Ada akal pandai2 la guna sebelum tweet pekara yg memalukan diri sendiri.sumber Mstar
well said
Twitter Beri Kesan Buruk Kepada Dunia Artis
Oleh NIEZAM ABDULLAH (Twitter: @NiezamAbdullah)
Sylvester Stallone
Adoiii
AKTOR Hollywood iaitu Sylvester Stallone membuat keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya kerana beranggapan media sosial itu benar-benar mengarut.
Alasan Stallone, Twitter tidak memberi impak yang baik. Seseorang artis yang mendedahkan terlalu banyak kehidupan peribadinya menerusi medium itu adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berguna.
Walaupun Twitter kata Stallone merupakan satu media yang cukup hebat era kini tetapi impaknya tidak sehebat mana.
Apa yang difikirkan oleh Stallone itu seharunya menjadi penduaan kepada artis-artis kita agar dapat memanfaatkan media baru itu dengan sebaik mungkin.
Walaupun pada dasarnya Twitter sama juga Fecebook dan juga Instrgram bertindak sebagai diari elektronik yang mampu menyimpan segala aktiviti untuk dikongsi oleh orang ramai namun lebih banyak mengundang padah.
Laman sosial itu walaupun dilihat lebih terkini dalam konteks dunia teknologi sekarang namun sejauh manakah elemen itu dimanfaatkan dengan betul?
Tidak ramai artis yang sedar, Twitter sedikit sebanyak berjaya mengurangkan pengaruh mereka kepada orang ramai.
Keterujaan peminat terhadap artis itu menjadi berkurangan apabila mereka berupaya untuk mengakses seseorang artis itu dengan mudah
Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012 lalu.
Saya mengambil contoh, sebelum adanya medium Internet dan laman sosial ini, sikap keterujaan orang ramai terhadap artis cukup tinggi.
Bagi mereka, kalau dapat melihat kelibat artis di pasar pun susah menjadi pengalaman yang cukup bermakna.
Apatah lagi jika ada surat-surat atau kad-kad Hari Raya yang dibalas oleh artis, ia akan disimpan sebagai kenang-kenangan yang benar-benar bernilai.
Sebab itulah kalau 20 tahun lalu apabila artis-artis turun ke kampung dan kawasan pedalaman untuk mengadakan persembahan, ia akan mendapat sambutan luar biasa kerana dengan cara itulah mereka dapat melihat artis dengan dekat.
Tapi apabila media sosial ini menjadi keutamaan, keterujaan seorang itu terhadap artis semakin berkurangan kerana mereka sendiri dapat berhubung dengan artis dengan mudah.
Ia memberi kesan kepada seseorang artis kerana nilai eksklusif diri mereka sudah tiada.
Malah lebih buruk lagi pemikiran artis juga boleh dinilai berdasarkan kepada status yang dimuat naik menerusi laman sosial itu.
Ambil sahajalah contoh bagaimana krisis Sharnaaz Ahmad dengan Shila Amzah menjadi bertambah hangat dengan status-status “seram” Sharnaaz seleum ini.
Malah ada banyak lagi contoh bagaimana Twitter dijadikan medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati seseorang kepada individu lain.
Ia sama sekali tidak mendatangkan faedah apabila tahap pemikiran artis itu diinai berdasarkan kepada apa yang ditulis dan dimuat naik.
Laman sosial ini seharusnya digunakan oleh artis untuk menaikkan darjat masing-masing dengan kata-kata nasihat dan bermanfaat yang boleh jadikan panduan oleh pengikut masing-masing.
Sebab itulah Stallone berkata Twitter ini tidak memberi faedah kepadanya.
Saya percaya, langkah beliau menutup akaun Twitter miliknya itu akan mampu memperbanyakkan lagi pengaruhnya dalam dunia seni.
Adakah tinggi nilainya kalau terlajak tidur pun hendak ditulis dalam Twitter?
NIEZAM: Geleng kepala baca Twitter seorang artis yang nak jadi macam orang politik.