u oll pon kena kan?waduh sepi dunia blog kejap kan?
baru tahu bestnya dapat "masuk" dashboard ,huhu
Pia nak share amazing picture ni,kuasa gambar!!!
ROBERTUS AGUNG SUDIATMOKO merakamkan gambar seekor semut berdiri dengan satu kaki di Cibinong, Indonesia pada September lalu.
CIBINONG - Seorang jurugambar Indonesia, Robertus Agung Sudiatmoko merakamkan gambar seekor semut api berdiri dengan hanya menggunakan satu kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Robertus, 29, merakamkan aksi yang jarang dilihat itu dengan menggunakan sebuah kamera Canon 40D apabila dia melihat sekawan semut api melintas berhampirannya di sebuah kampung di sini, Jawa Barat.
Banyak gambar menarik serangga itu yang dapat dirakamkan tetapi imej paling menakjubkan adalah aksi seekor semut tersebut yang berdiri dengan menggunakan satu kaki belakang selama 30 saat seperti ia sedang menari pada September lalu. - Agensi kosmo
PAPARAN potret Aisha di majalah Time telah memberi tamparan hebat kepada kerajaan Afghanistan.
DESIRAN angin di padang pasir wilayah Oruzgan telah menenggelamkan lolongan Bibi Aisha. Semahu-mahunya wanita kelahiran Afghanistan yang bertubuh kecil itu meraung dan meronta-ronta meminta belas kasihan.
Lelaki yang juga sang suaminya seolah-olah tidak mampu lagi mengawal amarahnya. Isterinya terus diheret meskipun dia menyedari burqa yang menyaluti tubuh isterinya telah koyak-rabak.
Wanita yang berusia 18 tahun ketika itu tertanya-tanya ke mana hilangnya keimanan suaminya? Bibi Aisha sedar, cinta antara mereka tidak pernah bercambah. Namun, atas dasar kemanusiaan, dia mahu dirinya dibebaskan.
Bagi keluarga mertuanya yang berbangsa Pashtun, perbuatan Bibi Aisha atau biasa dengan panggilan Aisha melarikan diri dari rumah suaminya dianggap memalukan. Sebagai mematuhi prinsip kaum, tindak-tanduk Aisha itu perlu dihukum.
Tiba di satu sudut, bapa mertuanya telah mengacukan senjata api di kepala Aisha. Aisha pada ketika itu dalam ketakutan dan tanpa sebarang isyarat, hidungnya dihiris dan kedua-dua belah cuping telinganya dipotong.
Sebagaimana derasnya darah yang memancut daripada organ-organ yang dilukakan, begitu juga dengan kesakitan yang alaminya. Hembusan nafas Aisha tersekat-sekat. Namun, bibir mungilnya tidak henti-henti daripada menitipkan doa. Lamunan Aishah ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah kematian. Kemudian, dia rebah serta-merta.
Sudah tertulis di Luh Mahfuz, takdir seorang manusia di tangan Tuhan. Dengan keajaiban-Nya, wanita yang sudah hilang pesonanya terjaga keseorangan di sebuah kawasan pergunungan.
Tangannya terketar-ketar menyentuh hidungnya yang telah rompong. Pendengarannya juga tidak jelas. Apabila detik-detik ngeri itu kembali menerawang di benaknya, Aisha tidak menangisi takdir hidupnya, bahkan dia bersujud syukur kerana masih bernyawa.
Ujar wanita itu kepada wartawan CNN “Bila mereka potong hidung dan telinga saya, saya pengsan serta- merta dan apabila terjaga pada waktu tengah malam, saya berasa ada air sejuk dalam hidung saya.
“Saya cuba membuka mata tapi penglihatan saya kelam kerana darah memenuhi mata.”
Wanita itu mengerah seluruh tenaga yang ada dengan merangkak berdikit-dikit. Dia berdoa agar dapat tiba ke kediaman datuknya walaupun termometer alam pada malam itu begitu dingin.
Diselamatkan
Sesungguhnya, Aisha berasa takjub apabila Allah menemukannya dengan individu yang baik hati. Sekumpulan petugas kontraktor sebuah firma Amerika Syarikat (AS) ternampak kelibatnya. Dia diberi rawatan selama lapan bulan dan kemudiannya diberi perlindungan secara rahsia di sebuah lokasi di Kabul.
Sejurus selepas itu, sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Grossman Burn Foundation telah menaja pembedahan rekonstruktif hidung Aisha. Dia jua diberi kaunseling bagi menyahkan trauma yang menguasai Aisha.
Kehilangan kedua-dua belah telinga dan hidung mancungnya, tidak bermakna Aisha hilang kata-kata. Dia bercerita mengapa dia diperlakukan sekejam rupa.
Pada usia 12 tahun, dia dan adiknya telah diserahkan oleh keluarga kepada pejuang Taliban untuk melunaskan hutang-hutang keluarga. Justeru, Aisha tidak pernah berkesempatan untuk ke sekolah. Dia seorang buta huruf.
Aishah kemudiannya berkahwin. Sejak itu, nasibnya lebih malang. Tidak cukup diseksa dan didera, adakalanya dia dipaksa tidur di kandang ternakan. Akhirnya, Aisha mengambil keputusan melarikan diri daripada cengkaman suaminya yang berhati binatang.
Kini, Aisha berusia 20 tahun. Bersama jutaan orang lain menaiki tren di kota New York, dia yang memakai jean biru dan berjaket dengan yakin melemparkan senyuman.
Aisha kini hidup semula dengan seraut wajah yang memukau. Dia mengenakan hidung palsu atau hidung prostetik. Namun, bagaimanakah seorang Muslim berasal dari Afghanistan meraih perhatian luar biasa daripada masyarakat AS?
Jurufoto jadi penyelamat
Ketika dibawa ke kem pelarian di Kabul oleh penyelamat, Aisha telah ditemukan dengan seorang jurufoto kelahiran Afrika Selatan, Jodi Bieber, 44.
Bidikan lensa Bieber yang merakam wajah dramatik wanita Afghanistan itu yang kehilangan hidung dan telinga, sesungguhnya telah memberi impak besar kepada kehidupan Aisha.
Gambar itu telah menjadi muka depan majalah Time pada Ogos tahun lalu dengan tajuk, Apa Yang Akan Berlaku Apabila Kita Tinggalkan Afghanistan. Foto itu telah mencetuskan satu fenomena luar biasa dan menghidupkan pelbagai emosi.
Apakah reaksi Bieber ketika pertama kali bertemu dengan wanita berwajah pelik itu? Dia hanya diberi tiga jam untuk meyakinkan Aisha yang masih murung itu bahawa rakaman foto itu bukan satu eksploitasi.
Katanya kepada Sunday Times : “Saya bersama seorang penterjemah dan pekerja sosial memasuki sebuah bilik kecil, cuma ada kusyen, sehelai permaidani dan sebuah kipas.
“Saya tak tahu bagaimana nak jelaskannya (perasaan), saya juga tidak tahu gambar yang macam mana dapat saya rakamkan. Jadi saya letakkan kamera dan berbual dengannya.
“Kemudian saya kata, betapa jelitanya dia dan ingin cuba merakam kecantikan dalamannya serta kekuatan dirinya.”
Tambah Bieber yang pernah bekerja di majalah New York Times, dia bukan saja mengambil gambar wanita itu, dia merakam dan menterjemahkan jiwa lara Aisha pada sekeping gambar.
Pertemuan dengan wanita Muslim itu merupakan satu pengalaman hebat baginya.
Ujarnya dengan penuh emosi : “Saya banyak belajar dan saya tidak menerima satu dua respons. Ada yang menyelar tindakan saya kerana mengambil gambarnya.
“Tapi ingin saya katakan bahawa pada saat mereka semua sedang bersenang-lenang, Aisha tidak ada hidung dan telinga. Adakah saya hendak biarkan dia menangis sekali lagi tanpa hidung? Sekurang-kurang saya telah berbuat sesuatu untuk Aisha.” Sesungguhnya, tiada harga bagi sebuah keikhlasan. Populariti foto Aisha bukan saja menaruh simpati dunia untuk membantunya tetapi pada masa sama, telah mendatangkan tuah kepada Bieber.
Potret Aisha telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Foto Terbaik Dunia (WPP) 2010 di Amsterdam baru-baru ini. Bieber berjaya menewaskan 108,059 keping gambar yang dihantar oleh 5,846 jurugambar dari 125 buah negara.
Diselubungi kontroversi
WAJAH BAHARU. Aisha dengan hidung palsu dan memilih untuk menetap di New York.
Dalam reaksi spontannya ketika diumumkan sebagai pemenang, Bieber menjerit sambil berkata “Apa? Kamu bergurau, adakah kamu serius, saya tidak percaya, saya rasa berjuta tahun sekali pun juri tak akan memilih gambar ini.”
Sentuhan wanita yang gemar mengembara itu akan dipamerkan di lebih 100 buah bandar di 45 buah negara dan dicetak dalam buku yang diterjemahkan ke dalam enam bahasa.
Bagaimanapun, kemenangan Bieber diselubungi dengan pelbagai kontroversi sehingga timbul fenomena yang dinamakan Sensasi Bieber dalam laman web terkemuka.
Kerajaan Afghanistan berkata, kemenangan yang membawa populariti kepada gambar itu tidak lain tidak bukan hanya satu propaganda AS. Mereka juga marah apabila gambar itu telah menjadi simbol global kepada keganasan Taliban terhadap kaum Hawa.
Sementara agensi berita Xinhua melaporkan, gambar yang dirakam menerusi teknik klasik memang mengagumkan, tetapi kehilangan hidung Aishah telah menjadikan gambar itu sesuatu yang mengejutkan dan mengerikan.
Bieber juga dikritik kerana dianggap mahu memanipulasi insan lemah. Rakaman tekniknya yang dianggap tersasar daripada tradisi stail kewartawanan foto turut menjadi perdebatan.
Meredakan spekulasi yang hebat bertebaran, pengasas anugerah itu David Burnett berkata, tiada unsur politik semasa juri memilih foto itu.
“Pada peringkat awal, foto Bieber bukanlah menjadi pilihan utama, tetapi apabila diperhalusi, terdapat tarikan luar biasa dan kekuatan pada foto ini,” katanya.
Ketika dirinya dihentam, Bieber tidak melenting. Sebaliknya, wanita itu dengan tenang berkata: “Saya hanya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa dia seorang wanita kental. Jika saya biarkan Aisha, deritanya akan berlarutan.” Kosmo
5 comments:
sedih baca kisah Aishah tu...
mmg sedih kisah 2..tapi Alhamdulillah akhirnya pulih ga..
tapi gambar semut tu mmg unik sangat..
sedih...tp dia sgt tabah.Alhamdulillah
Allah menguji insan2 yang tabah menghadapinya... :)
Khairil-memang sedih
Lovely bunga-syukur :),unik kan :)
Lovely Dini-sesungguhnya
Post a Comment