Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 2, 2010

Vaksin percuma cegah kanser rahim


Credit to Google

Zaman2 Pia belaja dulu tak dapat lagi,tak pe la.
nanti nak pi survey la berapa harga suntik private

Vaksin percuma cegah kanser rahim

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian Human Papillomavirus (HPV) bagi mencegah penularan kanser pangkal rahim.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemberian vaksin berkenaan adalah di bawah Program Pelalian HPV yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini dan melibatkan kos RM150 juta setahun.
“Kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap berlaku di kalangan wanita di negara ini selepas kanser payu dara. Kementerian Kesihatan berharap Program Pelalian HPV akan berjaya mencegah penyakit berkenaan pada masa akan datang.
‘‘Pelalian tiga dos HPV itu kemungkinan besar akan diberikan di sekolah. Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Program Pelalian HPV masih belum siap sepenuhnya,’’ katanya di sini hari ini.
Tiong Lai berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan kempen Kesedaran Kesihatan anjuran Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.
Jelas beliau, vaksin berkenaan akan diberikan di sekolah-sekolah bagi memudahkan dos kedua dan ketiga diberikan kepada remaja perempuan yang terlibat.
‘‘Dos kedua akan diberikan selepas sebulan atau dua bulan dos pertama diberikan, manakala dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan tarikh dos pertama.
‘‘Jika vaksin berkenaan diberikan di klinik dan hospital, berkemungkinan remaja berkenaan tidak datang semula untuk mendapatkan dos susulan masing-masing. Oleh itu, lebih baik ia diberikan di sekolah sahaja,’’ katanya.
Tambah Tiong Lai, Itali, Australia, Perancis dan Taiwan sudah memulakan program vaksin seumpama ini untuk remaja perempuan berusia 11 dan 14 tahun iaitu sebelum mereka mula melakukan hubungan seks.
‘‘Kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 menganggarkan kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk merawat pesakit kanser pangkal rahim atau kanser serviks di seluruh negara ialah RM382 juta setahun.
‘‘Jadi, kerajaan memilih untuk mencegah daripada merawat,’’ katanya.
Jelas Tiong Lai, vaksin pencegah kanser pangkal rahim berkenaan hanya perlu diambil sekali dalam seumur hidup.
‘‘Keberkesanannya dalam mencegah penularan kanser pangkal rahim jenis 16 dan 18 adalah sehingga 98 peratus.
‘‘Ia mampu mengurangkan risiko kanser tersebut sehingga 70 peratus. Vaksin ini sudah berada di pasaran pada masa ini, namun harganya agak tinggi iaitu RM1,200 untuk tiga dos,’ jelasnya.
Kata Tiong Lai, selepas pembelian meluas vaksin HPV untuk remaja perempuan tahun depan kerajaan akan berunding dengan pembekal vaksin untuk menurunkan harga HPV kepada sekitar RM500.
‘‘Biarpun vaksin pencegahan kanser pangkal rahim sudah berada di pasaran, golongan wanita masih digalakkan menjalankan pemeriksaan Pap Smear.
‘‘Ini kerana pelalian HPV mencegah kanser pangkal rahim, tetapi Pap Smear mampu mengesan kanser berkenaan di peringkat awal lagi,’’ jelasnya.
Sementara itu, Ketua Wanita MCA yang juga Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun yang turut hadir pada majlis itu mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk berunding bagi membantu mengurangkan harga vaksin HPV di pasaran.Utusan

7 comments:

kak ina kl (1) said...

aiyooo tenguk jarum takutnya..seram..tapi demi kesihatan kalau dah kena ..mestilah ambik gak kan..

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Macam2 kemudahan & bantuan kerajaan bagi ye skarang?

zaman kita dulu nan ado pun! HEHE. takpelah. untuk remaja kini & masa depan :)

Amy Syaquena said...

As'salam pia..

Good info nie , nice sharing dear..


p/s :amy tag pia , kalau ada masa jawab la ye..terima kasih..

http://sinarraudah.blogspot.com/2010/12/aku-suka-blog-ini.html

fazemy said...

Haritu tertanya2 apa tu kanser servik. Owh kanser rahim rupanya. Bagusla dah ada vaksin nya. Biasa umur 30an awal 40 pengidap barah ni kena. Anak2 kecik lg mak dah mati...sedih.

Peri PiA said...

Lovely K.Ina-wuu,pia pon kecut perut gak ni..utk kebaikkan,redah jer

Lovely Balkidz-ye la,tak pe buat sendiri ;).for good

Lovely Amy-W'salam,welcome dear..owh tgu ye..thanks

Lovely Fazemy-ye la kan,semoga dpt cegah

amy said...

Nanti blh share ye klu u dah ambil vaksin ni berapa kos dia jika ambil di private...

Peri PiA said...

Lovely Amy-W'salam,InsyAllah dear ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (221) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (263) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)