Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 28, 2010

Koc Wanita Pertama Di Malaysia Bermula Pada 28hb April 2010

Koc Wanita Pertama Di Malaysia Bermula Pada 28hb April 2010

27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini.

Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:
    - Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)
    - Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)
    - Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.

Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.

Pihak KTM Komuter memohon kerjasama orang ramai agar menghebahkan/mengwar-warkan kewujudan Koc Wanita ini kepada para pengguna yang lain dan berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan pengenalan koc ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

KTM Komuter mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan mengenai Koc Wanita ini. Cadangan dan pandangan boleh dihantar ke komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862.

p/s-maaf telah dicopy paste dgn tidak jaya nya,tak tau adjust.For more KTM

10 comments:

Miss Izah Mohamed said...

tapi ade ke yang jaga lam koc pompuan tu to make sure xde lelaki yg bolos masuk?? hurm

Miss Izah Mohamed said...

bagus.. sangat setuju...

Sheherazade said...

Lovely Izah-setuju kan?15 May nti Laluan Rawang - Seremban akn bermula

petikkan dari FAQ-
10. Apakah yang boleh dilakukan jika terdapat penumpang lelaki menaiki Koc Wanita
ini?
Kerjasama semua pihak amat kami perlukan. Dengan cara yang berhemah, anda perlu
memaklumkan dan meminta penumpang lelaki tersebut menaiki koc biasa.
Jika pintu tren telah tertutup dan tren bergerak, penumpang lelaki tersebut boleh turun dan
berpindah ke koc biasa di stesen berikutnya.

soffya cik bulan said...

mari kita naik train berdua2 an...hehe

Sheherazade said...

Lovely Pia-wah pasti hebat perasaan itu,nge~

mariiii

said...

syok....tak la rasa segan sangat

hehhehehe

Sheherazade said...

Lovely Yanie-muahh patutla rase mcm kenal,kamuu followe pia,dgn ini saya dgn besar hati telah follow yanie...xoxo

said...

hehhehe....makasih cik pia.....
selamat menjadi sahabat blog...

^_^

Unknown said...

akak pun suka macam ni..rasa selamat sikit.


kamu buat camni..buat N3..pastu publish dulu dan chop kat facebook pa tu..balik rumah baru masukkan youtube tu..

cuber dulu...tgk dapat ker idak..
kalau tak cuber mana tau kan

Sheherazade said...

Lovely Yanie-sama2,lovely friend :)

Lovely k.ina-setuju,selesa kan rasenya begitu

owh projek alphan,InsyAllah saya cube eh,week 9b

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)