30 sentimeter di jalan berhadapan LRT Damai, Keramat.
Dia nyaris kehilangan nyawa apabila skuternya terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain dari belakang.
“Kejadian berlaku sebelah malam, memang tak nampak lubang itu sebab digenangi air. Tayar skuter saya kecil jadi bila masuk dalam lubang tu memang tak mampu nak imbang, terus jatuh.
“Alhamdulillah, saya cuma mengalami cedera ringan tapi motosikal saya rosak teruk dengan banyak bahagian yang perlu diganti,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Seorang lagi mangsa, Mashud Sahid, 40-an, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala apabila motosikalnya digesel sebuah kenderaan yang cuba mengelak sebuah lubang besar di Jalan Tun Razak berhampiran Rumah Temasek.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika dia dalam perjalanan dari Sungai Besi ke pusat bandar.
“Saya jatuh dan berguling di atas jalan selepas bergesel dengan kereta itu.
“Alhamdulillah, kereta itu tidak berapa laju. Saya cedera di kepala selain beberapa anggota badan lain hingga terpaksa ditahan di wad,” katanya mengenang semula kejadian yang berlaku lewat tahun lalu.
Bagaimanapun, kerja-kerja mengorek dan menampal jalan memang menjadi pemandangan biasa di jalan-jalan raya di Malaysia. Di sekitar Kuala Lumpur sahaja, kerja mengorek dan menurap jalan mempunyai kesan yang mendalam kepada pengguna jalan raya terutama jika dilakukan pada waktu siang.
Kerosakan jalan raya
Kerja-kerja ini mengundang kemarahan orang ramai kerana ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda.
Tetapi kekerapan berlakunya kerosakan jalan raya terutama di lokasi yang sama menimbulkan tanda tanya, sejauh manakah kualiti membaikpulih dan kerja penyelenggaraan jalan raya yang dilakukan?
Pakar Pengangkutan Awam Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor berkata, banyak jalan terutama di sekitar Kuala Lumpur tidak diselenggara dengan baik dan secara profesional.
Malahan kebanyakan pekerja yang melakukan kerja baikpulih tidak terlatih dan berkemahiran dalam kerja itu, dakwanya.
“Banyak jalan yang diturap dan dibaikpulih cepat rosak. Kadangkala jalan yang diturap hanya mampu bertahan setengah tahun sahaja dan ada yang kurang daripada itu.
“Apabila hujan, air mula bertakung menyebabkan lubang atas jalan bertambah besar sedikit demi sedikit dan akhirnya membahayakan pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal,” katanya ketika dihubungi.

 SEORANG penunggang motor sempat mengelak lubang yang besar di Jalan Prima, di Taman Metroprima, Kepong, Kuala Lumpur. 


Kaedah yang digunakan negara maju seperti United Kingdom dalam menyelenggara dan membaikpulih jalan yang rosak boleh dijadikan contoh.
Mereka melaksanakannya secara profesional dengan menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang penyelenggaraan jalan bagi memastikan kualitinya sama dengan jalan yang asal, jelas Abd. Rahim yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau berkata, Malaysia perlu menubuhkan satu badan pemantau bebas khusus mengawasi kerja-kerja baik pulih jalan raya terutama projek-projek yang memerlukan jalan raya dikorek dan diturap semula.
“Pihak ketiga ini akan melaporkan sekiranya syarikat yang melaksanakan projek itu gagal mencapai spesifikasi yang ditetapkan dan mereka mungkin dikenakan denda dan sebagainya.
“Dengan cara ini syarikat-syarikat yang berkenaan akan lebih serius dan tidak melaksanakannya sekadar melepas batuk di tangga sahaja,” katanya.
Pihak yang dipertanggungjawabkan dengan kerja-kerja membaikpulih kerosakan jalan harus memikirkan bebanan yang dihadapi pengguna jalan raya terutama kos penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan selain risiko kecederaan atau kematian.
Melalui maklumat balas daripada bengkel-bengkel kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, kos membaiki dan menyelenggara kenderaan meningkat kerana jalan yang rosak dan berlubang.
Di Malaysia, motosikal merupakan kenderaan paling popular bagi tujuan pengangkutan di bandar kerana kos kendaliannya yang lebih murah serta praktikal terutama dalam mengharungi kesesakan.
Namun, risiko mereka lebih tinggi ketika berhadapan dengan jalan yang rosak dan berlubang ujar pengasas kelab DR Moto, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali dengan nama Lando Zawawi, 36.
Motosikal rosak
DR Moto mewakili kepentingan keselamatan kenderaan dua roda.
Sebagai mat motor dan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, Azlan cukup memahami masalah dan keluh kesah yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika berhadapan dengan masalah jalan yang rosak.


JALAN rosak. Keadaan jalan utama Taman Ehsan Kepong yang rosak dan berlubang sehinggakan beberapa kenderaan terpaksa naik di atas pembahagi jalan.





 “Banyak perkara berkaitan yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak harus dilihat secara serius,” katanya.
Azlan yang banyak menganjurkan kempen keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan pengguna motosikal berkata, apabila tayar motosikal melanggar lubang, penunggang mudah terpelanting dan mengalami kecederaan selain motosikal rosak.
“Kenderaan lain seperti kereta atau lori yang cuba mengelak lubang secara mengejut atau mendadak juga boleh menghimpit penunggang motosikal yang melalui jalan sama ketika itu.
“Kedua-dua perkara ini sering menyebabkan kemalangan maut dan penunggang motosikal digilis kenderaan yang lebih besar,” katanya.
Selain itu, keadaan motosikal yang kerap melalui jalan yang rosak dan berlubang akan mengakibatkan risiko lain yang boleh mengundang kecelakaan. – Bernama Kosmo

Friday, September 14, 2012

Prince William and Catherine Middleton, the Duke and Duchess of Cambridge

Malaysia is their second destination after Singapore. They are on a nine-day tour of the Far East as representatives of Her Majesty Queen Elizabeth II in conjunction with the celebration to mark her 60-year reign.The Star

Prince William dan Wifey ,suka tengok Kate baju dia pakai semua cantik2.Tak over
Ini baju Kate pakai tiba semalam,lovely simple elegant .All photos from The Star and Yahoo



Ini baju Kate pakai hari ini cantik juga!!!
Ini gambar mase lawatan di Masjid KLCC pagi tadi.pia tak lah nak agung kan kate ni,masuk masjid kena tutup aurat.baju Kate nipis di bahagian tangan dan paras lutut tak sesuai.baju ni kalau buat versi muslimah cantik sangat!

Ini gambar di taman KLCC sesi "Walkabout" ,lovely. tak "chan" pia nak jumpe "kawan" pia dua orang ni hehe :P

cuti tinggal ciput je,kena lah keje(T_T).Sweet Prince William & Kate ni

Pia sempat tengok live kat internet je kat Utusan



Wednesday, May 23, 2012

Azrinaz Mazhar Hakim Terkini

Pia terkejut tenguk iklan On Air di Astri Ria semalam menampilkan Azrinaz sebagai "Pengajar Stand Upper" (maaf jika silap tulis) Cara penyampaian Azrinaz dalam iklan tu memang kelas seperti dahulu :)
kosmo online


 Inilah wajah terbaharu Azrinaz.

 
Mstar

Monday, April 16, 2012

PAIPAS Brunei

Pengiran Anak Sarah's style and title in full is: Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman

I love PAIPAS,cantik!!!!!

Pictures credit to infofoto











errrr ini PAI ape ?hahahaha
dah lame sangat Pia tak pakai tudung bawal,semalam pakai gi kenduri
lipat tudung inspired by lovely PAIPAS ;)

Tuesday, February 28, 2012

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan

kosmo


kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.
[kanan]PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan. 



CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

Thursday, February 16, 2012

Starbuck,Starbike,Setarbak Kopi

Nikmat kopi Starbike


KETIKA warga Jakarta yang berpendapatan tinggi menghirup latte dalam suasana santai dan nyaman di restoran Starbucks, sebahagian besar penduduk kota itu beralih kepada ‘Starbike’ yang beroperasi di tengah kesibukan dan kesesakan jalan raya untuk mendapatkan kopi mereka.


Di setiap bandar besar di Indonesia, ada saja penjual kopi beroda menjaja di tepi jalan raya atau di tempat yang ramai orang.
Cara mereka berniaga juga amat mudah, hanya perlu menuangkan air panas daripada termos ke dalam gelas pakai buang untuk dibancuh dengan kopi segera sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Di negara yang harga secawan kecil latte di rangkaian kedai kopi antarabangsa iaitu lebih kurang RM10 bersamaan gaji sehari kebanyakan penduduk Indonesia yang berjumlah 240 juta orang, penjaja jalanan ini memang menjadi tumpuan kerana mereka menawarkan harga 10 kali lebih murah.




Walaupun dilabel sebagai penjaja tidak berlesen dan sering menyorok daripada ditangkap polis, namun penyedia kopi jalanan itu juga termasuk dalam kumpulan peniaga dan itu adalah usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dengan membeli ‘francais tidak rasmi’ bagi orang miskin.


Sambang, petani berusia 28 tahun, datang ke Jakarta setahun lalu untuk mengubah nasibnya. Dia membayar ‘yuran permulaan’ iaitu RM480 kepada seorang daripada ramai ejen bebas bagi mendapatkan basikal dan termos.

Sejurus urusan pembayaran selesai, dia memulakan perniagaannya dengan membawa rantaian peket kopi segera ‘Kapal Api’ kopi hitam yang paling popular di kalangan penduduk Indonesia dan kapucino untuk pelanggan yang mempunyai cita rasa ‘mahal’. Peket kopi segera itu digantung pada gagang basikalnya.



Sambang yang enggan memberikan nama penuhnya juga perlu membayar RM96 sebulan untuk bekalan air panas, peket kopi dan gelas plastik kepada ejennya. Secara purata, dia boleh mendapat kira-kira RM320 sebulan.

Dengan jumlah pendapatan sebanyak itu, penjual kopi atau vendor seperti Sambang biasanya mengambil masa enam bulan untuk membayar wang yang dipinjam daripada ejen. Ada sesetengah ejen menyediakan tempat tinggal (sempit dan kecil) kepada penjaja yang kebanyakannya datang dari kampung.

Rangkaian kedai kopi antarabangsa seperti Starbucks atau The Coffee Bean and Tea Leaf memang banyak di bandar besar di Indonesia tetapi ia hanya tertumpu di gedung beli-belah malah sebaris dengan butik Louis Vuitton atau Tiffany’s yang menjual jam tangan berharga RM48,000.

Sedangkan penjual kopi jalanan seperti Sambang yang mengenakan kemeja-T lusuh dan selipar menawarkan perkhidmatan kepada kelompok pelanggan yang sama sekali berbeza dengan peminum kopi ‘kelas atasan’.

“Orang kaya pergi ke Starbucks, orang miskin seperti saya pergi ke ‘Starbike’,” kata pemandu teksi di Jakarta, Junarsah, ketika keluar dari teksi limosinnya.

Dia segera menahan seorang penjaja kopi yang lalu tidak jauh dari tempatnya berhenti.

“Ia murah, cepat dan sedap. Ini sudah cukup untuk saya,” kata pemandu berusia 44 tahun itu sambil tersenyum. Dia membayar 3,000 rupiah (RM1) untuk segelas kopi dan dua batang rokok.

Memang penjaja jalanan ini tidak menawarkan beraneka jenis kopi dan sajian manis seperti rangkaian kedai kopi antarabangsa. Namun mereka ada ‘kombo’ tersendiri yang mampu menarik pelanggan iaitu rokok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kadar merokok di Indonesia meningkat enam kali ganda dalam tempoh 40 tahun kerana kombo ‘kopi dan rokok’ ini.

“Apalah maknanya kopi tanpa rokok? Ia sama macam suami dan isteri, mana boleh dipisahkan,” kata penjaja kopi jalanan berusia 36 tahun, Supriyanto
“Awak boleh jual rokok tanpa kopi, tapi tidak sebaliknya. Percayalah cakap saya,” katanya lagi.

Walaupun mempunyai pasaran yang besar tetapi persaingan di kalangan ratusan penjaja jalanan ini amat sengit. Masing-masing sanggup melakukan apa saja bagi memastikan mereka boleh terus bertahan.

“Saya beri nombor telefon bimbit kepada pelanggan tetap supaya mereka boleh telefon bila-bila masa. Saya juga membuat penghantaran percuma ke pejabat mereka.

“Semua boleh, asalkan dapat lebih banyak pelanggan,” katanya sambil menayangkan telefon bimbitnya, jenama Nokia model terbaru.

Kebanyakan pelanggannya adalah pekerja pejabat bawahan, pelajar, pemandu teksi dan pekerja rencam yang bertugas membersih, mengawal dan menjadi pembantu kepada golongan pertengahan dan kaya.

Meskipun saling bersaing, namun hubungan sesama penjaja ini amat baik dan mesra.

Malah mereka mempunyai beberapa tempat perjumpaan di sekitar bandar untuk berehat dan makan bersama. Bahkan mereka juga akan memberi maklumat sekiranya ternampak polis di mana-mana.

Sebelum kemunculan penjaja beroda ini dua tahun lalu, penjaja kopi di Pulau Jawa berniaga dengan berjalan kaki. Pulau Jawa (dengan ejaan Java dalam bahasa Inggeris) adalah pulau terbesar di Indonesia dan menamakan kopi dengan nama pulau ini selepas ia terkenal di seluruh dunia pada abad ke-19.

Penjaja kopi beroda ini cuba untuk tidak mencuri pelanggan penjaja yang berjalan kaki dengan meletakkan basikal mereka agak jauh dari kawasan rakan penjaja.

Merlyn Suciati, pengurus di sebuah cawangan Starbucks di Jakarta berkata, syarikat berkenaan menawarkan kepelbagaian dan keselesaan kepada pelanggan untuk mereka bersembang sambil minum kopi. Tentu tidak selesa untuk menikmati kopi dalam suasana panas terik.

Tetapi bagi kebanyakan penduduk Indonesia, mereka hanya mampu menikmati caffe latte atau macchiato dalam mimpi saja.

“Tentu saja saya mahu minum kopi mahal di pusat beli-belah, tetapi harga secawan itu cukup untuk belanja makan saya selama seminggu,” kata Haryono yang memandu ‘ojek’ atau teksi motosikal. - AFP metro



yang penting,ni only in malaysia tau hihi.kat Beranang

Friday, February 10, 2012

Gadis Hanya Makan ‘Nugget’ Selama 15 Tahun

Pia terbace ni kat kosmo beberapa minggu lepas rasenya,tak ingat dah

akak pon suke nugget dik yum2,tapi tak boleh makan selalu
tak sihat

Stacey Irvine ketagih memakan makanan ringan nuget ayam selama 15 tahun sejak berusia dua tahun. - AGENSI

LONDON 30 Jan. - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat setelah ketagih makan nuget ayam selama 15 tahun.

Menurut laporan yang dipetik dari akhbar Daily Mail, Stacey Irvine dari Castle Vale, Birmingham amat menggemari makan nuget ayam sejak dia diperkenalkan dengan makanan itu ketika berusia dua tahun oleh ibunya.

"Saya tidak boleh menjamah makanan lain selain nuget ayam sejak berusia 2 tahun.

"Ibu mula putus asa untuk memberi makanan lain kepada saya sejak setahun lalu," katanya.

Awal minggu ini, Irvine yang bekerja di sebuah kilang dikejarkan ke hospital kerana badannya tidak mempunyai zat yang mencukupi selepas dia tidak pernah menjamah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebanyakan pakar psikiatri menyifatkan ketagihan remaja tersebut terhadap nuget sebagai masalah pemakanan namun ia tidak ditemui dalam Manual Diagnostik dan Statistik untuk Masalah Kesihatan Mental.

"Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Seseorang yang mengalami masalah ketagihan makanan akan makan secara berlebihan namun tidak bergantung kepada hanya satu-satu jenis makanan sahaja.

"Ketagihan Irvine terhadap nuget mungkin merupakan satu daripada tanda-tanda masalah jiwa yang serius," ujar Dr. Sue Varma, pakar psikiatri di Sekolah Perubatan Langone, Universiti New York.

Katanya, kebergantungan terhadap sesuatu makanan itu mungkin disebabkan tekanan perasaan dan keletihan selain amalan pemakanan dalam keluarga sendiri.

"Kanak-kanak lebih terdedah dengan masalah ini dan mereka memerlukan terapi dan jangan takut untuk membawa anak-anak anda berjumpa dengan pakar psikiatri," tambahnya lagi. - AGENSI Utusan

Sunday, January 22, 2012

Little White Cafe,indahnya hiasan dalaman



PINTU gerbang seakan-akan dibalut daun-daun plastik seakan-akan mempelawa pelanggan memasuki kafe.

SEKILAS pandang, ramai akan teruja dan terpesona melihat keindahan restoran ini. Ciri eksklusif itu pasti membuatkan ramai bertanggapan bahawa makanan yang dihidangkan pasti mahal-mahal belaka.
Itu pandangan pertama penulis sebelum memasuki dan merasai sendiri makanan serta minuman yang terdapat di kafe Little White Cafe yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Sebenarnya, bukan ingin bersikap skeptikal namun hiasan di bahagian luarnya sahaja cukup mewah seakan-akan pelanggan berada di taman bunga di Belanda atau Switzerland!
Selain itu, mungkin ramai yang memikirkan Little White Cafe milik pelabur asing.
Hakikatnya, pemilik kafe itu ialah wanita tempatan, Faizah Zainal Abidin.
“Sebenarnya, harga makanan dan minuman yang terdapat di kafe ini berpatutan. Ini kerana, kafe ini dihias menarik untuk membuatkan pelanggan berasa seperti berada di kafe luar negara.
“Little White Cafe turut menonjolkan konsep ‘fine dining’ yang mementingkan lokasi strategik, kelazatan hidangan selain penampilan luaran dan dalaman,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Hidangan eksklusif
Faizah menjelaskan, konsep ‘fine dining’ yang diterapkan di restorannya digambarkan dengan hiasan luar dan dalaman kafenya.
Realitinya, sebelum memasuki kafe, pelanggan bagaikan disapa dengan binaan pintu gerbang berbentuk empat segi seperti kubah masjid.
PEKERJA restoran tekun menyiapkan menu makanan yang dipesan pelanggan.

Malah, pintu gerbang itu juga dibalut dengan bunga-bunga kertas. Pagar besi di bahagian kiri dan kanan pintu gerbang membuatkan bahagian luar kafe seakan-akan taman bunga.
Bukan itu sahaja yang Faizah menggamit pelanggan untuk datang tetapi juga rekaan kayu berbentuk empat segi yang dicat berwarna hitam.
Kayu itu ditempa menu istimewa kafe yang turut digelar kafe empat musim ini.
Ciri-ciri unik lain di bahagian luar kafe ini termasuk lampu-lampu neon klasik yang digantung sekali gus menggambarkan ciri-ciri tradisional seperti rumah lama.
Faizah juga bereksperimen dengan reka bentuk kontemporari dan tradisi dengan menggunakan pintu dan tingkap jenis logam ‘magnesium board’ yang lebih ampuh berbanding kayu.
Menurut Faizah, beliau sengaja mengecat pintu dan tingkap dengan rona hijau kerana ingin menekankan ciri-ciri alam semula jadi serta tumbuh-tumbuhan.
“Terdapat pelanggan yang memasuki kafe ini terasa bagaikan dipeluk dengan kasih sayang kerana hiasannya,” kata Faizah tersenyum.

Cerita wanita berusia 40 tahun ini tidak berhenti begitu sahaja.

Tombol pintu masuk juga cukup unik kerana bercorak bunga serta alam semula jadi.

Faizah memberitahu, beliau cenderung memilih warna putih sebagai kemasan kafenya kerana warna itu membuatkan premisnya kelihatan lebih besar dan selesa walaupun ruangannya agak terhad.

“Warna putih sesuai dipadankan dengan warna-warna lain seperti warna hijau dan kuning,” katanya.

Lukisan

Bahagian dalaman Little White Cafe turut menyajikan susun atur dan rekaan yang pasti menggoda pelanggan.

Selain kaunter penyediaan minuman dan makanan yang terletak di bahagian hadapan kafe, terdapat beberapa lukisan karya pelukis bernama D Wolf digantung kemas di dinding kafe.

Lukisan-lukisan tersebut digantung rapi serta tersusun seakan-akan ia bercerita mengenai aktiviti nelayan di lautan, suasana pantai serta gambar matahari terbenam.

Teruja untuk membeli, usah khuatir kesemua lukisan itu bukan perhiasan semata-mata tetapi untuk dijual.

Selain lukisan-lukisan potret itu terdapat rak-rak di bahagian dinding kafe yang dihiasi pinggan mangkuk sama seperti untuk dihidangkan kepada pelanggan selain bahan makanan dan minuman yang disaji kepada pelanggan.

Antaranya tin minuman bergas, serbuk kopi dan teh, botol sos cili dan tomato.

Selain itu, tarikan lain seperti novel-novel Inggeris serta televisyen bersaiz kecil.

Faizah turut memasang cermin di bahagian dinding sebagai satu langkah bijak untuk membuatkan ruang kafe seakan-akan lebih luas.

Tarikan kafe wanita yang mempunyai lima orang anak ini masih belum berakhir.

Beliau turut menyediakan menu makanan serta dekorasi kafe yang berbeza mengikut empat musim iaitu musim bunga, luruh, panas dan juga salji.

Ujarnya, jika pada musim sejuk bahagian tingkap akan disembur dengan semburan khas seakan-akan musim salji sedang berlaku di negara ini.

“Selain itu, saya juga akan menggunakan kipas yang mengeluarkan cecair seperti salji . “Makanan yang dihidangkan juga berbeza iaitu ayam belanda serta sos beri yang lazat.

“Jangan khuatir kerana tiada arak digunakan selain tiada pokok hiasan seperti perayaan Krismas,” katanya.

Jika pada musim bunga pula, lebih banyak bunga-bunga tiruan akan menghiasi kafe.

Pada musim luruh kafe akan dihias dengan bunga-bunga hiasan dan daun-daun plastik di bahagian lantai kafe.



RUANG dalaman kafe yang ringkas namun mementingkan keselesaan pelanggan.

“Apabila musim panas tiba, kami akan memperkenalkan menu ayam dan daging yang dibakar dengan menggunakan arang batu,” katanya.
Susunan meja kafe juga diatur dengan kemas dan lebih berbentuk santai.
“Pelanggan boleh memilih meja untuk dua orang, empat orang, enam orang atau 11 orang yang kebiasaan digunakan oleh keluarga.
“Pelanggan juga boleh memilih untuk duduk di kerusi kayu atau sofa,” katanya.Kosmo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)