Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 1, 2011

Zang Toi gegar pentas peragaan New York


Gorgeous sungguh corak dress ni!! 
ZARIN menggayakan rekaan istimewa Toi, gaun hitam sutera yang ditenun secara kasar.


WALAUPUN angin yang bertiup pada malam hari Ahad lalu agak dingin, peminat fesyen tegar datang berduyun-duyun untuk menyaksikan koleksi fesyen terbaru musim luruh 2011 di The Studio di Lincoln Centre, New York.
Antara penyampai koleksi pada majlis itu ialah pereka fesyen dari Malaysia, Zang Toi. Toi berjaya mengukir nama dalam industri ini dan mengharumkan nama negara di pentas fesyen Amerika.
Beliau merupakan antara pereka fesyen yang menyampaikan koleksi masing-masing pada Minggu Fesyen New York.
Toi yang dilahirkan di Kelantan menampilkan koleksinya yang dipanggil Timeless Beauties. Koleksi itu diadun dengan fabrik mewah. Beliau menggunakan fabrik bulu unta kelabu gelap bersama zamrud.
Kesemua 33 helai busana diperagakan oleh model yang mewakili pelbagai kaum berkulit putih, Timur dan keturunan Afrika-Amerika. Dalam koleksinya, Toi menggunakan kombinasi bulu anak unta dan sutera, adunan bulu Kashmir dan sutera bagi pakaian sut dan baju kulit memerang serta kumai tenunan tangan.
"Anda memerlukan imaginasi dan bakat visual bagi penyampaian seperti ini," kata Jessica Bong, seorang juruhias dalaman yang berasal dari Melaka dan datang dari New Jersey untuk menyaksikan pertunjukan fesyen tersebut.


Timeless Beauties
Penyampaian Timeless Beauties melalui pelbagai pengubahsuaian dan perubahan. Semua itu bukti bahawa Toi terlalu memikirkan keunggulan yang melambangkan nukilan kreatifnya.
Kerja hiasan manik bagi koleksi terbarunya itu dibuat di India. India cukup terkenal dengan kerja halus ini dalam pelbagai bidang fesyen tidak kira pakaian, barangan kemas atau produk lain.
Kraf manik adalah lambang keunikan India, kata pengkritik fesyen yang menyaksikan model-model tinggi lampai melakukan peragaan.
Bagaimanapun, kata Toi semua rekaan tersebut dihasilkan bersama kakitangannya di pejabatnya yang terletak di 57 Street, Fifth Avenue New York. Lokasi itu dipenuhi dengan barisan kediaman ramai pereka fesyen yang disegani dan para selebriti yang menjual produk mereka daripada pakaian berjenama hinggalah kasut dan barangan kemas.
SALAH satu daripada 33 helai buah tangan Toi yang memeriahkan pentas peragaan di New York baru-baru ini.





Toi, dalam temu bual berkata, koleksinya bergantung kepada sumber-sumber sendiri. Walaupun beliau lebih suka menghasilkan rekaannya sendiri, namun bekerjasama dengan kakitangan adalah lebih baik bagi memastikan hasil akhir nukilannya itu adalah sama seperti yang diilhamkan.

Nukilan unggul Toi

Tetapi nukilan terhebat Toi yang disampaikan pada malam itu ialah sehelai gaun hitam sutera yang ditenun secara kasar. Gaun yang dihiasi manik dan renda serta kepingan halus kristal Swarovski itu dipakai oleh Jill Zarin iaitu bintang Real Housewives of New York City. Harga gaun itu menurut beberapa sumber di Lincoln Center mencecah AS$30,000 (RM91,200) iaitu harga bukan semua orang mampu untuk membelinya.

Selain Zarin, satu lagi nama terkenal yang memperagakan nukilan Toi ialah penari utama American Ballet Theatre, Cory Stearns.

Auditorium The Studio di Lincoln Center dihadiri oleh ramai VIP. Antaranya termasuklah penyanyi yang memenangi anugerah Grammy, Kelly Bensimon, Ramona Singer, Alex McCord, Luann de Lesseps, Irina Dvorevenko dan Maxim Beloserkovsky.

Pada bulan Julai ini genap tiga dekad Toi berniaga di New York. Beliau mempunyai jaringan hubungan yang berprofil tinggi dan memenuhi cita rasa bintang-bintang filem serta ikon hiburan lain.

Koleksi estetik beliau sentiasa menampilkan gambaran glamor moden dan canggih yang menyebabkan pelanggan setia kepada beliau.

TOI (kanan) bersama Zarin yang memperagakan gaun hitam suteranya iaitu nukilan terhebatToi.




Tetapi Toi, yang lazimnya menyampaikan koleksi beliau mengikut tema spesifik berkata, inilah kali pertama beliau menyampaikan sebuah koleksi tanpa tema.
Koleksi pada malam itu menunjukkan bahawa beliau lebih menumpukan pada gaya-gaya klasik yang ditampilkan melalui material paling mewah.
Toi berkata, pelanggan beliau adalah inspirasi sebenar yang menyebabkan beliau mendedikasikan koleksi terbaru itu kepada mereka.
Para pelanggan kata beliau, cantik tidak kira peredaran masa dan itulah juga tajuk koleksi beliau.
Nama Toi kerap kali dicadangkan oleh masyarakat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) supaya dipilih sebagai duta pelancongan yang berpontensi bagi Malaysia. Toi pastinya calon yang hebat untuk memainkan peranan itu kerana sebahagian besar kenalannya terlibat dalam industri perniagaan, fesyen dan hiburan.
Selain peminat Amerika, Toi turut dipuji oleh ramai warga Asia di The Studio yang datang untuk menyaksikan pertunjukan fesyen itu. Selain daripada warga Malaysia, terdapat juga warga Cina dari Tanah Besar, Hong Kong, India, Indonesia dan Filipina. - Bernama Kosmo

6 comments:

babybugmum said...

santekkkkkkk..tp, tak dpt la nk beli kan..nk pkai pon idakla..hehe

eqbalzack said...

menarik dan berbangga dengan pencapaian beliau...

eqbalzack said...

terasa nak gegarkan pentas US/UK jugak laa...hehe

Kak Amy said...

shantik tapi sangat tak sesuai untuk di kenakan pada diri..

mamawana said...

cantik tapi takleh pakai. Emak marah tauu...

Sheherazade said...

Lovely saza-kemban,hehe

eqbal-kasi gegar bro!! :D

Lovely Amy-memang ,pia suke tgk je hehe

Lovely mamawana-hihi,seksi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)