Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Banjir melanda malaysia



#prayforpantaitimur 

banjir juga melanda kl

gambar semua dapat dari media sosial dan ada dari Pia sendiri

Ya Allah sesungguh Engkau Yang Maha Berkuasa
Ampuni dosa-dosa kami








kuala lipis,pia posing dulu bulan brapa tak ingat

 jalan ipoh kl,from friend
ni gambar kuala lipis sambungan kat atas , pia upload carca marba
jalan ipoh kl-dekat dgn perkim from friend
from media sosial
from media sosial
from media sosial










tak pernah terfikir , Allah Maha Besar



Fairy Notes-mereka sungguh tabah :'(

Tuesday, March 4, 2014

SIMPOSIUM MENSYUKURI NIKMAT DATANGKAN RAHMAT TIKET RM 90 DE PALMA SHAH ALAM,6 April

Assalammualaikum

Pia nak jemput anda semua jika berminat hubungi

saya beatrizyoana@gmail.com


1 tiket rm90 dengan makanan ,10 org 1 meja pia ade 10 tiket















Wednesday, February 5, 2014

Polis Syariah Aceh


Assalammualaikum uolz,apa khabar how was your holiday? :)



Hari Pia dah start kerja,yeyyyy!*nada lemah* hihihihi



Pagi tadi Pia bace surat khabar online , arits tu insaf tiba dia Aceh

Tiada niat nak aibkan orang , gambar dia di Aceh berposing dan seluar agak ketat


Tak kena tegur dengan polis syariah Aceh ke?


Setahu pia kat Aceh ade Polis Syariah yg memantau pemaikaian umat Islam disana













Fairy Notes-muhasabah diri,pia ade pakai seluar ketat juge . moga dapat berubah cepat

Sunday, June 23, 2013

Mee Tarik , La Mian 拉面

Assalammualaikum , apa khabar?

Miss me?saje tanya :P

Dah nak masuk bulan ramadhan, semoga Allah izinkan bertemu,Amin


Ni pia nak tayang mee tarik pia makan tadi , sambungan entry ni hehehe

Tadi pergi makan dgn hubby,umi n adik pulak


Sesiapa yg nak cuba makan mee tarik boleh la dtg ke Restoran Qin Zhe
Seksyen 1 Wangsa Maju sebelah Klinik Kita


Mee tarik goreng pon ada ,RM10






Tuesday, April 16, 2013

Restoran Qin Zhe-Islamic Tradisional Foods Seksyen 1 Wangsa Maju



Teaser je,akak bz kikikikih :P







Fairy Notes-banyak bebenor review akak fasal CHINESE MUSLIM food perasan tak?Pia suka mencuba,yg penting halal

Saturday, March 9, 2013

Restoran Mohd Chan Abdullah,Taman Melawati


Assalammualaikum,apa khabar semua?Macam mane weekend best?
mari cerita makan2 lagik kikikih,gambar2 ni mcm biasa dah peram lame
jom cuci mata tengok menu2 di Restoran ,makanan cina muslim Mohd Chan
ramai yg dah tau kot restoran ni

pada yg suka mencuba kelainan,boleh cube menu itik disini




ini menu pia n hubby mkn buka puasa yg lalu,hehehe hubby order nasi goreng yong chow kalau xsilap.harga lebih kurang RM7.90 tak ingat sgt.
pia order nasi putih with black pepper beef ,harga RM7++
sedap daging nya lembut,sesuai utk org yg suka mkn pedas mcm pia
BULAN PUASA,booking dulu heheh
sementara menunggu waktu berbuka

oh ya HAMPIR lupe kami ada order Butter Prawn RM25 portion byk. boleh mkn 4 org.terbaik udang besar2

ada surau
ini menu mase kali ke-2 pergi,pia order mee wantan itik RM7++.yummy
hubby order nasi itik,RM7++,kalau di restoran hj sharin itik nya kaler merah

 for more info boleh klik sini





Thursday, February 14, 2013

Umur kian singkat, ajal makin dekat

A sweet reminder for me and for those who willing to read  ;)

Harian Metro

MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.
Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” 
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.

Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03

Friday, January 18, 2013

Ustaz Kazim Elias live di TV3 NOW!Al-Kuliyyah


Boleh tengok LIVE ONLINE di sini,hurry http://www.radiomalaysia.net/embed/15/TV3.html

Sunday, January 6, 2013

Restoran Haji Sharin Low,Danau Kota Setapak.Kuala Lumpur

Assalammualaikum

Tahun 2013 ni mari pia mula kan dengan entry makan2 :)

Kami pergi Restoran Cina Muslim Hj Sharin Low,dah ade cawagan kat setapak
yeyyyyy!dekat sikit tak payah ke Ukay perdana(Bukit Antarabangsa kot)

Pia tahu fasal restoran ni kat tv,tak pasti sekarang Restoran Hj Sharin ni dah ade berapa cawagan

Memandangkan ade cawagan yg terdekat,Pia ajak hubby gi try hari tu

Nak cari kedai ni senang je,dekat dgn Festival City Mall setapak,seberang jalan aje

Sederet dengan KWSP Setapak,senang je nak jumpa signboard besar warna merah kuning

Menu menarik macam2 ade,yg common macam butter prawn wajib ade kat restoran makanan cina

siapa yang biasa makan di restoran cina muslim,tahu la kan rata2 harga makanan RM6 keatas

pia survey2 harga dulu,insyAllah lain kali blh dtg makan lagi,makanan yg kami cuba ialah


Nasi Itik RM7.00++,pilihan hubby sesiapa nak cuba itik cuba la,portion itik nya besar blh tahan,cuma agak kering sedikit.nasib baik ingat snap lapar masing2 baru blk keje
Mee Udon Blackpepper,RM8 yummmm ade udang,sotong,mushromm pia suka tak pedas utk citarasa pia
pia minum Lo Han Guo rase macam longan,hubby minum his boring teh o.memang selalu teh o teh o hehehe

total harga makan RM19.80.sekali sekala worth to try

Thursday, January 3, 2013

ABC Frado

Assalammualaikum
Syukur Alhamdulillah dapat melalui 2013
Selamat Tahun Baru Masehi 

hehehe,ABC Frado ni dah lame dah korang dah tau kan?

Hari tu hanta umi berlatih marhabban,sementara tu merayau la

tiba2 teringat ABC Frado cari la kat area food court sebelum UiTM Sek.2 

kan kan ?apa punya review dahhh :P,harga ABC ni berpatutan bawah rm5



yummms,atas sekali buah anggur..siapa yg "selera kecil" boleh share




Fairy Notes-si susah nak mimpi ni,mimpi jumpa Ustaz Kazim dalam mimpi.kira mimpi manis la kan?hihihi

Thursday, November 8, 2012

Baskin Robbins Pink Day


nak maniskan mulut?BASKIN ROBBINS ada


select your flavor 


the bill,biasa lah got tax


"terdampar" setelah habis 2 scoop ice cream,eheheh

Sunday, September 23, 2012

Hajjah Mazuin Hamzah

Hajjah Mazuin Hamzah bekas Isteri kepada  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri.Kredit

Pia masih terlalu kecil masa masa zaman Mazuin popular

Tahu sebab umi penah cerita fasal Mazuin.

Sebab umi minat Mazuin,Mazuin sangat cantik

Pia tengok kat google memang cantik,ayu.

Rasa-rasa ni gambar terbaru Mazuin Hamzah,hasil merayap kat Forum Cari

Pia bagi link saje ye,risau la nak sebar2 gambar sila klik sini,sini dan sini


Pasti ramai peminat yang seangkatan dengan umi pia rindu dengan Mazuin Hamzah


Fairy Notes-risau-risau pon ko kepochi juga pia :P

Thursday, September 20, 2012

Innocence of Muslims,Majalah Perancis siar karikatur hina nabi

Hati ku sakit teramat sangat

Agama suci Islam terus diuji dicabar dipermainkan berkali-kali

Lepas satu satu,sooner or later terimalah akibat dari perbuatan keji ini

Wajah Nakoula disiar di YouTube

LOS ANGELES - Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam.
Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.


GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan Nakoula (kiri) duduk bersama Gurji.


Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut.
Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik.
Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).
Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.
Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.
Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem tersebut.
Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.
Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad.
Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.
Menurut laporan agensi berita AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.
Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem tersebut.
Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.
"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.
"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.
Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.
Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.
Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.
Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu. - Agensi.KOSMO

Majalah Perancis siar karikatur hina nabi

PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.


KETUA editor Charlie Hebdo, Charb menunjukkan muka
depan majalah satira berkenaan di Paris semalam.


Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.
Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.
Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.
AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.
Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.
Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.
Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan.
Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.
Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.
Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.
"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.
"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.
Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.
"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP.KOSMO



Fairy Notes-Apakah peranan kita sebagai umat Islam?tunjuk perasaan sahajakah?bukan kan itu ganas?
Hanya doa mampu ku pohon,doa itu senjata mukmin
Daku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.
Lindungi kesucian agama Islam,teguhkan hati kami ya Allah

Friday, September 14, 2012

Prince William and Catherine Middleton, the Duke and Duchess of Cambridge

Malaysia is their second destination after Singapore. They are on a nine-day tour of the Far East as representatives of Her Majesty Queen Elizabeth II in conjunction with the celebration to mark her 60-year reign.The Star

Prince William dan Wifey ,suka tengok Kate baju dia pakai semua cantik2.Tak over
Ini baju Kate pakai tiba semalam,lovely simple elegant .All photos from The Star and Yahoo



Ini baju Kate pakai hari ini cantik juga!!!
Ini gambar mase lawatan di Masjid KLCC pagi tadi.pia tak lah nak agung kan kate ni,masuk masjid kena tutup aurat.baju Kate nipis di bahagian tangan dan paras lutut tak sesuai.baju ni kalau buat versi muslimah cantik sangat!

Ini gambar di taman KLCC sesi "Walkabout" ,lovely. tak "chan" pia nak jumpe "kawan" pia dua orang ni hehe :P

cuti tinggal ciput je,kena lah keje(T_T).Sweet Prince William & Kate ni

Pia sempat tengok live kat internet je kat Utusan



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)