Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta
TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.
Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.
Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.
Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.
Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi kosmo
7 comments:
parking keta kat depan shell..lepas tu jalan kaki depan sikit kat trafik light arah ke gombak tulah pasar pagi greenwood..dari jalan besar memang tak perasan
memamg betul2 jujur...agak2 nyer kalau kite lar yang jumpe..kite pulangkan tak..?? hahahaa...
SubhanaAllah.. jujurnya mereka. kalo orang malaysia ada tak macam ni agaknya huhu
Bagusnya mereka kan, nilah salah satu sikap yang perlu di contohi..
Rinduuuunye kat kamu..sory lama tak jenguk..ape khabar?
Kn bagus if malaysia punikut atitude warga jepun(yg baik je la)
bagus kan durang ni..kalo org negara lain belum tentu leh buat cmni
Lovely k.ina-ooo,terima ksh kak
Lovely aty-tahu xper,pk beribu2 kali kot haha
Lovely dini-harap begitu :)
Lovely amy-patut dicontohi
Lovely cgg-ooo terharu,thank u its ok.i understand darl.mereka pernah jadi penjajah,yg baik boleh dijadikan tauladan
Lovely saza-setuju,belum tentu ni hehe
Post a Comment