Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29, 2011

All the best Diana Dianelle




BIARPUN sudah enam tahun bergelumang dalam industri hiburan tanah air, aktres kacukan Melayu-Amerika ini mengakui belum lagi bertemu dengan kesempurnaan yang boleh dibanggakan sebagai seorang pelakon.
Pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu turut meletakkan dirinya masih hijau dalam bidang lakonan, justeru dia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
Ditemui semasa menghadiri majlis malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini, Diana yang hadir persis seorang puteri kelihatan jelita dan menawan dalam busana rekaan Hazwani Osman.
Tatkala bertemu dengan gadis berusia 19 tahun itu, dia sudah bersiap sedia untuk menjawab apa juga soalan yang diajukan, tetapi tidak meletakkan jaminan untuk menjawab kisah cintanya yang dilaporkan sudah bercerai kasih dengan seorang aktor kacak.
“Saya lebih senang berbicara tentang soal karier dan pelajaran,” ulasnya ringkas.
Tanpa berlengah, Diana pantas mengalihkan butir bicaranya ke arah kerjaya sebagai seorang pelakon yang pada awalnya diceburi hanya untuk mencari keseronokan dan pengalaman.
Namun lama-kelamaan, perasaan itu bertukar kepada cinta dan minat. Seterusnya, kerjaya sebagai seorang pelakon itu diputuskan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama untuk meneruskan kehidupan.
“Ia sudah sebati dalam diri dan bila ramai yang menjadikan lakonan sebagai satu karier yang tetap, saya terfikir untuk melakukan perkara yang sama.
“Dulu memang saya berlakon hanya untuk suka-suka. Saya mahu berlakon untuk mencari duit buat diri sendiri bagi kegunaan pada masa depan.
“Justeru, terasa sayang untuk lepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata, lebih-lebih lagi dengan tawaran yang datang setakat ini. Saya amat bersyukur dengan semua itu,” tuturnya dengan lembut.
New York Film Academy
Sepanjang April, kemungkinan kelibat pelakon kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu akan jarang dilihat oleh umum kerana dia bakal berlepas ke Los Angeles untuk mengikuti pengajian di New York Film Academy, Los Angeles dalam kursus lakonan.
Graduan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor dalam jurusan Biosains itu bertekad untuk mengurangkan kelemahan dalam lakonan seterusnya menumpahkan sepenuhnya ilmu itu dalam kariernya.
“Saya harap dapat mantapkan kemahiran berlakon dan memperbaiki ruang kelemahan yang ada dalam diri. Sebenarnya saat seperti ini sudah lama saya idamkan tetapi tidak diizinkan waktu.

DIANA menegaskan dirinya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.


“Pada mulanya, saya hendak ke Australia, tetapi pada masa yang sama, saya turut mencuba nasib di Los Angeles dan akhirnya permohonan saya diterima. Itu pun sebab mereka hanya terima pelajar yang sudah bekerja (berlakon) agar selepas itu boleh terus praktikkan apa yang telah dipelajari,” jelasnya yang akan ditemani ibunya, Norsiah Ramli untuk tempoh dua minggu pertama.
Bakal menemui penonton dengan filem terbarunya iaitu ...Dalam Botol tidak lama lagi, Diana dalam diam menyimpan harapan untuk bekerja dengan beberapa nama pengarah tersohor negara.
Antara hajatnya yang sudah berjaya dilunaskan ialah dengan bekerja di bawah dua pengarah yang dianggapnya hebat iaitu Osman Ali dan U-Wei Shaari.
“Masih ada lagi beberapa nama besar yang masih belum saya gapai iaitu bekerja dengan Datuk Shuhaimi Baba dan arwah Yasmin Ahmad. Apa boleh buat kerana arwah telah pergi buat selama-lamanya dan impian itu hanya mampu saya simpan sahaja.
“Secara peribadi, saya menyifatkan diri saya tidak layak untuk mendapat apa-apa yang hebat selagi tidak berusaha untuk memantapkan lakonan. Saya perlu kemaskan diri sebelum bekerja dengan nama-nama hebat itu,” katanya yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali.
Berbalik kepada kursus lakonan di LA, Diana memberitahu, kursus itu bersifat fleksibel dan akan berlanjutan selama 10 bulan, namun selesai bulan pertama, dia akan kembali ke tanah air semula.
Sekiranya didapati sesuai, Diana akan ke sana bagi menyambung semula pengajian dan jika berjaya menamatkan pengajian, dia akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lakonan.
“Mereka boleh ikut jadual kita. Mungkin selepas balik dua atau tiga bulan, saya boleh ke sana semula. Mereka pun tahu kos amat mahal dan sebagai seorang yang sudah bekerja, saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan.
“Cuma syaratnya saya mesti lengkapkan kursus selama 10 bulan dalam masa dua tahun. Jika saya sesuai dan semuanya lancar dan motivasi diri masih tinggi, mungkin saya akan sambung,” luahnya yang akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi di Kolej Universiti Sunway menjelang Jun depan.
Mendengar terlalu banyak perancangan ilmu yang bersarang di minda, Diana juga tidak mahu apa berlaku seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Saya tidak akan paksa diri saya sekiranya saya tidak mampu, tetapi secara peribadi dan bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, saya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.
“Ia sebagai bekalan masa depan. Bila saya berkahwin dan kalau jadi apa-apa selepas itu, apa lagi yang tinggal? Jadi ilmu itu penting bagi saya,” ungkapnya.Kosmo

4 comments:

ardinihumaira said...

Goodluck untuk si cantik manis ni :)

Lydia Miza said...

suker tgk muka dia..ceria dan manis

cikpia said...

sangat berwawasan!!!! study, study, study jer!!!

Sheherazade said...

Lovely dini-yess :)

Lovely LM-Sweet

Lovely cik pia-like u!!kan? :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)