Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 28, 2012

Keluhan pengguna jalan raya di Lembah Klang

Fairy Notes-Kasihanilah kami rakyat biasa yg membeli kereta atas dasar keperluan.berapa byk RM $ melayang untuk membaiki kerosakkan kereta kerana keadaaan jalan yg teruk


JALAN berlubang, retak, mendap, beralun, penutup lubang yang terbenam atau di atas paras jalan, tampalan tidak sempurna dan berpasir sering menjadi igauan ngeri pengguna jalan raya terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa.
Umpama jalan maut, ia bukan sahaja mengakibatkan banyak peralatan sokongan kenderaan seperti penyerap hentakan dan tayar mudah rosak dan bocor, malah mengundang kecederaan serta kehilangan nyawa.
Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga mendapati, faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada faktor manusia, bahkan jalan raya dan kenderaan turut menyumbang.
Kesedaran pengguna tentang bahaya itu menyebabkan banyak aduan mengenai kerosakan jalan raya dilaporkan di media. Kini, usaha itu menjadi lebih mudah dengan memaparkannya di laman web atau media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Kerosakan jalan terutama masalah rekahan dan berlubang biasanya berlaku disebabkan kelemahan lapisan permukaan jalan apabila turapan jalan telah digunakan dalam tempoh yang lama.
Ia juga berpunca daripada faktor turapan yang tidak sempurna, keadaan cuaca seperti hujan, ketiadaan sistem saliran yang baik dan beban aliran trafik secara berlebihan seperti kenderaan yang membawa lebih muatan.
Bahagian-bahagian tanah mendap dan beralun di jalan raya sering kali disebabkan oleh saliran yang kurang baik, sistem paip bawah tanah atau kerja-kerja menggali untuk memasang kabel.
Keadaan itu boleh menjadi pembunuh terutamanya kepada kenderaan kecil seperti pengguna motosikal.
Di Lembah Klang termasuk di sekitar ibu negara masalah jalan berlubang bukan masalah terpencil, sebaliknya menjadi rungutan tidak berkesudahan pengguna jalan raya.
Nyaris maut
Beberapa jalan di ibu negara seperti di Jalan Tun Razak, Jalan Pahang menuju Jalan Danau Kota, Jalan Hulu Kelang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Taman Desa dan sepanjang Jalan Ampang dan beberapa laluan lain sering berhadapan masalah jalan berlubang.



Seorang pengguna motosikal, Amalina Zahir, 24, pernah ditimpa kecelakaan apabila tayar skuter yang ditunggangnya masuk ke dalam lubang sedalam 30 sentimeter di jalan berhadapan LRT Damai, Keramat.
Dia nyaris kehilangan nyawa apabila skuternya terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain dari belakang.
“Kejadian berlaku sebelah malam, memang tak nampak lubang itu sebab digenangi air. Tayar skuter saya kecil jadi bila masuk dalam lubang tu memang tak mampu nak imbang, terus jatuh.
“Alhamdulillah, saya cuma mengalami cedera ringan tapi motosikal saya rosak teruk dengan banyak bahagian yang perlu diganti,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Seorang lagi mangsa, Mashud Sahid, 40-an, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala apabila motosikalnya digesel sebuah kenderaan yang cuba mengelak sebuah lubang besar di Jalan Tun Razak berhampiran Rumah Temasek.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika dia dalam perjalanan dari Sungai Besi ke pusat bandar.
“Saya jatuh dan berguling di atas jalan selepas bergesel dengan kereta itu.
“Alhamdulillah, kereta itu tidak berapa laju. Saya cedera di kepala selain beberapa anggota badan lain hingga terpaksa ditahan di wad,” katanya mengenang semula kejadian yang berlaku lewat tahun lalu.
Bagaimanapun, kerja-kerja mengorek dan menampal jalan memang menjadi pemandangan biasa di jalan-jalan raya di Malaysia. Di sekitar Kuala Lumpur sahaja, kerja mengorek dan menurap jalan mempunyai kesan yang mendalam kepada pengguna jalan raya terutama jika dilakukan pada waktu siang.
Kerosakan jalan raya
Kerja-kerja ini mengundang kemarahan orang ramai kerana ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda.
Tetapi kekerapan berlakunya kerosakan jalan raya terutama di lokasi yang sama menimbulkan tanda tanya, sejauh manakah kualiti membaikpulih dan kerja penyelenggaraan jalan raya yang dilakukan?
Pakar Pengangkutan Awam Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor berkata, banyak jalan terutama di sekitar Kuala Lumpur tidak diselenggara dengan baik dan secara profesional.
Malahan kebanyakan pekerja yang melakukan kerja baikpulih tidak terlatih dan berkemahiran dalam kerja itu, dakwanya.
“Banyak jalan yang diturap dan dibaikpulih cepat rosak. Kadangkala jalan yang diturap hanya mampu bertahan setengah tahun sahaja dan ada yang kurang daripada itu.
“Apabila hujan, air mula bertakung menyebabkan lubang atas jalan bertambah besar sedikit demi sedikit dan akhirnya membahayakan pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal,” katanya ketika dihubungi.

 SEORANG penunggang motor sempat mengelak lubang yang besar di Jalan Prima, di Taman Metroprima, Kepong, Kuala Lumpur. 


Kaedah yang digunakan negara maju seperti United Kingdom dalam menyelenggara dan membaikpulih jalan yang rosak boleh dijadikan contoh.
Mereka melaksanakannya secara profesional dengan menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang penyelenggaraan jalan bagi memastikan kualitinya sama dengan jalan yang asal, jelas Abd. Rahim yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau berkata, Malaysia perlu menubuhkan satu badan pemantau bebas khusus mengawasi kerja-kerja baik pulih jalan raya terutama projek-projek yang memerlukan jalan raya dikorek dan diturap semula.
“Pihak ketiga ini akan melaporkan sekiranya syarikat yang melaksanakan projek itu gagal mencapai spesifikasi yang ditetapkan dan mereka mungkin dikenakan denda dan sebagainya.
“Dengan cara ini syarikat-syarikat yang berkenaan akan lebih serius dan tidak melaksanakannya sekadar melepas batuk di tangga sahaja,” katanya.
Pihak yang dipertanggungjawabkan dengan kerja-kerja membaikpulih kerosakan jalan harus memikirkan bebanan yang dihadapi pengguna jalan raya terutama kos penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan selain risiko kecederaan atau kematian.
Melalui maklumat balas daripada bengkel-bengkel kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, kos membaiki dan menyelenggara kenderaan meningkat kerana jalan yang rosak dan berlubang.
Di Malaysia, motosikal merupakan kenderaan paling popular bagi tujuan pengangkutan di bandar kerana kos kendaliannya yang lebih murah serta praktikal terutama dalam mengharungi kesesakan.
Namun, risiko mereka lebih tinggi ketika berhadapan dengan jalan yang rosak dan berlubang ujar pengasas kelab DR Moto, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali dengan nama Lando Zawawi, 36.
Motosikal rosak
DR Moto mewakili kepentingan keselamatan kenderaan dua roda.
Sebagai mat motor dan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, Azlan cukup memahami masalah dan keluh kesah yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika berhadapan dengan masalah jalan yang rosak.


JALAN rosak. Keadaan jalan utama Taman Ehsan Kepong yang rosak dan berlubang sehinggakan beberapa kenderaan terpaksa naik di atas pembahagi jalan.





 “Banyak perkara berkaitan yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak harus dilihat secara serius,” katanya.
Azlan yang banyak menganjurkan kempen keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan pengguna motosikal berkata, apabila tayar motosikal melanggar lubang, penunggang mudah terpelanting dan mengalami kecederaan selain motosikal rosak.
“Kenderaan lain seperti kereta atau lori yang cuba mengelak lubang secara mengejut atau mendadak juga boleh menghimpit penunggang motosikal yang melalui jalan sama ketika itu.
“Kedua-dua perkara ini sering menyebabkan kemalangan maut dan penunggang motosikal digilis kenderaan yang lebih besar,” katanya.
Selain itu, keadaan motosikal yang kerap melalui jalan yang rosak dan berlubang akan mengakibatkan risiko lain yang boleh mengundang kecelakaan. – Bernama Kosmo

Thursday, November 8, 2012

Baskin Robbins Pink Day


nak maniskan mulut?BASKIN ROBBINS ada


select your flavor 


the bill,biasa lah got tax


"terdampar" setelah habis 2 scoop ice cream,eheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)