GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.
WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.
Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.
Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.
Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.
Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.
Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi kosmo
9 comments:
memang sungguh lah pecaya dengan GPS sampai masuk ke tasik pun tak perasan. sabor je lah..
GPS dia tak update kot...hehehehee
siannya... tak pasal2 masuk tasik..
oh no!!! pia pakai gps?
OMG. Waktu malam ke masa tu? Nasib baik selamat...
GPS memang kekadang sengal gak..
bahayanya...jln selalu ubah2,GPS tak update.mmg tak blh percaya 100%
loh... bahaya nyaa
visit me back at ajwa@mamawana
http://lautkasih.blogspot.com/2011/06/make-love-not-war-biar-betoi.html
seriously gps boleh wat onar.. nak p hotel grand river view .. boleh sesat sebab tatau nak ke jalan mana satu kalo guna gps.. walhal tu jalan sehala... dia p wat cam rempuh bangunan depan tu lak. hisss
ni sampai masuk tasik haiyyyooo bahaya sangat
Asada-ikut je,ish2 ngeri
Lovely MLD-mungkin,ooo kena update ek?xtau xpenah guna hehe
Lovely Put3-hu2,xpakai syg.u?
Lovely Penulis-not sure,tu la nsb baik
Lovely aty-xblh caya,hoo
Lovely LM-jln m'sia pon kerap juga dah bertukar sekarang,hati2
Lovely mamawana-mmg bahaya,tgu ya mamawana sorry ye bz skit. thanks
Lovely dini-huuu,bahaya nsb baik xde ape2.memandu kena pakai instinct tak jgn malu bertanya kalau xtau jln.tp jgn tnya sebarangan zmn sekarang ni bahaya
Post a Comment