Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 1, 2010

Wakil Malaysia ke World Cup

Sapa kata kita tiada wakil ke cawan dunia,lihat ini bangga tak korang?Salute sama Cikgu ni



SUBKHIDDIN berlepas ke Afrika Selatan hari ini untuk menggalas tugas selaku pengadil pada Piala Dunia 2010.


SUBKHIDDIN Mohd. Salleh berlepas ke Afrika Selatan hari ini dengan misi mencipta sejarah menjadi pengadil pertama dari Malaysia yang mengadili perlawanan pada pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010.

Tanpa berselindung, pengadil berusia 44 tahun itu tetap menyimpan hasrat untuk mengadili mana-mana perlawanan penting sepanjang tempoh sebulan kejohanan itu berlangsung pada 11 Jun hingga 11 Julai depan.

“Memang saya ada harapan dan keinginan tersebut. Tapi semua itu bergantung kepada panel pemilihan pengadil di Afrika Selatan yang akan menentukan tugasan kami nanti.

“Secara peribadi, terdapat dua atau tiga pasukan yang saya minat untuk mengadili perlawanan membabitkan mereka tetapi tidak dapat saya nyatakan di sini,” kata Subkhiddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang yang berasal dari Bagan Ajam, Butterworth itu bagaimanapun mendedahkan yang dia langsung tidak mempunyai pasukan diminati.

“Tiada pasukan lain yang saya sokong kecuali pasukan negara saya sendiri. Lagipun saya sendiri tidak begitu hebat bermain bola sepak tetapi saya cukup meminati bidang pengadilan.

“Apabila kita menjadi pengadil, kita akan mendapat nikmat yang sukar digambarkan. Tak kenal maka tak cinta. Rasa sedih juga untuk berhenti daripada menjadi pengadil,” ujarnya yang akan bersara daripada tugasan antarabangsa pada awal 2012.

Ditanya adakah dia akan terus mengadili aksi Liga Malaysia selepas bersara sebagai pengadil FIFA nanti, Subkhiddin berkata: “Rasanya tidak. Dah lama saya tinggalkan kehidupan saya bersama keluarga dan kerjaya guru kerana sibuk sebagai pengadil.”

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, pemilihan Subkhiddin sebagai pengadil Piala Dunia 2010 telah mengharumkan nama Malaysia.

“Ini satu sejarah kerana di kalangan empat negara Asia yang layak ke Piala Dunia 2010 iaitu Australia, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara, hanya Jepun yang pengadilnya terpilih.

“Tapi pengadil Malaysia telah terpilih. Malah seorang lagi pengadil kita telah dilantik sebagai pengadil FIFA menjadikan jumlahnya enam orang ketika ini,” katanya pada sidang media yang sama.

Raja Ahmad Zainuddin turut memberitahu, pihaknya sedang cuba untuk menggandingkan Subkhiddin dan dua pembantunya, Yuxin Mu dari China dan Jeffrey Gek Pheng dari Singapura mengadili final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober depan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)