Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

Jual murah pun boleh untung

ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman
di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.
Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.
Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.
“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya.Kosmo

p/s-rezeki dari Allah ade dimana2.Bila la Pia nak keluar dari comfort zone dgn berniaga?InsyAllah,Amin

11 comments:

MOMMY CGG said...

hi pia:)

Miss AZ said...

semoga murah rezeki mak cik penjual tu :)

MY HEART said...

Yer betol.. rejeki ada di mana-mana yang penting keikhlasan dalam beruruniaga...


salam kenal...

CikIrna said...

yup..rezeki Allah ada dimana2..yg penting usaha secara halal

NomborSebelas said...

kalo ade kat putrajaya kan best :D

said...

dah lama tak pi Tganu....

(^^,)

kak ina kl said...

kita doakan agar beliau ni terus berjaya dalam perniagaan beliau.

kat kl ni gula naik 10 sen harga minuman segelas naik 10 sen gak..tak aci sungguh..mencilah

soffya cik bulan said...

k.long, pia pun jual murah jgk..silalah prmote...hu

k.long, nnti join niaga lah nak...
k.long reti mnjahit tak?

nur said...

Pia'' bila tengok org meniaga rasa nak meniaga gak kan..
ALL IN ONE

Anonymous said...

bisnes is the only way untuk jadi kaya..kalo makan gaji ni, ngam2 jer laa sampai ujung bulan..ye x??

~deena yang malas nak sign in sebab online masa jaga exam~

hihi

Sheherazade said...

Lovely CGG-Hi dear,thanks

Lovely Amirrah-Amin :)

Lovely Heart-salam kenal,terima ksh sudi komen...btl tu,keikhlasan sgt suci

Lovely Cik-setuju sgt :),yg penting halal

Sebelas-ehem,thanks for komen.mcm tu kite pon nak suh org tu niaga belakang rumah ai hehe :P

Lovely Yanie-pia penah lalu jer,huhu

Lovely K.Ina-Amin,tau xper benci la

Lovely Pia-InsyAllah syg,nk sgt huu~menjahit?blh belaja ;D

Lovely NUR-Teringin sgt ;)

Lovely Deena-ur rite dear,terkejut mak ingt anon mane,hihi
caya la deena,teharu la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)