Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air

Tahniah Dr SMS dan Dr Halina


SOPHEA ISABELLA
menarik dan istimewa lahirkan baby dalam air

Pia penah bace pelakon Xena The Warrior Princess
juga penah bersalin dalam air


KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.
Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.Kosmo

6 comments:

Ardini Humaira said...

teringin nak bersalin dalam air juga dni nanti ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tahniah buat pasangan tu pia.tgk gmbr tu mmg cam tak percaya tu bayi mereka.nmpk sgt besar mcm baby dah sebulan..huhu.besarnya dia lahir....

wahh hospital pantai ada kaedah melahirkan dlm air ke?tertanya2 sejak dr mula dia kata nak bersalin kaedah tu.tak tau pula dia nak bersalin di hospital pantai.hurmm ...kalau hospital pantai melaka ada kan,boleh saya cuba?teringin sangat.lagi pun biasanya proses bersalin saya cuma 2-3 jam je..mungkin lg mudah dan tenang dk dlm air tu..hik3.

Luv like this.... said...

shomel nye baby sophea..nama pon best!!

aTy _faRed~ said...

biler dengar beranak dalam air..macam ngeri jer bunyik nyer...tapi beranak dalam air ni bagus tuk hilangkan sakit beranak tu..:)

Amy Syaquena said...

pia mane pergi ni lame menyepi , masih x sihat lagi ke dear..

Peri PiA said...

Lovely dini-tu la,kat m'sia xbyk lagi,masih mahal

Lovely LM-cukup sihat :),pia pon teringin air sifat nya boleh menenangkan

Lovely luv-baby doktor :)

Lovely aty-dah bace baru tau blh kurangkan sakit

Lovely amy-terharu nya,thanks dear.pia dah sht alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (221) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (263) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)