Assalammualaikum,selamat hari jumaat semua
sharing untuk pengetahuan kita,untuk diri sendiri
juga :)
PERNIAGAAN harus dijalankan dengan etika jual beli yang ditetapkan Islam termasuk dalam bisnes kedai makan. – Gambar hiasan
APAKAH hukumnya menggunakan pelaris dalam menjalankan perniagaan terutamanya dalam melariskan penjualan makanan di kedai-kedai makan?
JAWAPAN:
ISLAM mengharuskan umatnya berjual beli. Dalam hal ini setiap peniaga sewajarnya mematuhi etika berjual beli yang ditetapkan dalam Islam. Antaranya berlaku jujur dan amanah terhadap jualan tersebut.
Isu menggunakan pelaris sebagai azimat dan tangkal dalam berjual beli adalah berdosa. Ini kerana ia bercanggah dengan akidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud “Sesungguhnya jampi, tangkal, azimat dan ubat guna-guna adalah syirik.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Oleh itu, jauhkanlah diri daripada perbuatan yang sedemikian.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Ogos 1996 membincangkan Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam.
Muzakarah telah memutuskan bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai iaitu amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Dalam Kitab Mastika Hadis Jilid Pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tahun 2007 ada menyebut seperti berikut:
“Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.” (halaman 191).
Penggunaan tangkal, azimat dan sebagainya daripada ayat al-Quran atau yang mengandungi nama-nama Allah SWT atau sifat-sifat-Nya adalah tidak diharuskan menurut Abdullah Bin Mas’ud, Al-Aswad dan Abdullah bin Hakim. Dr. Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat ini.
Justeru, para peniaga sewajarnya menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh untuk maju dan berjaya dalam kehidupan.
Usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan dan dengan perancangan strategik selagi tidak menyalahi hukum syarak dalam berniaga. Seterusnya berdoalah kepada Allah SWT agar segala usaha yang dilakukan diberkati dan dirahmati-Nya.
Mandi bunga boleh
bawa syirik
APAKAH hukum mandi bunga dalam Islam?
JAWAPAN:
ISLAM menyuruh umatnya supaya menjaga kebersihan fizikal dan kesucian rohani. Oleh itu mandi bunga yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Islam di negara ini untuk tujuan kebersihan dan mengharumkan tubuh badan adalah diharuskan. Tetapi sekiranya mandi bunga disertai dengan amalan bomoh yang boleh merosakkan akidah, maka perbuatan itu dilarang sama sekali.
Jika seseorang itu mempercayai dan menyakini bahawa mandi bunga dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara buruk maka hukumnya adalah haram dan boleh membawa kepada syirik kerana mempercayai bunga mempunyai kuasa ke atas sesuatu yang lain daripada Allah SWT.
Sebagai hamba Allah yang taat kepada segala perintah-Nya, wajib kita meninggalkan setiap perbuatan syirik yang mana akibatnya amatlah pedih seperti dijelaskan dalam firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia. Dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (An-Nisa’:116)
Kosmo
6 comments:
rasa-rasanya zaman sekarang ni semua org pakai pelaris....
kekdg tu seram masuk kedai makan bila org yg jual tu pakai celak pekat sangat... pastu kat kedai2 gantung gambar monyet jerr... seram.
pelaris ni kalau di gunakan rasanya berkat ke sesebuah perniagaan tu?
CAMNE NAK TAU YE KEDAI TU ADA PELARIS KE TAK?.. ERR KENA PILIH KEDAI YG TAKDE ORG YE DEAR?
kalau sblm mkn kita baca doa khusus...terus rasa makanan tu tak sedap langsung pia..
Lovely MLD-really,hmmm
Lovely azwa-tu dah lain mcm sgt dah
Lovely Mrs Yie-mungkin tidak
Lovely Nur-tak semestinya kot
Lovely LM-btl tu kalau org tu ade guna,kalau bace doa khusus mesti kita akan nmpk mknan tu elok ke tak
Post a Comment