Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 6, 2011

SOSEHSOSEH: Nora Danish bukan nak menggatal!

thanks google


KEJAYAAN skuad bola sepak kebangsaan meraih gelaran juara baru Piala Suzuki AFF 2010 ternyata menarik perhatian. Ramai yang memuji aksi barisan pemain pimpinan K Rajagopal itu.
Tidak terkecuali kelompok selebriti popular tanah air yang turut meluahkan perasaan bangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan. Paling menarik perhatian komen artis yang mendapat jolokan Hot Mama, Nora Danish menerusi ruangan laman sosial facebook atau twitter miliknya. Katanya, 'proud to be Malaysian. Safee & Fahmi, both of u are my sweethearts XOXO call me!'. Pelbagai reaksi yang SS dengar mengenai kenyataan Nora menerusi laman sosial yang diikuti ramai peminat itu. Ada yang kurang senang dengan kenyataan artis jelita ini. Walaupun apapun kenyataan yang dikeluarkan Nora itu tiada lain bagaikan satu pujian dan motivasi kepada pemain kebangsaan. Malah, rakan SS sempat merisik-risik dengan orang kanan Nora mengenai kenyataannya itu. Benarkah pelakon jelita itu sudah jatuh hati dengan pemain bola sepak kebangsaan terutama penjaring terbanyak kejohanan, Safee Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat? Setahu SS dua bintang bola sepak ini sudah mempunyai teman istimewa masing-masing tambah-tambah lagi Safee yang sudah beristeri. Fahmi pula sudah mempunyai kekasih hati. Sememangnya, kenyataan itu hanya sekadar gurauan dan Nora sekadar berlawak saja. Jangan ada pula pihak yang membuat spekulasi yang bukan-bukan. Nora yang sedang bercuti di Jepun bersama keluarga, hanya terlalu teruja dengan kemenangan skuad negara. Kenyataan itu pula hanya diluahkan secara spontan dan tiada niat lain selain memuji aksi mantap pemain kebangsaan.

SS percaya kenyataan itu juga didorong oleh semangat peminat setia bola sepak kebangsaan yang dahagakan kejayaan meraih gelaran jaguh Asean selepas 14 tahun menunggunya.

Fairy Notes-bukan pia cakap ok,peace :D

14 comments:

.::WaNiE::. said...

cantiknye gambar nora danish tu

bukan main comel suke tgk dia.

tak nampak tweet nora tu sbgai menggatal pun :P

said...

dia tgh mencari...

sama2 kita doakan dia dapat yg terbaik

(^^,)

Daleela said...

mencari dan terdesak.. hehehe..

kalau nora danish wat mcm ni, orang kata die bergurau, tapi kalau fasha buat orang kata gedik kan?

Sebenarnya mereka ni sama je. Sama lawa, samalah gedik dan terdesaknya. Just my 10 cent ehehhehe

Lydia Miza said...

dia mmg manja...dia x gatal dan getak tau..saya suka dia..cute.

papabear said...

tetiba ramai yg dah minat kat team harimau malaya tu...

noreed said...

saya rasa dia just suka-suka jer. tak ada niat nak menggatal pun.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

ala...itu pun nak bagi hOt kan dOrang tue. biar la si janda CANTIK tue cari pengganti. lagi pun pemain bOla tue pun bukan laki orang. kan?

[s][u][e][h][a][n][n] said...

klu nora bukan artis cnfm orang x kata dia gatal....sue pun suka gak safee n khairul tu...kita x gatal tau :P

MOMMY CGG said...

akak rasa nora juzt nak appreciate fahmi tu..
maybe ayat dia yg tak kena

umar yg cute said...

dahh link anda kat blog list umar :) sowi late :)

awek umar tuuu <3 aagaagga

nur said...

dear Pia..
macam macam org leh buat spekulasi ka,, nasib baik bukan pia yg tulis
ALL IN ONE

NS said...

nora memang gojes.
dye gurau je tuu... =)

ardinihumaira said...

hehe... nora danish ni memang kena bahan la sebab fahmi jadi femes...:D

Sheherazade said...

Lovely Wanie-hehe,mmg cute!

Lovely Yanie-Amin2

Lovely Daleela-erk,speechless hehe

Lovely LM- :),Sgt cumel.i'Allah dia xmcm tu

Papabear-feme emes :D

Lovely Noreed-mungkin :)

Lovely Kina-safee dah tawen hehe

Lovely Sue-hehe,mulut orang

Lovely CGG-Agreed :)

Umar-thanks a lot ;),dah juge

Lovely Nur-Fuhh,nasib baik

Lovely NS-Exited tu ;),memang comel la dia

Lovely Dini-2 2 sensasi hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)