Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 16, 2009

Ini lah tahun baru kita umat Islam

Salam ukhuwah buat teman2, Azam ku semoga tercapai hendaknya..Amin Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t. Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif(buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna. Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri. Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya ...inilah yang dituntut oleh Islam!!!. Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Jelas Ibni Abbas lagi, "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu". Doa itu bermaksud, " Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia". Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu. Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah: "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun". Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam: "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan". Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431. Ikhlas daripada, Pia Source-FB Friend

4 comments:

ezzati said...

slmat tahun baru hijrah juga :) ..

Atiqah Adnan said...

SALAM MAAL HIJRAH BUAT PIA KU SAYANG..
SEMOGA TAHUN NI MEMBERI SERIBU MAKNA DALAM KEHIDUPAN KITA...

Sheherazade said...

Lovely Ezzati and Atiqah-10q same2 kite ye Amin

Lovely Atiqah-Amin,doakan terbaik utk kite n ur Walimatulurus :)

adnan said...

Happy new year 1431 Hijri, wish you all the best :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)