Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 25, 2010

Para Isteri Jangan Buat Macam ni!Entry sarat dengan Tulisan

SAYA berusia 37 tahun dan berasal dari utara tanah air. Saya berkahwin enam tahun lalu dan ada seorang anak lelaki. Perkahwinan kami bahagia hinggalah Mac lalu apabila saya dapati isteri selalu berbalas SMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.
Pada satu malam setelah isteri tidur, saya memeriksa kandungan SMSnya dan terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.

Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Dua minggu lalu, isteri meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya dan membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka.

Dia memberitahu saya kawannya menghantar sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu ke mana bahan itu disimpan.

Dengan kuasa Allah, saya menjumpai apa yang didakwa isteri saya dihantar oleh ‘kawannya’. Hampir pengsan saya dibuatnya kerana yang dihantar adalah gambar seorang wanita menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada.
Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang (kerana gambar diambil dengan kamera web pada komputer riba), saya dapat mengagak itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher dipakainya.

Baju singlet yang dipakai juga kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya mengaku itu gambar dia, tetapi dia mendakwa tidak menyelak bajunya ketika ‘chatting’.
Oleh kerana terlalu marah, esoknya saya mencari lagi di dalam komputer dan terjumpa empat keping lagi gambar yang amat mengaibkan, di mana gambar isteri saya berbogel di depan kamera web dan orang yang bersembang dengannya mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya.

Saya memarahinya dan mengugut akan meninggalkannya. Dia menangis dan meminta ampun dan maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya.

Dia juga mengatakan perkara itu sudah lama berlalu iaitu kira-kira tujuh bulan lalu dan dia tidak pernah berjumpa lelaki berkenaan.

Oleh kerana teramat marah, saya meminta kata laluan e-melnya dan membuat pemeriksaan esoknya di tempat kerja.

Hampir pengsan dibuatnya kerana saya menjumpai 10 keping lagi gambar isteri saya bersama seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan berpelukan dan bercium pipi.

Apabila pulang ke rumah pada petangnya, saya hilang sabar dan sekali lagi saya menunjukkan gambar berkenaan dan memberitahu isteri, saya sudah tawar hati kepadanya. Saya sangat kecewa dan marah apabila dipermainkan oleh isteri saya yang berlagak baik selama ini.

Saya menceritakan perkara itu kepada adik ipar saya dan dia menyampaikan kepada ibu mentua saya. Ibu mentua memujuk dan merayu saya supaya memaafkan dan melupakan apa yang terjadi serta tidak memanjangkan perkara itu. Isteri saya juga memujuk dan berjanji kepada saya dia tidak akan mengulangi perkara itu.

Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan berhasrat meninggalkan isteri saya, tetapi bila mengingatkan anak lelaki kami yang baru berumur empat tahun, saya tidak sampai hati. Apa patut saya buat? Saya buntu dan tertekan dengan apa yang berlaku.
INSAN KECEWA
Kedah
Isteri anda tidak memenuhi kriteria mengikut Islam dan perkara yang dilakukan membuatkan anda menjadi suami dayus.

Perkara yang dilakukan adalah keterlaluan dan anda perlu bertegas dalam menangani hal ini.

Maruah anda sebagai suami sudah tercalar dengan tindakan isteri dan seharusnya tidak mudah tunduk dengan deraian airmatanya.

Rumah tangga akan hancur jika pasangan suami isteri mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujud keluarga bahagia yang juga tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Berdasarkan penceritaan, isteri saudara jelas melanggar kewajipan yang digariskan dalam Islam bagi seorang isteri. Bagi Dang Setia, saudara mempunyai dua pilihan sama ada meneruskan hubungan itu demi anak atau menceraikannya.

Jika saudara berhasrat meneruskan hubungan itu, beri tempoh tertentu kepada isteri untuk memperbaiki dirinya dan pada masa sama bimbing dia ke arah kebenaran seperti dituntut agama.

Insya-Allah, jika dia benar- benar insaf di atas kesalahannya, dia pasti berusaha untuk berubah kerana seolah- olah diberi ‘nyawa’ kedua oleh saudara.

Kesalahan jelas dilakukan isteri tapi saudara, sebagai suami bertanggungjawab, mungkin boleh mencari sebab atau punca isteri berbuat demikian.

Mungkin dia berbuat begitu kerana kebosanan disebabkan saudara kurang memperuntukkan masa kepada keluarga dek kesibukan bekerja.

Dalam Islam, suami juga ada kewajipannya bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga. Selain mendoakan kebahagiaan buat saudara sekeluarga, Dang Setia berharap saudara mencuba amalan berikut: Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya Dia wajib menyediakan kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri, dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu pasti dapat bekerjasama mendidik anak dalam kehidupan beragama Pentadbiran suami di dalam rumah tangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh baik. la bertanggungjawab di depan Allah SWT terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumah tangga adalah penting. Rasulullah SAW menasihatkan orang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah SAW menyifatkan wanita sebagai amanah Allah SWT. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang Dan barang itu rosak di tangan kita, tentu ia akan membabitkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah SAW berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik Berdasarkan kewajipan suami isteri yang ditetapkan Islam, kita dapat melihat perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib, sama ada suami atau isteri.

Dang Setia bukan ahli nujum yang boleh meramalkan pilihan terbaik untuk masa depan saudara, tapi cuba pendekatan di atas sebaik mungkin, insya-Allah rumah tangga saudara boleh diselamatkan demi anak tercinta

Fairy Notes-tak mahu tergolong dalam isteri macam ni..Amin

8 comments:

ardinihumaira said...

perempuan tu tak sedar diri. semoga mendapat hidayah

soffya cik bulan said...

teruknya..
takutnya pia baca..
moga2 kita dijauhkan dari golongn begini ye sis...

Neyna Naya said...

Semoga Allah jauhkan dari kejadian serupa ini :)

yats said...

Nauzubillah...tak tau nak kata ape la pia..byk benda nak kata tapi tak terucap,..moga di jauhkan..ni la padahnye kalau kemudahan yg ada di salah gunakan..b'kawan pun biar berpada-pada..haishhh dunia..

mama affan said...

x mahu juga..Amin..

nur said...

Pia dear.. isk ada juga ye jenis macam ni..
ALL IN ONE

said...

ada berlaku....bini orang skandal dengan anak teruna...huhuhu laki dok jauh..bini ambik kesempatan....

Sheherazade said...

Lovely Dini-mudah-mudahan

Lovely Pia-sgt takut....amin2 xmo jadi mcm tu

Lovely Neyna-Amin2...xmo2

Lovely Yats-Nauzubillah,tu la kan...dah nikah kan

Lovely Ryna-Amin2,thanks dear same2 kite jd isteri solehah,InsyAllah

Lovely Nur-Wallahualam,semoga kite dpt iktibar kan? ;)

Lovely Yanie-kalau dok jauh2 patut makin rindu kan?cik yanie sape org tu?hehe kpochi pula

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)