Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Pelakon Zaibo

Dapat dari email



BATU PAHAT: “Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,” kata pelakon berpengalaman, Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo).

Bertempat di Pejabat Kadi Batu Pahat, Zaibo, 54, diijabkabulkan dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam.

Siti Hawa yang mempunyai sembilan anak menerima mas kahwin RM22.50. Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk keluarga rapat kedua-dua pihak saja.



Menurut Zaibo, dia dan isteri sepakat untuk mengadakan majlis yang ringkas secara tertutup kerana memandangkan usia masing-masing yang sudah meningkat dan Siti Hawa pula pernah berumahtangga.


“Mulanya kami hanya nak bernikah di pejabat kadi dan mengadakan kenduri doa selamat. Bagaimanapun perancangan itu bertukar apabila ramai pula ahli keluarga sebelah perempuan yang hadir. Saya agak tadi hampir 80 orang. Namun saya bersyukur kerana mereka datang meraikan kami,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi Januari nanti.


Pelakon teater terkenal itu mengenali Siti Hawa sejak 10 tahun lalu dan kembali rapat selepas tiga tahun kebelakangan ini. Namun mereka tidak pernah membincangkan soal hubungan yang serius, sebaliknya atas dasar persahabatan.
Kebetulan Siti Hawa adik kepada kenalan Zaibo.

Hati Zaibo terbuka untuk lebih serius ketika Ramadan lalu dan ini dinyatakan kepada Siti Hawa. Pun begitu, kesibukannya sebagai pelakon membuatkan hasrat itu ‘hilang’ sehinggalah dua minggu lalu, mereka masing-masing serius.

“Benar, saya mengambil keputusan cepat. Malah kenalan dan keluarga pun, saya hanya beritahu dua hari sebelum majlis pernikahan diadakan. Saya percaya dengan ketetapan Ilahi terhadap perjalanan saya dan isteri. Doakan kami bahagia,” katanya.

Antara rakan artis yang hadir Betty Benafe dan penulis skrip, Wahid Nasir.

10 comments:

Unknown said...

tahniah zaibo.. :D

Kak Amy said...

As'salam...

sejak dua menjak nie blog cik kak kita nie dah macam blog gosip pulak he3...anyway i like you sebab amy jarang buka blog gosip so bile selalu bertandang sini sedikit sebanyak amy dapat tahu jugak informasi2 terkini...

MOMMY CGG said...

wa..
dia da kawen

alhamdulillah

Sheherazade said...

heidi- ;)

Lovely Amy-w'salam,pia bkn kaki gosip dah ade dpn mate pia buat n3 la hehe :D.tak seglemer blog mama *wink

Lovely cgg-sudah tawen ;)

noa said...

dah kawin dah dia

sekamar rindu said...

salam..


tahniah...moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Sheherazade said...

Lovely Nora-ha'ah dah tawen :)

Sekamar Rindu-Amin

ardinihumaira said...

wah zaibo dah nikah. dni ketinggalan zaman ni. adeih... jarang bw skang ni.. ;p
tahniah zaibo!

NaniRostam said...

Salam...cinta di akhir usia tu....

Sheherazade said...

Lovely Dini-xper,kak pia ade hihi...

Lovely Pn Nani-W'salam,terima ksh sudi komen,nervous2 hehe
erm cinta diakhir garisan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)