BERKAT kesabaran menanti sekian lama untuk mendapatkan zuriat sulung, akhirnya Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus, mendapat berita gembira apabila Sazzy kini disahkan hamil.
Pia minat kat hubby dia dulu2 mase ilan meksis =))
Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Falak, 29, dan suami kini sedang menunggu kelahiran permata hati mereka yang pertama setelah empat tahun menunggu.
Kegirangan pada wajah Sazzy jelas terpancar ketika bersua dengan pelakon dan pengacara kecil molek itu kelmarin di majlis pelancaran Pandora Malaysia di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur.
Ini kerana sepanjang ditemu bual, senyuman di bibirnya tidak pernah lekang.
"Kini kandungan saya telah masuk bulan keempat. Saya menyedari perkara ini semasa kandungan saya berumur empat atau lima minggu.
"Itupun suami saya yang mengetahuinya terlebih dahulu kerana doktor kami menelefonnya dan memberitahu dia khabar ini," ujar anak jati Kuala Lumpur itu.
Apa yang jelas pada majlis tersebut, selera makan Sazzy sememangnya besar - simpton normal wanita hamil.
Sebelum ini, Sazzy belum pernah lagi menghebahkan mengenai kehamilannya itu secara terbuka kepada pihak media.
Namun, apabila diminta untuk mengesahkan mengenai perkara itu, Sazzy tidak menafikannya. Malah lebih menggembirakan, Sazzy mengakui dia hamil anak kembar.Berita selanjutnya kosmo
Mohon Allah permudahkan jalan kami untuk dapat zuriat sendiri..Amin
Semoga kami dapat berita seperti ini..Amin
5 comments:
fuuhhh..anak kembar tu..double joy!!pia jangan risau..teruskan usaha, insyaallah ada rezeki nanti..=)
As'salam..
alhamdulillah rezeki dia kan , bagus juga entry nie pia at least dapat juga bagi sedikit semangat pada kita...
Lovely Deena-Amin2..thanks a lot ;)
Lovely Amy-InsyAllah,btl tu same2 kite ye amy
Amin untuk Pia.. doa doa doa ye dear lovely..
ALL IN ONE
thanks link kan juga..
Lovely Nur-Amin,thanks so much ;)
My pleasure
Post a Comment