Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 25, 2011

Berkahwin selepas 28 tahun bertunang

IVAN BROWN dan Barbara Furlonger melangsungkan perkahwinan di Hospital Diraja Brompton di London pada Jumaat lalu.
FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu.
Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.
Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton."
Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti.
"Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara. - Agensi kosmo

14 comments:

Mr. Asada said...

dahsyat giler bertunang 28 tahun.. mmg komitmen betul dengan kerja sampai takde masa untuk hidup diri sendiri..

Ardini Humaira said...

betapa setianya cinta mereka. kagum lak dni tengok kesetiaan diorang tu :)

tqahmisdar said...

kalau org melayu ni, konfirm kena berleter dah dgn mak ayah... hee

Aty Fared said...

28 tahun..!!! giler ah.... saye bertunang 9 bulan pon family dah bising2 kate lamer...ni kan pulak nak tunggu berkedut macam tu..huhuhu...:)

Hana Faza-same person said...

panjang jodohnya :)

babybugmum said...

giler lamaaaaaa..mentang2 durang ni kawen ngan tak kawen sama je kan..ermm

dhiera zainudin said...

ini lah yang dikatakan kalau jodoh,tak kan ke mana~

mama affan said...

tol tu aty..hehe..

Kak Amy said...

mak ai lamenya bertunang , kalau kahwin mesti anak dah besar panjang..setia sungguh mereka..itulah jodoh kan

Lydia Miza said...

lamanya bertunang..dah manopous br nak kawen ke

nur said...

Kalau dah jodoh tu kan dear.. Tak kemana ..

nur said...

Kalau dah jodoh tu kan dear.. Tak kemana ..

Wahidah said...

lamanya diorang tunangggg............bizi sgt keje alasannya yea...tp salute la dgn kesetiaan each other...:)

Sheherazade said...

Asada-dasyat gile(ala2 husin)hehe

Lovely dini-setia insyAllah kekal :)

Lovely tqah-tau xper,hihi

Lovely aty-ha'ah hihi,kite 6bln je

Lovely hana-begitu la jodoh mereka :)

Lovely saza-akhirnya mereka kawin gak,hehe

Lovely dhiera-setuju :)

Lovely ryna-hihi,btl3

Lovely amy-ha'ah kan,dah ank bujang or anak dara.jodoh :)

Lovely LM-Erk,hihi

Lovely nur-akhirnya :)

Lovely wahidah-tu la,kalau seiring lagi bahagia kan? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)