Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 8, 2009

Ragut Maut

Doa Pelindung Diri, Keluarga Dari Godaan Syaitan & Manusia

"Dengan Nama Allah aku pertahankan diriku dan agamaku, degan nama Allah aku pertahankan kerluargaku hartaku dan anakku. Dengan nama Allah aku pertahankan semua apa yang telah diberikan Tuhan kepadaku. Allah, Allah, Allah, ialah Tuhanku yang tidak aku sekutukan dengan suatu apa saja. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Mulia dan lebih kuasa dari sesuatu yang aku takuti. Ya Allah, aku berlindung pada Engkau dari kejahatan diriku, dan kejahatan syaitan yang menipu dan kejahatan orang mungkir yang kejam. Jika mereka berpaling, katakanlah, cukup Allah tempatku berpegang, kerana itu peliharalah Arasy yang besar."

Boleh dikatakan setiap hari ada berita tentang wanita diragut,sehingga ada yg kehilangan nyawa.Hancur luluh hati pia membaca berita2 ini,Ya Allah ku mohon perlindungan hanya padaMu.

Artikel kes ragut hingga maut sumber dari Kosmo online hari ini

NEGARA RM2 punca ajal Saripah Oleh ZAID MOHD. NOOR dan KHAIRI MOHAMAD berita@kosmo.com.my HASHIMAH (kanan) bersama cucu-cucunya dikunjungi Mohd. Zaki (dua dari kiri) di Tumpat semalam. TUMPAT - Nilai nyawa Saripah Mohd. Noor, 34, dan anak dalam kandungan yang baru berusia tiga bulan hanyalah RM2. Ini kerana ketika kejadian diragut, wanita itu hanya mempunyai wang RM2 dalam beg tangannya. Ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, berkata, sebelum tragedi itu, anak kedua daripada sembilan beradik itu meminjam RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok. “Saripah langsung tiada duit sampai minta dengan mak cik tetapi mak cik pun tiada duit. “Dia kemudian pinjam RM5 daripada adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal dan membeli makanan,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Kok Bedullah dekat sini semalam. Menurut beliau, dalam perjalanan, dia singgah di kedai bagi mengisi minyak motosikal RM3 dan baki RM2 dipercayai untuk membeli makanan disimpan di dalam beg tangannya. Bagaimanapun, kata Hashimah, wang RM2 itu telah menyebabkan dia menemui ajal bersama bayi dalam kandungannya. Cerita wanita itu, Saripah sudah dua minggu tinggal di rumahnya bersama dua orang anaknya iaitu Nurul Akmal Alisa Mat Zani, 6, dan Siti Najwa Mat Zani, 2. Katanya, pada pukul 8.30 pagi kelmarin, Saripah mahu pulang ke rumahnya di Bachok bagi menguruskan pertukaran sekolah anak ketiganya, Syawal Nabil, 8, dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok ke salah sebuah sekolah di Tumpat. “Selalunya dia membawa dua orang anaknya itu tetapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia minta saya menjaga anak-anaknya,” ujarnya. Tambahnya, anaknya itu kerap berulang-alik dari Bachok ke Tumpat yang perjalanannya sejauh kira-kira 60 kilometer. Jenazah Saripah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kok Bedullah di sini pada pukul 11 malam kelmarin.

4 comments:

shah said...

cian...banyak btul kes la skang ni..

Sheherazade said...

yer la kan shah,manusia sanggup buat kerja2 mcm ni utk cari duit dgn mudah.

Masviona said...

adoyaiiii...geram je ngan peragut tuh.al-fatihah utk arwah yg juga mangsa kejadian tuh...sian dia n famili dia

Sheherazade said...

Al-Fatihah,terima kasih masviona

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)