Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 25, 2010

Pelajar tingkatan empat MTD maut dipercayai dibuli

 kes Buli Lagi??Hmmm

Pelajar tingkatan empat MTD maut dipercayai dibuli Pelajar tingkatan empat MTD maut dipercayai dibuli

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab tersebut, demikian menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

“Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis belum mengambil sebarang keterangan dan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) menyebut suatu kejadian yang melibatkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi semalam sehingga 1.20 pagi ini.

Mindef telah menubuhkan satu lembaga siasatan untuk mengenalpasti punca insiden itu.

Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.

Mayatnya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pukul 2 pagi tadi.

“Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan akan keadaan itu dan satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.

Beberapa pelajar yang dikenalpasti bersama-sama mangsa semasa kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Siasatan awal polis sedang dijalankan untuk keperluan dalaman Angkatan Tentera, bahagian penyiasatan khas dari Cawangan Provos Marsyal untuk menjalankan siasatan susulan, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, jenazah Mohammad Naim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong, Baling malam ini.

Jenazah pelajar itu tiba di rumah keluarga bapanya di Kampung Baru pukul 8.15 malam ini dari Pulau Pinang dan dikebumikan pada pukul 9.15 malam.

Urusan sembahyang jenazah dilakukan di rumah keluarga berkenaan.

Ibu mangsa Fauziah Abd Wahab, 45, beberapa kali pengsan sebaik mayat anak sulung dari tiga beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah mereka. – Bernama

Sumber MI

2 comments:

Norhidayah said...

sedihnya..mesti mak dia tak sangka anak yang diharap dapat mengharumkan nama keluarga dihantar pulang naik van jenazah..Al-Fatihah untuk adik Naim.

Sheherazade said...

Lovely Pinky-menyayat hati..semoga mereka terima pembalasan yg setimpal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)