Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 16, 2011

Japan After Tsunami


BEBERAPA anggota menyelamat melakukan gerakan mencari mangsa dekat sebuah kapal yang dihanyutkan ombak tsunami di bandar Higashimatsushima, timur laut Jepun semalam.






SOMA - Berjuta-juta penduduk di bahagian utara Jepun yang musnah dilanda gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu terpaksa hidup tanpa air, makanan atau peralatan pemanas badan dalam cuaca sejuk yang hampir beku.

Keadaan meruncing itu masuk malam keempat semalam.

Di bandar ini berhampiran Miyagi, negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana alam itu, rumah pembakaran mayat di situ tidak dapat menampung jumlah mayat yang dibawa masuk untuk dibakar.

"Kami telah mula membakar mayat tetapi kami boleh menangani cuma 18 mayat sehari. Kami merayu supaya bandar-bandar lain untuk membantu kami," kata seorang pegawai tempatan, Katsuhiko Abe.

Di Jepun, kebanyakan penduduknya memilih membakar mayat sebagai upacara pengebumian selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Namun, seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Yukio Okuda berkata, kerajaan semalam mengecualikan kelulusan itu bagi menyegerakan pembakaran mayat-mayat mangsa gempa bumi dan tsunami.

"Situasi semasa amat luar biasa dan banyak rumah mayat tidak dapat menampung jumlah mayat yang banyak Langkah tersebut adalah langkah kecemasan. Kami mahu membantu penduduk di kawasan gempa bumi sebanyak mana yang boleh," kata Okada.

Bencana berkembar yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu itu menyebabkan penderitaan yang sukar di bayangkan kepada rakyatnya.

Rakyat negara matahari terbit itu yang hidup makmur sejak perang Dunia Kedua, belum pernah mengalami penderitaan seperti yang berlaku sekarang.


SEORANG wanita kebingungan dan menangis semasa duduk di sebatang jalan raya apabila melihat kemusnahan di bandar Natori, Miyagi, timur Jepun kelmarin.  :'(





Banyak kawasan di timur laut Jepun terputus bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik dan petrol. Orang ramai terpaksa makan apa sahaja yang ada termasuk mi segera untuk mengalas perut ketika mereka masih bersedih kerana kehilangan orang tersayang dalam bencana itu.

"Orang ramai mengalami kekurangan makanan dan air.

Bantuan yang dijanjikan masih belum sampai," kata seorang pegawai kerajaan di negeri Iwate, Hajime Sato.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima cuma 10 peratus daripada bekalan makanan dan bahan keperluan lain yang diperlukan oleh penduduk Iwate.

Bandar ini dilanda ratusan gegaran susulan sejak Jumaat lalu dengan gegaran susulan terbaru sekuat 6.2 pada skala Richter disusuli dengan amaran tsunami semalam. Ketika siren amaran dibunyikan, pihak tentera menangguhkan operasi menyelamat dan mengarahkan orang ramai supaya mencari perlindungan di kawasan tinggi.

Pasukan-pasukan penyelamat tiba di bandar ini untuk kali pertama pada Jumaat lepas bagi mengeluarkan mayat-ma yat mangsa yang tertanam di bawah runtuhan.

Banyak ambulans tiba dan sejumlah beg mayat disusun di kawasan terbuka sementara menunggu pekerja-pekerja penyelamat menyelongkar timbunan runtuhan untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. Beberapa helikopter berlegar-legar di udara di bandar ini untuk memeriksa kemusnahan yang berlaku.

Kapal-kapal dihanyutkan ke tengah bandar sejauh satu kilometer manakala beberapa pegawai menjelaskan bahawa satu pertiga kawasan bandar ini yang dihuni oleh 38,000 orang dipenuhi dengan air manakala ribuan orang lagi didapati hilang. - Agensi  kosmo


Fairy Notes-dan bukan sekadar gempa bumi dan tsunami,kesan radiasi loji nuklear yang tak dapat dikawal menambah sengsara pada jepun dan dunia.

7 comments:

farahfatihah said...

subhanallah..dalam sekelip mata je disapu habis kan..semua ni tanda2 amaran dari Dia supaya kita beringat..

JMR said...

semoga Allah memudahkan segala urusan..itu adalah dugaan&ujian..

Kak Amy said...

Amy tak sanggup baca artikel ini pia.. sebak sangat , kesian dorang semoga allah permudahkan segala urusan amin..

cikpia said...

semoga kita kat sini sentiasa beringat....... mohon dijauhkan Malaysia dari bencana macam ni. amin~~~

ardinihumaira said...

dni ada terbaca artikel mengenai kemusnahan Jepun kerana tsunami telah pun tercatat dalam Al-Quran berdasarkan tarikh2 misteri yang perlu dirungkaikan..Wallahu'alam

babybugmum said...

sedih la..kesian org kat sn..xde apa yg mampu tlg kecuali doa..huhu

Sheherazade said...

Lovely FFatihah-kena sentiasa ingt DIA

JMR-Ade hikmah nya ,semoga mereka tabah

Lovely Amy-Amin- :(

Lovely Cik Pia-Amin,semoga Allah tak hukum kita macam ni

Lovely Dini-akak pon ade baca,Allah Maha Besar

Lovely Saza-betul,doa saje yg kita mampu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)