Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 24, 2010

Nak tahu tak persamaan Pia,Fadzli habib ku dengan Vanidah dan Rashidi?

Salam Jumaat

Mood hari ni "can u feel the magic in the air" :)

Maaf la citer artikel lagi,harap jangan bosan

Hari ni Pia nak share cerita cinta bukan cintan :D

Bohong la kalau Pia cakap kami ni bahagia sentiasakan

Dalam rumah tangga mesti ade pasang surut nya...

Apa2 pon Pia bersyukur menjadi isteri kepada En Fadzli

Keluarga suami pon tersangat baik dengan Pia

Pia ni moody orang nya,suami sangat simple dan cool

Pia tak pandai nak cerita panjang,jom baca kisah cinta Vee dan Rashidi

bace sampai habis ye,Pia ade ulasan sikit kat bawah ni hehe






CERITA cinta pasangan bahagia Vanidah Imran dan Rashidi Ishak tidak lama. Hanya sekali pandang, Shidi sudah jatuh cinta dengan gadis kelahiran Pulau Pinang itu.

Dalam masa dua minggu ketika kedua-duanya terlibat dalam penggambaran drama Athirah pada tahun hujung tahun 1999, Shidi telah melamar Vee untuk menjadi suri hatinya.

Hanya dalam tempoh setahun iaitu pada 1 Oktober 2000, mereka sah bergelar suami isteri dan sehingga kini secara rasmi perkahwinan yang dibina atas cinta itu sudah masuk tahun ke-10 dilengkapi dengan dua cahaya mata Mikail Aimran, 9, dan Maryam Rashika, 6 tahun.

“Pertama kali bertentang mata dengan Shidi, saya seperti terkena kejutan elektrik dan berkata dalam hati kenapa saya rasa saya kena berkahwin dengan dia,” kata Vee saat pertama kali bersua dengan Shidi.

Shidi pula yang membocorkan rahsianya buat kali pertama mengatakan, dia terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh Vee saat melihat Vee mencedok kuah kari.

“Masa itu, saya rasa waktu seperti terhenti dan saya asyik melihat dia. Ketika itu saya tahu, saya harus berkahwin dengan dia,” tutur Shidi.

Begitulah rentetan sejarah bahtera perkahwinan antara Shidi dan Vee. Selepas 10 tahun mereka masih dilihat sebagai pasangan yang cukup secocok, malah kemesraan yang diluahkan mereka umpama pasangan pengantin baru.



Baru-baru ini, pada acara ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 telah diadakan di Hotel PNB Darby Park. Majlis tersebut tidak ubah seperti sebuah resepsi perkahwinan yang kecil.

Tidak sekadar meluahkan cinta, memotong kek, malah mereka berdua turut menari berdua dalam penuh romantis di hadapan keluarga, sahabat dan pihak media sambil diiringi lagu syahdu Stand By Me yang merupakan kejutan buat Vee daripada Shidi.

DIRAIKAN. Pasangan Vee dan Shidi turut diraikan oleh Sofea Jane dan AC Mizal serta isterinya, Emylea.

“Bayangkan tujuh bulan sebelum bernikah, saya tidak ada sebarang persembahan. Awal perkahwinan juga begitu tetapi syukur lepas nikah saya dapat tawaran berlakon filem Seri Dewi Malam dan apabila Vee disahkan mengandung anak pertama kami dapat tawaran untuk menjayakan iklan Maggie, sejak itu rezeki kami tidak putus-putus,” cerita Shidi.
Disebabkan mereka berdua tidak mempunyai pekerjaan tetap, kawalan kewangan amat penting untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga.
Oleh itu, mereka mengamalkan konsep perkongsian wang dalam satu akaun untuk menanggung segala keperluan kehidupan.
“Saya serahkan semua tanggungjawab soal wang pada Vee kerana dia seorang yang sangat teratur. Duit yang kami peroleh kami akan kongsi, itu yang kami amalkan sejak awal perkahwinan sehingga hari ini,” tutur Shidi.
Selain itu sifat saling percaya antara pasangan juga penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga.
Dugaan buat artis seperti mereka lebih besar berbanding orang biasa yang tidak dikenali ramai. Jelas Vee dan Shidi petua yang dipegang adalah tiada rahsia antara mereka berdua.
“Kami percaya antara satu sama lain, saya tahu Vee orangnya macam mana. Bila rakan-rakan tanya saya tidak rasa cemburu lihat isteri berlakon dengan lelaki lain?
“Sebagai lelaki memang saya cemburu tetapi bagi saya, dia seorang yang menjaga diri serta statusnya sebagai seorang ibu dan isteri. Jadi isu cemburu tidak perlu timbul kerana mula-mula saya kenal dia, dia sudah jadi pelakon dan saya tidak mahu sekat kerjayanya selepas kami berkahwin.
“Jika dia dapat skrip yang agak menyentuh sensitiviti kami sekeluarga dia akan duduk berbincang dengan saya terlebih dahulu,” beritahu anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.
Vee juga menceritakan hal yang sama. Meskipun kedua-duanya sibuk dan sering berada di set penggambaran yang berbeza itu bukanlah alasan untuknya berahsia dengan suaminya.
“Setiap kali kalau ada lelaki minta nombor telefon dan saya tidak boleh elak untuk memberinya, saya akan beritahu Shidi. Bila lelaki itu hubungi saya, saya suruh Shidi yang jawab.
“Sebenarnya kerjaya sebagai artis lagi susah nak berlaku curang dengan pasangan sebab orang kenal kami. Kalau sekali orang nampak, berita itu akan tersebar dengan cepatnya,” terang Vee lagi.

Berubah

KELUARGA bahagia. Vee menari dengan anak lelakinya, Mikail, sementara Shidi mendukung Maryam.

Tambah Vee sepanjang bergelar suri kepada Shidi, dia banyak diubah oleh Shidi untuk menjadi insan yang lebih baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Saya orangnya panas baran dan Shidi pula orang jenis yang diam, rileks dan ikut sahaja rentak saya. Bila orangnya macam itu, saya tidak pernah tinggi suara dengannya.
“Kalau kami bergaduh macam mana pun, sejak awal perkahwinan kami buat undang-undang tidak akan panggil nama masing-masing. Sebaliknya kekal dengan panggilan sayang walaupun tengah bergaduh,” ucap Vee dalam tawa.
Beritahu Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 lalu menerusi filem The Red Kebaya itu lagi ketika dia bernikah dahulu, Datuk Jalaluddin Hassan pernah berpesan mereka berdua harus tabah kerana banyak ujian Allah yang akan menguji kami.
“Memang benar dalam perkahwinan ujiannya pelbagai, kalau tidak kami, anak-anak pula. Jadi dalam sebuah perkahwinan komunikasi itu harus sentiasa ada. Kami juga selalu bergurau untuk merapatkan hubungan kami.
“Walaupun dalam hati saya takut kerana melihat banyak rakan artis yang bercerai, saya berdoa supaya rumah tangga kami kekal sehingga ke akhir hayat,” ucap Vee penuh harapan.



Dalam artikel ni,yang Pia buat kaler merah tu la yang buat Pia teruja nak buat entry ni

Pia dengan suami tak buat undang-undang la...cume Pia dan suami dalam hati sendiri

rase macam tak sanggup nak panggil name walupon tengah berselisih faham atau gaduh ;)

Entry ini bukan dengan niat menunjuk atau menjaja perihal rumah tangga kami

Harap boleh dijadikan tips?mungkin??Terpulang pada anda untuk menilai

Yang buruk itu Pia,yang baik lagi indah dari Allah

8 comments:

juelee said...

bagus la shidi n vee nie....
jue plak kalau marah tu diam je, nanti dah ok akan cakap2 sendiri bk heheh

cikpia said...

me lum kawen so NO COMMENT....... he he...

Sheherazade said...

Lovely Juelee-ha'ah kan bgs suke tgk deiorg ni

kalau diam,bgs juge tu...tak la keadaan bertambah hangat hehe

lovely sofia-hihi,bile?

Unknown said...

semuga kita semua kekal bahagia selama-lamanya sehingga ke hujung nyawa.

kenapa tak join event tu..buatlah N3 mana tau leh laga pipi

Jard The Great said...

da penah jjumpa puan vee.. sgt cun!

Sheherazade said...

Lovely k.ina-Amin...itu la harapan setiap pasangan yg bernikah

saya ni tak pandai lagi bab2 tu kak,sekarang dh fhm sikit.cume kena kreatif mcm akak hehe

Lovely Jard-wahh bestnya,ye la tmpt keje jard glamour gak :D

Anak Jawa said...

salam... i baru jer follow ur blog... nice la citer u yg ada persamaan ngan vee n shidi. yg baik itu kenelah follow kan.... heheheh....
nti, singgah2 la di blog i pulak.. leh kita tukar2 pandangan.... pepun, i akan doakan ur relationship long lasting till d end....

Sheherazade said...

A J-W'SLAM-terima ksh sgt2 sudi follow ye..salam kenal

terima kasih byk...yg baik kite ambil kan ;)

Saya dah singgah tadi,terima ksh lagi sudi letak blog saya kat side bar

saya pon dah link blo AJ kat side bar saya ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)