Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2011

Misteri kenderaan bergerak sendiri



IMEJ yang disiarkan di stesen televisyen Metronews.com semalam menunjukkan sebuah kenderaan bergerak walaupun enjin sudah dimatikan di sebuah kawasan dikenali sebagai Jabal Magnet di Banyumas, Jawa Tengah.
BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam.
Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.
Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.
Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.
Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.
Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.
Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.
Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.
Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.
Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. - Agensi-Kosmo

12 comments:

Normaliza said...

wah..menarik info nih :)

Amy Syaquena said...

Kalau amy tengok confirm pengsan kat situ..

saza said...

x tarik hb kottt n jalan bukit???ermm

sebelas said...

bestnya kalo berlaku kat malaysia..tak payah payah-payah nak drive ke opis :P

kakchik@ella said...

mukabuminya berbukit?? no wonder la dia 'go head .. gostan' sendiri. hihihi ..

nelly said...

pelik pulak ~

kak ina kl said...

kat indonesia tu macam-macamlah ceritanya..tak taulah betul ker idak ek.

tahniah sebab menang pia.

memalukan orang islam ajer model tu..tak senonoh betullah

CGG said...

good info la dear:)

sharing is caring

aDda said...

manarik...:)

aDda said...

manarik...:)

Ardini Humaira said...

lorhhh gerak sniri hehe

Peri PiA said...

Lovely normaliza-tertarik,hehe

Lovely amy-xper dear,papa amy ade hihi

Lovely saza-hmmm,logik juge tu

Sebelas-jimat myk ooo,hihi

Lovely kc-tu la pasai,hihi

Lovely nelly-bin ajaib,hehe

Lovely k.ina-akak penah dok sana kan,share la citer menarik lagi,hihihi terima ksh kak.Ntah la ape nak jadi

Lovely cgg- :),sharing is caring

Lovely ADda-tu yg nak post kat sini,share2 :)

Lovely dini-jage2 dini,hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (221) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (263) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)