Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 16, 2010

Spa Penjara

Artikel yang menarik perhatian ku,jangan la ter"copy" iklan tak rela nuffnang merajuk dengan ku hehe



KETIKA kaki melangkah memasuki ruang menunggu spa dan salun yang dihias ala Bali ini, aroma bau-bauan minyak aromaterapi menusuk ke hidung ditambah alunan muzik gamelan Indonesia yang memberi ketenangan kepada pengunjung.

Sementara menunggu, pengunjung dihidangkan secangkir teh halia panas bercampur madu yang dibawakan pelayan spa yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing.

Jika dilihat dari segi luaran spa, salun ini menyediakan perkhidmatan yang sama seperti pusat kecantikan lain.

Namun tiada siapa menyangka di sebalik tembok batu serta jeriji besi ini terdapat sebuah pusat kecantikan yang menyediakan pelbagai rawatan kecantikan khusus untuk wanita.


Apa yang menjadikannya lebih istimewa apabila rawatan dilakukan banduan atau juruterapi yang sedang menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang.


Bagi pelanggan yang baru pertama kali mendapatkan perkhidmatan di sini pastinya diselubungi rasa takut dan bimbang, apatah lagi memikirkan rawatan dilakukan pesalah penjara yang sering kali ditafsirkan sebagai jahat atau tidak mempunyai perilaku yang baik.

Sebagai pelanggan, perasaan bercampur baur apabila kali pertama mendapatkan perkhidmatan di sini, bimbang pada keselamatan dan takut sekiranya banduan melakukan sesuatu ketika sedang diurut atau menjalani rawatan lain.

Namun usah bimbang, buangkan jauh-jauh perasaan itu kerana semua banduan yang berkhidmat di spa dan salun Penjara Wanita Kajang ini menjalani latihan terlebih dulu sebelum menguruskan pelanggan.

Paling penting, semua banduan diletakkan di bawah pengawasan warden penjara sepanjang masa.

Ini diakui Penolong Penguasa Penjara Wanita Kajang, Monawati Omar yang meminta masyarakat tidak takut untuk mendapatkan rawatan kecantikan di spa dan salun penjara kerana perkhidmatan dilakukan secara profesional dan dijamin selamat.

Ini kerana semua banduan mendapat latihan sepenuhnya serta diawasi kakitangan penjara.

“Jika tidak selamat, sudah tentu tiada pelanggan yang datang setiap hari untuk mendapatkan rawatan.

“Kebanyakan mereka adalah pelanggan tetap yang mengakui sangat berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan serta bayaran yang sangat berpatutan,” katanya.

Pusat kecantikan spa dan salun yang mula beroperasi pada 5 Disember 2008 lalu dibuka khusus untuk orang awam serta kakitangan penjara.

Penubuhannya diilhamkan bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Mustapha Osman yang tujuan utamanya untuk mempelbagaikan kemahiran tahanan wanita, selain memberi peluang kepada mereka melengkapkan diri sebelum berhadapan dengan masyarakat.

“Sebelum ini, pihak penjara sudah menyediakan kemahiran kepada banduan seperti mencanting batik, menjahit, katering, dobi dan membuat makanan sejuk beku, namun kemahiran ini masih belum cukup kerana tidak termasuk aspek kecantikan.

“Menerusi pembukaan spa dan salun ini, diharap banduan dapat mempelajari teknik dan asas rawatan kecantikan, seterusnya menggunakan semua ilmu ini apabila mereka dibebaskan kelak.

“Walau apapun hukuman dijatuhkan kepada mereka, sebagai anggota masyarakat kita perlu menghormati mereka sebagai manusia biasa yang melakukan kesilapan dan tersalah membuat pilihan,” katanya yang berharap masyarakat memberikan ruang kepada tahanan kembali menyumbang kepada masyarakat dan tidak menyisihkan mereka.

Tambah Monawati, setiap banduan sama ada lelaki atau wanita akan menjalani modul yang sama membabitkan tiga peringkat iaitu modul orientasi, pengukuhan sahsiah diri dan kemahiran yang disediakan menerusi latihan secara berterusan.

“Untuk spa dan salun, semua banduan menerima latihan daripada pegawai penjara berkelulusan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Mereka akan mengajar kelas kemahiran seperti rawatan muka, salun, urut, sauna dan refleksologi mengikut tempoh tertentu.

“Apabila banduan ini mahir dalam bidang masing-masing, barulah mereka dibolehkan berkhidmat di spa. Apabila tempoh tahanan tamat, mereka akan diganti banduan lain dan begitulah pusingan seterusnya,” jelas Monawati.

Menurutnya, hanya banduan yang tidak melakukan kesalahan serius atau kejam saja akan diambil untuk berkhidmat di spa.

Kira-kira 60 peratus daripada 1,600 banduan di penjara itu terdiri daripada warga asing dan kebanyakan daripada mereka rakyat Indonesia yang didakwa dengan kes imigresen.

Semua tahanan yang bekerja di spa dibayar sejumlah kecil elaun bergantung kepada warna baju yang dipakai. Misalnya untuk baju hijau, bayarannya 60 sen sehari manakala baju biru 80 sen sehari.

“Pada dasarnya kami membantu mereka (banduan) agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat selepas keluar dari penjara.

“Kami juga berharap program ini dapat mendedahkan aktiviti kepada orang awam di samping dapat memperkaya serta memberi keyakinan diri kepada banduan,” jelasnya.

Spa dan salun yang dibuka setiap hari kecuali Isnin pada jam 8 pagi hingga 5 petang mempunyai tujuh pelatih dengan diawasi tiga kakitangan dan mampu merawat lapan pelanggan pada satu-satu masa.

Antara rawatan disediakan seperti mandi susu, rempah dan bunga, refleksologi, rawatan muka, urut badan, lulur, sauna serta perkhidmatan di salun seperti menggunting, mencuci, melurus, keriting dan mewarna rambut.

“Harga yang ditawarkan di sini sudah tentu jauh lebih murah berbanding pusat kecantikan di luar. Untuk rawatan badan dan muka, pelanggan boleh mendapatkan harga serendah RM30 sehingga RM40.

“Mereka juga boleh mendapatkan secara pakej seperti sauna, lulur, menyental badan dan rawatan muka hanya pada harga RM85 manakala harga untuk salun bermula dari RM7 sehingga RM80,” katanya.

Namun pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dulu bagi memastikan mereka tidak perlu menunggu lama terutama pada hujung minggu atau pada cuti umum.Metro

Fairy Notes-menarik,tapi jauh la kat kajang

5 comments:

Wahidah said...

kat sini gunting rambut bese2 pun dah 100 riyal..mahal ooo..:(

mama affan said...

spa d rumah sajer.huhu..

Sheherazade said...

Lovely Wahidah-mahal juge ye,convert duit M'sia brape?hehe

Lovely Ryna-syok juge tu :)

nur said...

Pia:
pernah juga ter'copy' then NN merajuk.. terus delete segala.. tak sanggup.. maklumla masa tu tak berapa pandai sangat lagi..

ALL IN ONE

Sheherazade said...

Lovely Nur-ehehe,sengsara kalau NN merajuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)