Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 20, 2011

Insaf lah wahai manusia

Nauzubillahiminzaliq

KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.

BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.
Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.
Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.
Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.
"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.
Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.
Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.
Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.



Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.
Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.
Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Kosmo


KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu.

JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.

Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.

“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.

Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.

Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.

Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.

“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.


Fairy Notes-siapa la kita nak hukum mereka,semoga mereka insaf.jangan biarkan agama Islam yang suci dipersenda

12 comments:

Kancilbiru said...

apa nak jadi la dengan depa ni semua...huhuhu

Normaliza said...

terkejut betul dgn ayat model tu. Kongkongan pekebendanya..adoi..rasa nak lastik aje mulut dia!! menjatuhkan imej wanita islam jek!

babybugmum said...

aduhaii..mcm2..yg sila tu mmg xleh trima la alasan dia naked sbb nk bebas..waaaaaaaa..sedih la bc dia ckp gitu

cikpia said...

nauzubillah......

Ardini Humaira said...

adoyai KD... KD...

Misz-ella said...

aduhai .. dua-dua islam. dua-dua perbuatan kita tak blh diterima.

ketepikan hukum agama utk perjuangkan kebebasan?? Gila!!

hamil sblm nikah pastu tak rasa apa2? tak menyesal?? takyah taubat?? Pun Gila!!

farahfatihah said...

ishh mmg teruk kan..mcm2 hal..yg kes KD tu pun lagilah hampeh!

Unknown said...

mcm2 cerita manusia sekarang ni kan...sama-sama kita ambil iktibar...tq sharing:)

45IL4H D.K.K said...

Baguslah keluarga Sila tu sisihkannya, semoga dgn cara itu dia akan menyesali perbuatannya. Kebebasan dgn cara tayang *****. Keciknya otak dia...

Apapun syukur Kris Dayanti tak gugurkan kandungan. Kalau tak, bertambah lagi dosa besar dia.

pu3.ahmad said...

huhuhuhuhu kenape sume da jadi camnih sekarang niii huhu. kite sgt tekejut pasal kris dayanti tuh.

Aty Fared said...

ya Allah.. memang menakutkan.. moga Allah kuatkan hati2 kite agar terus berpegang pada Nya...

elok hukum sula jer derang ni sumer...

Sheherazade said...

Lovely KB-Penin,tonggang terblk semua perangai..minta dijauhkan

Lovely Normaliza-tu la fasal,h jadah btl...grr

Lovely Cik Pia-mmg mengucap panjang akak bace berita ni Pia oiii, :(

Lovely dini-xhbs2 buat pangai

Lovely kc-mmg mereka gilak,menggong :(

Lovely FFatihah-hampes sgt!!

Lovely Nieza-welcome :),btl pengajaran utk kita

Lovely Penulis-syg sgh perangai mcm tu kan :(,semoga KD taubat..jauhkan dari kita..Amin

Lovely Put3-ye la,xfhm btl :(

Lovely aty-Amin2,undang2 Allah adalah terbaik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)