Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

Peristiwa Pahit

Assalammualaikum uolz,

Apa khabar? Happy New Year Alhamdulillah masih hidup sihat hingga kini

Rindu la blog :D,kenapa la jari  ni malas sgt nak menaip

Nak share 1 peristiwa walaupun perit ,pada 10.08.2016 otw nak ke Star Avenue Subang Bistari

Pia kena ragut,mase Pia n husband naik motor waktu petang lepas kerja
lebih kurang pukul 6.

Tiba2 ade motor potong dari kiri,kiri dah xde apa ada Nursery je,beg tangan Pia letak tangah2 antara Pia n husband.

Mase tu kami tengah leka berbual(silapkami)x sedar x alert,tiba2 rase mcm beg nak terjatuh Pia betulkan balik,kali ke 2 di rentap terus terlepas dari tangan Pia :'(..menjerit macam orang histeria :'( Istifar tapi menjerit2 hilang sampai suara seminggu

Apa2 pon kami sangat bersyukur kami xcedera xjatuh motor,cuma pergelangan tangan sangat sakit
hati sangat perit tergamam dgn apa yg terjadi

Pia hilang IC,RM,kad nikah,segala macam kad, kunci office,hp dan beg tangan hadiah dari husband

Yg buat kerja ni mmg xperasan la mcm org ...... tak baik tuduh2 ,ALLAH ada untuk hukum kau!

Ambil mase 1 jam cari balai polis lepas apa yg terjadi rase tergamam sangat,blur,sedih ,lemah semua ada
dok pusing2 cari balai ,buat report kat Kota Damansara susah nak cari Balai tu rupenya

Esoknya mula la episod pergi JPN,bank segala,ade sebab kukuh(ada report polis) mohon IC baru tak dikenakan denda Alhamdulillah.,kad bank kena bayar hmmmmm

InsyAllah ada hikmah disebalik semua yg berlaku,Ampunkan dosa2 hambaMu ini ya Allah

Uolz kalau lalu jalan subang hati2 ye,be safe anyway kena hati2 walau dimana kita berada

Ni lebih kurang kawasan yang Pia kena ragut tu,Jalan Sg Buloh

Tuesday, February 19, 2013

Twitter Beri Kesan Buruk Kepada Dunia Artis

Fairy Notes:Pia setuju dengan artikel ini,bukan setakat untuk golongan "retis",bukan retis pon sama
Ada akal pandai2 la guna sebelum tweet pekara yg memalukan diri sendiri.sumber Mstar
well said

Twitter Beri Kesan Buruk Kepada Dunia Artis

Oleh NIEZAM ABDULLAH (Twitter: @NiezamAbdullah)
Sylvester Stallone
Adoiii
AKTOR Hollywood iaitu Sylvester Stallone membuat keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya kerana beranggapan media sosial itu benar-benar mengarut.
Alasan Stallone, Twitter tidak memberi impak yang baik. Seseorang artis yang mendedahkan terlalu banyak kehidupan peribadinya menerusi medium itu adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berguna.
Walaupun Twitter kata Stallone merupakan satu media yang cukup hebat era kini tetapi impaknya tidak sehebat mana.
Apa yang difikirkan oleh Stallone itu seharunya menjadi penduaan kepada artis-artis kita agar dapat memanfaatkan media baru itu dengan sebaik mungkin.
Walaupun pada dasarnya Twitter sama juga Fecebook dan juga Instrgram bertindak sebagai diari elektronik yang mampu menyimpan segala aktiviti untuk dikongsi oleh orang ramai namun lebih banyak mengundang padah.
Laman sosial itu walaupun dilihat lebih terkini dalam konteks dunia teknologi sekarang namun sejauh manakah elemen itu dimanfaatkan dengan betul?
Tidak ramai artis yang sedar, Twitter sedikit sebanyak berjaya mengurangkan pengaruh mereka kepada orang ramai.
Keterujaan peminat terhadap artis itu menjadi berkurangan apabila mereka berupaya untuk mengakses seseorang artis itu dengan mudah
Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012 lalu.


Saya mengambil contoh, sebelum adanya medium Internet dan laman sosial ini, sikap keterujaan orang ramai terhadap artis cukup tinggi.
Bagi mereka, kalau dapat melihat kelibat artis di pasar pun susah menjadi pengalaman yang cukup bermakna.
Apatah lagi jika ada surat-surat atau kad-kad Hari Raya yang dibalas oleh artis, ia akan disimpan sebagai kenang-kenangan yang benar-benar bernilai.
Sebab itulah kalau 20 tahun lalu apabila artis-artis turun ke kampung dan kawasan pedalaman untuk mengadakan persembahan, ia akan mendapat sambutan luar biasa kerana dengan cara itulah mereka dapat melihat artis dengan dekat.
Tapi apabila media sosial ini menjadi keutamaan, keterujaan seorang itu terhadap artis semakin berkurangan kerana mereka sendiri dapat berhubung dengan artis dengan mudah.
Ia memberi kesan kepada seseorang artis kerana nilai eksklusif diri mereka sudah tiada.
Malah lebih buruk lagi pemikiran artis juga boleh dinilai berdasarkan kepada status yang dimuat naik menerusi laman sosial itu.
Ambil sahajalah contoh bagaimana krisis Sharnaaz Ahmad dengan Shila Amzah menjadi bertambah hangat dengan status-status “seram” Sharnaaz seleum ini.
Malah ada banyak lagi contoh bagaimana Twitter dijadikan medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati seseorang kepada individu lain.
Ia sama sekali tidak mendatangkan faedah apabila tahap pemikiran artis itu diinai berdasarkan kepada apa yang ditulis dan dimuat naik.
Laman sosial ini seharusnya digunakan oleh artis untuk menaikkan darjat masing-masing dengan kata-kata nasihat dan bermanfaat yang boleh jadikan panduan oleh pengikut masing-masing.
Sebab itulah Stallone berkata Twitter ini tidak memberi faedah kepadanya.
Saya percaya, langkah beliau menutup akaun Twitter miliknya itu akan mampu memperbanyakkan lagi pengaruhnya dalam dunia seni.
Adakah tinggi nilainya kalau terlajak tidur pun hendak ditulis dalam Twitter?
NIEZAM: Geleng kepala baca Twitter seorang artis yang nak jadi macam orang politik.

Thursday, February 14, 2013

Umur kian singkat, ajal makin dekat

A sweet reminder for me and for those who willing to read  ;)

Harian Metro

MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.
Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” 
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.

Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03

Thursday, December 6, 2012

Umat Islam dilarang borak, lepak tepi jalan


Umat Islam dilarang borak, lepak tepi jalan

Berita Harian


Gejala lepak dalam kalangan remaja dan golongan warga tua semakin membarah dalam masyarakat Islam. Semakin ramai remaja menjadikan kompleks beli-belah dan stesen bas sebagai tempat melepak.

Tidak kurang juga, warga tua yang ‘ketagih’ mengunjungi warung kopi pada siang dan malam hari hingga membiarkan anak remaja mereka berkeliaran tanpa arah tujuan. Demikianlah senario menyedihkan yang kini menjadi isu sosial.
Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati sebuah jalan, Baginda SAW terserempak dengan beberapa sahabat asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihatkan itu, Rasulullah SAW berkata: “Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan! Tetapi sahabat menjawab: Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap dan berborak sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberikan mereka pilihan atau jalan keluar dengan berkata: Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda; "Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan maksud hadis, amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan sahabat hingga mereka mengakui amat sukar untuk membuang tabiat itu.

Agenda perutusan Rasulullah SAW ialah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah Baginda bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif supaya tidak membarah dalam masyarakat Islam.

Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.

Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW apabila seseorang berbicara dan berborak di tepi jalan atau di mana juga ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus boleh mendatangkan dosa.
Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang Allah seperti melihat aurat perempuan, mengintai dan memandang lama-lama ke arah wanita ajnabi.

Hak jalan yang kedua ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain dari segi perasaannya, fizikalnya dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah menegaskan ciri Muslim sejati: “Seorang Muslim sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang merasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang meninggalkan perkara yang keji, lalu menjauhinya.” (Riwayat Ahmad)

Umat Islam dilarang sama sekali melepak dan berborak di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain terutama apabila ia menyekat laluan orang ramai, berlaku aksi menggoda atau mengurat golongan wanita yang melintas di kawasan itu.

Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali.

Hak jalan seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih sayang antara sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam, hukum mengucapkan salam adalah sunat, manakala menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.

Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan, tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka dia wajib menjawab salam itu.

Perintah ini selaras firman Allah SWT: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia. Hubungan akrab terjalin apabila saling bertanya khabar.

Hak jalan keempat ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam, umat Islam dituntut untuk mencegah supaya akibatnya tidak melarat kepada orang lain yang tidak berdosa.

Begitu juga amalan kebaikan hendaklah disampaikan kepada golongan yang berborak dan melepak seperti nasihat-menasihat ke arah kebaikan, bersama-sama solat jemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, memanfaatkan masa terluang dengan ibadat dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia telah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia telah menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)

Fairy Notes-pesanan utk diri ini juge

Friday, August 10, 2012

Diari Ramadhan,lebih kurang 60 minit bersama Ustaz Don Daniyal

Alhamdulillah,dapat hadiri tazkirah bersama Ustaz Don

Bile?sila refer sticky entry di atas :)

Allah izinkan kami berjumpa di majlis ilmu dengan Ustaz Don :)


Macam tak percaya Ustaz Don depan mata :)



Ustaz Don kata(lebih kurang begini) kat mana kelebihan kita ,buat yang terbaik

Contoh nya kalau kita pandai baca Quran,baca la dengan
bersungguh2,pulun habis buat dgn ikhlas kerana Allah


Terima kasih juge pihak surau yg beri bubur lambuk,makan mase berbuka of course hehe..yummy
Alhamdulillah

Monday, August 6, 2012

Diari Ramadhan,Ustazah Asni

Assalammualaikum,Salam Nuzul Al-Quran

Alhamdulillah,Jumaat lepas pia dan colleague dapat menghadiri majlis ilmu lagi bersama Ustazah Asni
Jumaat sebelum tu bersama Sharifah Khasif

Ustazah Asni sangat cantik dan sweet ,penyampaian mudah dan menarik
Ustazah cakap sambil2 kita sibuk didapur,jangan lupa berzikir insyAllah kita dapat pahala
lebih2 lagi bulan ramadhan,dan byk kan sedekah.Kalau boleh jgn tinggal solat terawih

Wednesday, August 1, 2012

Mari berpesan-pesan

Assalammualaikum,syukur Alhamdulillah masih diizinkan Allah menikmati Ramadhan.

 Ini pesanan penaja untuk diri hamba yang hina juge,kata2 yg sweet ni semua Pia dapat dari FB


Saturday, July 28, 2012

Diari ramadhan 1433H

Alhamdulillah dapat menghadiri tazkirah ramadhan di Surau 

Hari jumaat bersama Sharifah Khasif,rebut la keberkatan ramadhan kali ini

semoga diizinkan Allah bertemu ramadhan lagi,Amin
Jangan lupa berselawat

Thursday, July 5, 2012

Boleh dijadikan iktibar

Assalammualaikum semua

SELAMAT HARI JUMAAT,yang penuh berkat penghulu segala hari

Kisah ni berlaku pada beberapa minggu lepas

Hari jumaat hari tu,pia ngada2 nak lunch date dengan hubby 
Hari Jumaat kan Hubby pergi solat Jumaat.
Last2 hubby datang juga,kami lunch kat luar Masjid Sentul
Zaman sekarang hari jumaat depan masjid ramai peniaga jual makanan kan
So senang la,sebelum azan tu kami sampai,makan roti john dan minum ABC
Nyaman tekak cuaca pon tengah panas terik,bile Azan hubby pon masuk
ke dalam masjid Pia sambung makan2,sementara tunggu hubby habis Solat jumaat



Pia duduk dekat dengan 1 gerai jual air soya ni
mase kaum adam tengah sembahyang Jumaat
Datang ada 1 kereta berhenti depan gerai soya ni
seorang lelaki nak beli air soya,yang jage gerai tu seorang mak cik
dia tanya kamu ni islam ke?dia jawab ye
lepas tu mak cik cakap,mak cik tak jual
nak jual pada orang yang keluar lepas sembahyang
dari masjid tu.Agak garang juge la dia cakap

Then,lelaki tu cakap kat mak cik tu "tak pe la mak cik,dosa saya tanggung"
mak cik tu tetap tak nak jual air soya tu kat dia.

Pia memang tak dapat nak fokus minum ABC tengok je insiden tu.hmmmmmmmm


Kepochi tak Pia????hehehehehe


Friday, January 13, 2012

Santapan jiwa di hari jumaat

Dunia diuji syurga dinikmati


BERAPA ramai manusia yang hanyut kerana duniawi; mereka terus berkhayal, umur yang semakin meningkat tidak dihiraukan sehinggakan hidup mereka hampa dan merugikan.
Begitulah apabila hati sudah ‘jatuh hati’ dengan dunia sehingga melupakan akhirat. Kita semua mengetahui, kesempatan hidup di dunia ini hanya sementara

Janganlah nafsu dunia saja di turutkan kerana pada satu masa nanti kita pasti akan ‘berpisah’ dengannya. Kematian, berlaku setiap hari malah mungkin ada di kalangan kaum keluarga, sanak saudara atau teman rapat kita sudah dijemput menghadap Ilahi.

Bermakna urusan mereka di dunia ini sudah selesai. Yang terus subur ialah amalan yang mereka lakukan ketika hidup dulu; jika baik mereka pasti ‘pulang’ dengan aman dan mendapat keuntungan.

Kehidupan di dunia sebenarnya tempat persinggahan sementara untuk manusia mengutip bekalan secukupnya sebelum menuju ke destinasi terakhir dan kekal abadi iaitu akhirat.

Imam Al-Ghazali berpesan: “Ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana. Awal pertama manusia singgah dalam perut ibunya, dan yang terakhir manusia singgah di liang kubur. 
Manusia masih dalam perjalanan, dan yang dituju adalah kampung halaman yang kekal, iaitu (kampung akhirat).

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia seperti menafkahkan harta di jalan Allah, bersedekah, berzakat serta melaksanakan ibadah wajib seperti solat.

Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian. 

Sebagai iktibar, pada zaman Nabi Musa ada seorang lelaki yang kaya raya bernama Qarun. Dia adalah manusia yang sangat bakhil serta derhaka terhadap perintah Allah sehingga hartanya yang banyak itu tidak sedikit pun mendatangkan manfaat dalam hidupnya.

Di dalam Al-Quran disebutkan mengenai kekayaan Qarun; dia seorang yang berlagak di hadapan orang ramai malah ramai yang ingin menjadi sepertinya dengan memiliki rumah besar serba indah dengan perkakasan mewah serta pakaian yang indah-indah.

Disebabkan sifat bakhil yang menebal dalam dirinya itu menghalang dia daripada berzakat untuk diberikan kepada mereka yang berhak.

Dia menyangka seolah-olah akan kekal dengan kekayaannya itu dan terus bersikap sombong. 

Qarun lupa kekayaan yang dimilikinya itu adalah kurniaan Allah. Akhirnya Qarun diseksa oleh Allah dengan rumah serta hartanya terkubur sekali bersama. 

Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami benamkan Qarun itu berserta rumahnya ke dalam tanah, maka tiada satu kaum yang dapat menolongnya selain dari Allah, sedang ia tidak mendapat pertolongan apa-apa.” (Surah Al-Qashash ayat 81).

Ketahuilah apabila kita ditimpa penyakit, itu sebenarnya kita sedang diuji dengan kesabaran dan reda. Begitu juga apabila kita hidup dalam kesusahan, kita sedang diuji dengan kekufuran dan jika menjadi kita kaya raya, ingatlah itu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur, dan kuat bersedekah atau hidup dalam kesombongan. 

Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.

Penceramah, Ustaz Harryanto Rizal Rokman berkata takrifan kepada kehidupan dunia ialah setiap perkara yang manusia nikmati secara sekarang manakala syurga adalah penghidupan selepas mati.

“Sememangnya dunia begitu dekat dengan manusia. Syurga pula perkara kemudian yang tidak nampak dengan mata kasar manusia tetapi di dalamnya penuh dengan kelazatan dan kenikmatan.

“Dunia adalah mazratul akhirat (jambatan menuju akhirat). Amalan manusia di dunia akan menentukan nasib di akhirat sama ada mereka menuju ke syurga atau neraka,” katanya pada majlis Forum Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Dunia Diuji, Syurga Dinikmati’ anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Balai Berita, Jalan Riong, baru-baru ini.

Beliau berkata manusia barangkali berebut-rebut melakukan amalan soleh jika dapat mengetahui serta memeriksa baki dalam akaun simpanan mereka.

“Ia bolehlah diumpamakan seperti dapat menyemak akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hanya boleh dikeluarkan selepas seseorang itu bersara kelak.

“Sudah tentu kita akan gembira apabila mendapati jumlah wang terkumpul di dalam akaun simpanan kita meskipun tidak dapat menggunakannya lagi. 

“Jika Allah memberi peluang kepada kita ‘menyemak’ pahala seperti itu sudah tentu kita mengetahui banyak mana amalan yang sudah kita dilakukan selama ini,” katanya.

Beliau berkata untuk sampai ke syurga sememangnya manusia akan terus diuji dengan pelbagai cabaran.

“Benar, manusia akan berasa kehilangan apabila mereka jauh dengan dunia. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 yang bermaksud: 
“Sesungguhnya Kami uji manusia itu dengan bermacam-macam ujian, adakalanya dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian dan kekurangan buah-buahan, berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar atas cubaan itu. Iaitu orang-orang yang ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata: 
“Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan akan kembali kepada-Nya, untuk mereka rahmat dari Tuhannya serta anugerah dan mereka itu mendapat petunjuk.” 

“Jelas kepada kita ujian yang didatangkan kepada kita memang payah untuk melaksanakannya kerana agama ini sifatnya berlawanan dengan nafsu.

“Jadi untuk menjadi seorang yang baik, berdamping dan duduklah sekali dengan mereka yang suka melakukan kebaikan,” katanya.

Penceramah, Ustaz Abdul Halim Din berkata, di dalam Al-Quran terdapat sebanyak 115 kali perkataan dunia dan akhirat dinyatakan.

“Perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat namun Islam meletakkan akhirat terlebih dahulu. Dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang bermaksud: “Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berbuat bencana.” 

“Sebab itu, setiap kali bangun daripada tidur kita perlu menyoal beberapa soalan iaitu siapa diri kita, untuk apa kita berada di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini,” katanya.

Abdul Halim berkata anak muda terutamanya perlu sentiasa mendidik hati mereka dengan kecintaan terhadap penghidupan akhirat. 

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dua nikmat yang manusia sering lupa dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Ujian terhadap orang muda ialah mereka tidak ada rasa tanggungjawab sehingga menyebabkan matinya perasaan. Mereka perlu segera bangkit dan sedar kenapa mereka lahir sebagai seorang Muslim? 

“Jangan terus hanyut dengan masalah sosial serta mengamalkan hiburan secara berlebihan kerana sekarang orang bukan Islam melihat orang Islam tidak berakhlak. 

“Jadilah seperti Usamah Zaid, Fatimah Az-Zahrah dan Mus’ab Umair yang menjadi individu penting yang memperjuangkan Islam,” katanya.Metro


Fairy Notes-untuk diri sendiri juga :)

Wednesday, January 4, 2012

Ku mohon

Cerita hot terkini,

tak nak letak gambar takut aibkan orang
mana tahu satu hari nanti kena batang hidung sendiri
semoga dijauhkan,Amin

Hati tertanya,kenapa kah bijak pandai jadi begitu?

Tapi siapa lah daku hendak menjatuhkan hukum
pada insan yang lemah.

Doakan yang terbaik untuk kita semua.

Ya Allah,ku mohon kau tetapkan la iman ku keyakinan ku terhadap mu
wahai pencipta ku yang maha agung.

Janganlah kau balikkan hati ku dari yang baik kepada yang buruk.

Friday, December 16, 2011

Majlis ilmu

Pia memang salute kat pengurusan surau kat tempat keja pia ni

rajin anjurkan majlis ilmu.Alhamdulillah


ini latest yg Pia gi hari rabu minggu ni,kelmarinla kan? :P

sebaik2 orang islam ialah orang yang meninggalkan pekara yg sia2


ini himpunan majlis ilmu sepanjang tahun ini

lepas tazkirah,hehe rejeki

yang tazkirah hari pertama bulan ramadhan,pada 1 ramadhan yg lalu
sepanjang bulan ramadhan yg lalu ade takzirah

antara penceramah Iman muda pertama,Imam muda Asraf EH EH SILAP pic yg ats tu imam muda ashraf,yg ni mase tazkirah hari pertama bulan ramadhan

Saturday, September 10, 2011

La Tahzan,Jangan Bersedih Sesungguhnya Allah bersama Kita

re post entry ini :)

Hari ni time break tak de tazkirah,pia jalan2 kat 1 TUBE

jumpe video Dr MAZA yang sangat menyejukkan hati,Subhanallah


Ya Allah jadikan hamba-hambaMu ini insan yang tabah,cekal bersabar bertawakal  hanya padaMu

Jauhi Kami dari tidak tahu bersyukur,Amin

Wednesday, August 10, 2011

Entry Pertama Tuan Tanah pada bulan ramadhan

Assalammualaikum,CEPAT betul mase berlalu dah 10 Ramadhan hari ni

Hari ni baru Pia berkesempatan curi mase sikit,Salam Ramadhan Al-Mubarak
pada muslimin dan muslimat sekalian.


Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan,semoga diredhai Allah
Amin


sorry sangat2 Pia lame hapdet blog dan masih tak sempat  jalan2 blog u oll :(


tahun ni Surau kat bagunan office Pia(CEO pia sewa salah 1 tingkat dlm bgnan ni) menjemput penceramah2 yang sangat awesome!!!teruja best2!!


Tahniah AJK surau Global Tower,u all have done a very good job!!!!Tapi hari nya takzirah je Pia sempat ulas sikit heheh.Nak tau siapa datang hari ni?












Alhamdulillah pia dan colleague baru lepas mendengar takzirah yg disampaikan oleh Imam Muda Asyraf


Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu). (QS. 6:2)



kita kena bersedia untuk hari kebangkitan dengan mempertingkatkan iman dan taqwa

bersedia kah kita?

Friday, July 15, 2011

Hari Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum, sharing from email
 
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), 16.7.2011 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1432H)
 
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
 
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
 
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
 
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
 
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 16.7.2011)
 
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 16.7.2011)
 
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
 
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
 
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
 
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
 
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
 
Antaranya yg termasyhur adalah:
 
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
 
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
 
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
 
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
 
 
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
 
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
 
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
 
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,
 
"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
 
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
 
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
 
Wallahua'alam
 
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI   KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH
 
WASSALAM

Friday, July 8, 2011

Berdosa guna pelaris

Assalammualaikum,selamat hari jumaat semua

sharing untuk pengetahuan kita,untuk diri sendiri
juga :)




PERNIAGAAN harus dijalankan dengan etika jual beli yang ditetapkan Islam termasuk dalam bisnes kedai makan. – Gambar hiasan
APAKAH hukumnya menggunakan pelaris dalam menjalankan perniagaan terutamanya dalam melariskan penjualan makanan di kedai-kedai makan?

JAWAPAN:

ISLAM mengharuskan umatnya berjual beli. Dalam hal ini setiap peniaga sewajarnya mematuhi etika berjual beli yang ditetapkan dalam Islam. Antaranya berlaku jujur dan amanah terhadap jualan tersebut.

Isu menggunakan pelaris sebagai azimat dan tangkal dalam berjual beli adalah berdosa. Ini kerana ia bercanggah dengan akidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud “Sesungguhnya jampi, tangkal, azimat dan ubat guna-guna adalah syirik.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Oleh itu, jauhkanlah diri daripada perbuatan yang sedemikian.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Ogos 1996 membincangkan Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam.

Muzakarah telah memutuskan bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai iaitu amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Dalam Kitab Mastika Hadis Jilid Pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tahun 2007 ada menyebut seperti berikut:

“Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.” (halaman 191).

Penggunaan tangkal, azimat dan sebagainya daripada ayat al-Quran atau yang mengandungi nama-nama Allah SWT atau sifat-sifat-Nya adalah tidak diharuskan menurut Abdullah Bin Mas’ud, Al-Aswad dan Abdullah bin Hakim. Dr. Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat ini.

Justeru, para peniaga sewajarnya menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh untuk maju dan berjaya dalam kehidupan.

Usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan dan dengan perancangan strategik selagi tidak menyalahi hukum syarak dalam berniaga. Seterusnya berdoalah kepada Allah SWT agar segala usaha yang dilakukan diberkati dan dirahmati-Nya.

Mandi bunga boleh

bawa syirik

APAKAH hukum mandi bunga dalam Islam?

JAWAPAN:

ISLAM menyuruh umatnya supaya menjaga kebersihan fizikal dan kesucian rohani. Oleh itu mandi bunga yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Islam di negara ini untuk tujuan kebersihan dan mengharumkan tubuh badan adalah diharuskan. Tetapi sekiranya mandi bunga disertai dengan amalan bomoh yang boleh merosakkan akidah, maka perbuatan itu dilarang sama sekali.

Jika seseorang itu mempercayai dan menyakini bahawa mandi bunga dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara buruk maka hukumnya adalah haram dan boleh membawa kepada syirik kerana mempercayai bunga mempunyai kuasa ke atas sesuatu yang lain daripada Allah SWT.

Sebagai hamba Allah yang taat kepada segala perintah-Nya, wajib kita meninggalkan setiap perbuatan syirik yang mana akibatnya amatlah pedih seperti dijelaskan dalam firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia. Dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (An-Nisa’:116)

Kosmo

Wednesday, June 29, 2011

Ceramah sempena Israk Mikraj

Alhamdulillahh Pia sempat gi dengar ceramah lunch break tadi



Ustaz/pensyarah dari UIA menyampaikan ceramah

Dapat ilmu seba sedikit huraian tentang Israk Mikraj
lebih jelas.

Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa Baginda Rasullah SAW
diangkat naik hingga ke langit ke-7

Israk Mikraj adalah tentang pensucian hati dan solat

Peritiwa Israk Mikraj adalah sebagai medium untuk
memberi kekuatan pada Baginda Rasullah SAW
untuk meneruskan dakwah.

Wallahulam

Sekadar berkongsi serba sedikit apa yang Pia fahami
dari majlis ilmu ini

Mohon maaf jika ada salah silap dari pia yang jahil ini


Fairy Notes-bagus sangat pengurusan Global Tower selalu menganjurkan majlis ilmu.next July sempena Nisfu Syaaban.Bulan ramadhan setiap hari BERKEJA ade ceramah time lunch break insyAllah



Israk Mikraj

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya zaman berputar seperti keadaannya tatkala Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada 12 bulan. Antaranya ada empat bulan haram. Tiga bulan berurutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah At-Taubah ayat 36).
Menghubungkan Rejab dengan sejarah Islam, bulan ini tidak banyak mencatat peristiwa besar, tetapi satu daripada peristiwa yang berlaku itu boleh dijadikan bahan renungan seluruh pengikut Nabi Muhammad SAW.
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam mencatat dua peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan hidup rasul kesayangan kita, iaitu Nabi Muhammad.
Dua peristiwa sedih dimaksudkan itu ialah kematian Siti Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda dan banyak berkorban harta benda dan wang ringgit untuk membantu Baginda berdakwah mengembangkan Islam. Siti Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.
Kemuraman terus melanda hidup Rasulullah. Selepas kematian Siti Khadijah disusuli pula dengan kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi. Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.
Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab ketika itu menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah. Pemergian dua sangat rapat dan disayangi Baginda ini, Siti Khadijah dan Abu Talib, amat dirasakan oleh Baginda selepas itu.
Justeru, selepas kematian dua orang disayangi oleh Rasulullah ini, pergerakan dakwah baginda di kota Makkah semakin sempit dan sering mendapat gangguan daripada orang kafir Quraisy. Baginda mendapat ejekan serta mengancam keselamatan Baginda. Rasulullah akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif.
Malangnya di Taif juga Rasulullah menerima cacian, ejekan serta penghinaan penduduk Taif. Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah cukup berat ketika itu. Melihat keadaan Rasulullah SAW itu maka Allah memerintahkan Jibril membawa Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 menjadi rasul.
Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi – “(Surah Maryam ayat 57).
Inilah peristiwa penting dan besar bagi orang Islam kerana peristiwa itu memberi hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad dan sekali gus ia juga menjadi cermin bagi umat Muhammad pada hari ini, sebelum ini dan yang akan datang.
Sesuatu yang dikira penting bila bercakap mengenai Israk Mikraj ini ialah sejarah pensyariatan solat kini difardukan bagi umat Islam lima waktu sehari. Pada mulanya Allah menetapkan sebanyak 50 waktu sehari ketika Nabi Muhammad kali pertama menghadap Allah di Sidratul Muntaha. Selepas turun naik berulang kali menghadap Allah selepas diminta oleh Nabi Musa, maka akhirnya Allah menetapkan lima waktu saja sehari semalam.
Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj yang dialami Nabi Muhammad ribuan tahun lalu itu sentiasa segar dalam ingatan seluruh umat Islam kerana peristiwa itu diingati setiap tahun. Peristiwa itu memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada orang mukmin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah hingga kiamat. Jelas diperlihatkan kebesaran dan keagungan Allah melalui peristiwa Israk Mikraj.
Allah berfirman bermaksud: “Maha Suci Allah, yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkali sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’ ayat 1)
Mempelajari kejadian yang berlaku sepanjang peristiwa Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad pada masa tiga suku malam itu boleh memberi kesedaran dan keinsafan mendalam bagi umat Muhammad.
Sebagai contoh ialah satu kejadian yang disaksikan Rasulullah ketika perjalanan (Israk), sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu mereka memecahkan semula. Mereka melakukannya berulang-ulang kali. Jibril memberitahu Rasulullah itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud kepada Allah (solat).
Kejadian di atas itu boleh menginsafkan mereka yang selama ini mengabaikan atau tidak solat. Allah tetap akan memberi balasan kepada mereka yang tidak sujud kepada-Nya dan Allah tidak memungkiri janji-Nya.

Google-2009 repost

Friday, June 24, 2011

Larangan memakai gelang berloceng

Selamat Hari Jumaat ;)

Nasihat diri sendiri ni



APAKAH hukum memakai gelang kaki dalam kalangan wanita Islam?
JAWAPAN:
Apabila seseorang wanita itu menjaga auratnya di hadapan bukan mahram, ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, malah menjaga wanita mukmin seluruhnya. Maruah dan harga diri wanita begitu tinggi dan bernilai.
Wanita Islam wajib menjaga auratnya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka, anak saudara lelaki mereka, anak saudara perempuan mereka, sesama perempuan Islam atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah kamu menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Nur :Ayat 31)
Menutup aurat bukan sekadar memakai tudung semata-mata, tetapi ia merangkumi aspek keseluruhan tubuh seseorang wanita. Haram bagi seseorang wanita mendedahkan aurat kepada lelaki yang bukan mahramnya seperti yang dijelaskan oleh ayat di atas. Perlu dijelaskan kerana kegagalan menjaga aurat menyebabkan ramai wanita dicampakkan ke dalam neraka.
Ini dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih seperti telanjang (mendedahkan aurat) sehingga memalingkan lelaki ajnabi ke atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun.” (Riwayat Muslim)
Etika pemakaian menutup aurat yang sempurna adalah pakaian mestilah longgar, tidak ketat, tidak jarang, tidak nipis, tidak memakai wangian yang melampau dan tidak menyerupai pakaian orang kafir. Cara berpakaian yang amat membimbangkan kini apabila ramai kaum wanita Islam memakai tudung di kepala, tetapi berpakaian ketat dan nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lain seterusnya boleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam Islam seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.
Jauhi susuk ayat
APAKAH hukum memakai susuk dalam Islam? Bagaimanakah pula dengan susuk ayat?
JAWAPAN:
SUSUK ialah logam emas, perak atau besi yang amat kecil dan dimasukkan ke dalam tubuh seseorang yang kononnya untuk menjadikan seseorang itu kebal dan cantik supaya ramai yang jatuh hati atau takut kepadanya.
Hukum memakai susuk adalah haram dan dilarang kerana amalan sihir jelas bertentangan dengan Islam.
Islam meletakkan sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi. Seperti sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud, jauhilah daripada tujuh dosa besar.
Mereka bertanya, wahai Rasulullah. Apakah dia? Sabda baginda: Syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh diri yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik melakukan zina. (Sahih al-Bukhari )
Trend terkini yang mengelirukan masyarakat dengan mengatakan bahawa harus menggunakan susuk ayat yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran untuk kelihatan cantik wajib dijauhi.
Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan manusia perlu menghargai nikmat kurniaan-Nya. Janganlah kerana sedikit kesenangan dunia yang sementara menyebabkan kita mendapat kesusahan di akhirat.

Friday, June 10, 2011

My tears is so cheap today :'(

REPOST Entry,hari ini pia menangis lagi
aduhai pia kanapa kau cenggeng lagi kememeh ni

Be strong ok!!seperti komen2 mu dikala rakan2
blogger lain bersedih.

Tapi hari ini Pia tewas,sangat sayu rase,izinkan
ku menangis supaya diri ini lebih tenang


Pia perasan follower ade penambahan

Terima kasih Pia ucapkan,InsyAllah nanti
pia buat kunjungan ye.

A bit bz dan hati ini kurang sihat
semoga Pia tabah,sila tabah wahai hati

Fragile sangat la hatimu Pia,
susah nak handle,kamu yg suffer 
cuba kuat dan tabah!
Allah ada bersamaku

Disamping orang yang Pia sayangi

Lirik Lagu Mawi - Sujud

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..


Fairy Notes-lawak la pulak kejap Pia kejap "ku"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)