Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

250 pasangan pengantin 1Malaysia

Yang menarik perhatian ku,kat berita warta perdana buat liputan
pengantin paling muda umur 14tahun,wifey.hubbynya umur 23tahun
cikgu

Bagus la kalau dah suka baik bernikah,semoga adik tu dapat melaksanakan
tanggungjawap sebagai seorang isteri dengan baik.

Hihi,pandai nak nasihat orang.Diri sendiri tak betul (T_T)
Nasihat untk diri sendiri juge :)

Try google tak pulak gambar...



KUALA LUMPUR 4 Dis. - Sebanyak 250 pasangan suami isteri dari sekitar ibu negara dan Putrajaya diraikan dalam Majlis Meraikan Pengantin 1Malaysia Secara Beramai-Ramai Wilayah Persekutuan 2010 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini.
Mereka terdiri daripada 228 pasangan Melayu, 18 pasangan campuran di antara Melayu dan saudara baru serta empat pasangan saudara baru.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, selain diraikan, para pengantin juga diberikan saguhati berjumlah RM1,000 untuk setiap pasangan dan dibekalkan sepersalinan pakaian untuk dipakai semasa majlis berlangsung.
"Majlis kahwin beramai-ramai sebenarnya seakan menjadi tradisi kepada kita sejak tahun 2005 lagi.
"Dengan adanya majlis seperti ini, banyak perbelanjaan dapat dijimatkan dan masalah sosial juga dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Masyitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Antara syarat yang dikenakan kepada pasangan yang ingin turut serta dalam majlis itu ialah salah seorang pasangan mesti menetap di Kuala Lumpur atau Putrajaya, warganegara Malaysia, berkahwin pada bulan April dan ke atas serta berkahwin untuk kali pertama kecuali saudara baru.
Syarat lain ialah pemohon mesti tergolong dalam kategori 'asnaf faqir' atau miskin serta memiliki pendapatan isi rumah sebanyak RM2,400 dan ke bawah.Utusan

7 comments:

Jard The Great said...

baru terfikir nak join tapi smpi part pendapatan isi rumah mesti sbnyk RM2.4k.. terus tak jadi. hik hik hik

Ummie Bonda said...

Assalammualaikum..

Salam perkenalan dari Bonda, Bonda Follow blog ini ya!

saya_arief said...

waaa..
ramai giler..
:D

Peri PiA said...

Lovely Jard-waa rahsia terbongkar :P,gaji kamu byk ;D.thn ku kawin xde buat ni,thn ni baru start blk...

Lovely Ummie-terima kasih byk2 ye,InsyAllah nanti pia pg blog ;)

Arief-hehe,happening tak?

nur said...

wah.. 14tahun da kawen, cepat btol jodohnya
ALL IN ONE

ezzati said...

kawen...kawen..kawenn,, :)

Peri PiA said...

Lovely Nur-jodoh dah sampai :)

Lovely Zati-suke ek?hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (221) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (263) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)