Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 14, 2013

Umur kian singkat, ajal makin dekat

A sweet reminder for me and for those who willing to read  ;)

Harian Metro

MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.
Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” 
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.

Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/03

Tuesday, January 22, 2013

Sehangat Asmara Episode 2

Sedihya masa anak Zainal Arief dan Kamilia Najwa
berdoa supaya dapat jumpa ayah nya

kredit http://www.facebook.com/photo.php?fbid=407885392633237&set=a.246604365428008.62567.246538308767947&type=1&theater

Boleh tonton online di Astro Gempak

Monday, January 21, 2013

Sehangat Asmara Episode 1

Malay Entertainment Portal sehangatasmara
boleh tonton online di astro gempak

Dulu Adam Hawa tak penah nak tulis apa2
kat blog,tehehe

Adi Putra sebagai Zainal Arief
kredit http://www.facebook.com/media/set/?set=a.246604365428008.62567.246538308767947&type=3
Rita Rudaini-Kamalia Najwa(Kay)
Adik Nur Fureena sebagai Misya anak Nal dan Kay



Pia pernah bace novel nya,mase tu cover lame lagi yg belah kanan
kredit https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPpRtEl9-kKi0DbrfF05fuKS1tTbhRXhciXXq1X9ffvl4uZmf4Igf5XdjXDDMXxiBm6-ZCk1loDGbr2NWhkgJo9KRfhMgcU3qvow1TAffPbTASIvc_G47dJlkh_ERGHkohUNyx5D6C8q8/s1600/Novel-sehangat-asmara.jpg

love it


Friday, January 18, 2013

Ustaz Kazim Elias live di TV3 NOW!Al-Kuliyyah


Boleh tengok LIVE ONLINE di sini,hurry http://www.radiomalaysia.net/embed/15/TV3.html

Sunday, January 6, 2013

Restoran Haji Sharin Low,Danau Kota Setapak.Kuala Lumpur

Assalammualaikum

Tahun 2013 ni mari pia mula kan dengan entry makan2 :)

Kami pergi Restoran Cina Muslim Hj Sharin Low,dah ade cawagan kat setapak
yeyyyyy!dekat sikit tak payah ke Ukay perdana(Bukit Antarabangsa kot)

Pia tahu fasal restoran ni kat tv,tak pasti sekarang Restoran Hj Sharin ni dah ade berapa cawagan

Memandangkan ade cawagan yg terdekat,Pia ajak hubby gi try hari tu

Nak cari kedai ni senang je,dekat dgn Festival City Mall setapak,seberang jalan aje

Sederet dengan KWSP Setapak,senang je nak jumpa signboard besar warna merah kuning

Menu menarik macam2 ade,yg common macam butter prawn wajib ade kat restoran makanan cina

siapa yang biasa makan di restoran cina muslim,tahu la kan rata2 harga makanan RM6 keatas

pia survey2 harga dulu,insyAllah lain kali blh dtg makan lagi,makanan yg kami cuba ialah


Nasi Itik RM7.00++,pilihan hubby sesiapa nak cuba itik cuba la,portion itik nya besar blh tahan,cuma agak kering sedikit.nasib baik ingat snap lapar masing2 baru blk keje
Mee Udon Blackpepper,RM8 yummmm ade udang,sotong,mushromm pia suka tak pedas utk citarasa pia
pia minum Lo Han Guo rase macam longan,hubby minum his boring teh o.memang selalu teh o teh o hehehe

total harga makan RM19.80.sekali sekala worth to try

Thursday, January 3, 2013

ABC Frado

Assalammualaikum
Syukur Alhamdulillah dapat melalui 2013
Selamat Tahun Baru Masehi 

hehehe,ABC Frado ni dah lame dah korang dah tau kan?

Hari tu hanta umi berlatih marhabban,sementara tu merayau la

tiba2 teringat ABC Frado cari la kat area food court sebelum UiTM Sek.2 

kan kan ?apa punya review dahhh :P,harga ABC ni berpatutan bawah rm5



yummms,atas sekali buah anggur..siapa yg "selera kecil" boleh share




Fairy Notes-si susah nak mimpi ni,mimpi jumpa Ustaz Kazim dalam mimpi.kira mimpi manis la kan?hihihi

Thursday, December 6, 2012

Umat Islam dilarang borak, lepak tepi jalan


Umat Islam dilarang borak, lepak tepi jalan

Berita Harian


Gejala lepak dalam kalangan remaja dan golongan warga tua semakin membarah dalam masyarakat Islam. Semakin ramai remaja menjadikan kompleks beli-belah dan stesen bas sebagai tempat melepak.

Tidak kurang juga, warga tua yang ‘ketagih’ mengunjungi warung kopi pada siang dan malam hari hingga membiarkan anak remaja mereka berkeliaran tanpa arah tujuan. Demikianlah senario menyedihkan yang kini menjadi isu sosial.
Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati sebuah jalan, Baginda SAW terserempak dengan beberapa sahabat asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihatkan itu, Rasulullah SAW berkata: “Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan! Tetapi sahabat menjawab: Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap dan berborak sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberikan mereka pilihan atau jalan keluar dengan berkata: Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda; "Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini. Mereka pun bertanya: Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Tundukkan pandanganmu, elakkan daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan maksud hadis, amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan sahabat hingga mereka mengakui amat sukar untuk membuang tabiat itu.

Agenda perutusan Rasulullah SAW ialah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah Baginda bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif supaya tidak membarah dalam masyarakat Islam.

Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.

Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW apabila seseorang berbicara dan berborak di tepi jalan atau di mana juga ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus boleh mendatangkan dosa.
Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang Allah seperti melihat aurat perempuan, mengintai dan memandang lama-lama ke arah wanita ajnabi.

Hak jalan yang kedua ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain dari segi perasaannya, fizikalnya dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah menegaskan ciri Muslim sejati: “Seorang Muslim sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang merasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang meninggalkan perkara yang keji, lalu menjauhinya.” (Riwayat Ahmad)

Umat Islam dilarang sama sekali melepak dan berborak di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain terutama apabila ia menyekat laluan orang ramai, berlaku aksi menggoda atau mengurat golongan wanita yang melintas di kawasan itu.

Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali.

Hak jalan seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih sayang antara sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam, hukum mengucapkan salam adalah sunat, manakala menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.

Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan, tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka dia wajib menjawab salam itu.

Perintah ini selaras firman Allah SWT: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia. Hubungan akrab terjalin apabila saling bertanya khabar.

Hak jalan keempat ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam, umat Islam dituntut untuk mencegah supaya akibatnya tidak melarat kepada orang lain yang tidak berdosa.

Begitu juga amalan kebaikan hendaklah disampaikan kepada golongan yang berborak dan melepak seperti nasihat-menasihat ke arah kebaikan, bersama-sama solat jemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, memanfaatkan masa terluang dengan ibadat dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia telah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia telah menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)

Fairy Notes-pesanan utk diri ini juge

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)