Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 3, 2010

Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, Al-Fatihah

Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, bekas ADUN Permatang



Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, bekas ADUN Permatang, Selangor.
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Noh, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Norazah, 43, ditemui mati ditembak di KM476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi.

Abdul Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, dipercayai dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke utara ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dengan menaiki kereta jenis Toyota Caldina warna putih.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan siasatan awal mendapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa dan tembakan itu dipercayai dilepaskan dari dalam kenderaan itu.
Polis katanya, turut menemui pistol milik Abdul Aziz serta permit senjata api berkenaan di dalam kenderaan berkenaan.

"Menurut saksi di tempat kejadian, tiada individu lain berada dalam kenderaan mangsa ketika kejadian.

"Oleh itu polis meminta supaya semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu," katanya pada laman sosial Facebooknya, hari ini.
Khalid berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati akibat kecederaan di kepala iaitu dua kesan tembak di kepada Abdul Aziz manakala satu kesan tembakan pada kepala Siti Rohana.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, ketika dihubungi, berkata polis pada mulanya menerima laporan kemalangan jalan raya membabitkan kereta terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu.
Katanya, apabila anggota trafik tiba di tempat kejadian dan mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa, mereka menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan tiga peluru sudah digunakan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kesan tembak di sebelah kanan kepala dan ketika ditemui, hanya mereka berdua yang berada dalam kereta itu.Berita Harian


p/s-Al-Fatihah untuk arwah FIL kakak sepupu hubby..meninggal pada hari ini juga..setelah sekian lama bertarung dgn kanser

5 comments:

Jard The Great said...

al-fatihah

ezzati said...

lamanyaaa x msk sini..miss ur blog :) Al-Fatihah..byk betul case hilang nyawa sejak dua menjak ni..semoga smuanya ditempatkan dalam golongan orang beriman..

Al-fatihah utk FIL kak sepupu..

cikpia said...

al fatihah and takziah......

Unknown said...

al fatihah

Sheherazade said...

Lovely Jard,K.Ina.Sofia-Al-Fatihah..terima kasih ye

Lovely Ezzati-ye la kan dear,semoga kite tabah menghadapi semua ujian dariNya..Amin..thank u so much

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)