Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

Fatin Liyana

Siapa tak kenal Fatin Liyana kan?Tahniah dik atin ;),cantik kan FL

BB-She is beauty with brain

 

Blog fenomena bakal doktor




NAMA Fatin Liyana memasuki carta 10 carian paling popular Google Malaysia 2011.

PELAJAR perubatan, Nur Fatin Liyana Asri, 22, tiba-tiba meraih perhatian selepas namanya tersenarai dalam 10 carian paling popular Google Malaysia 2011.
Carian kata kunci 'Fatin Liyana' berada pada tangga keenam selepas carian Bruno Mars, Hana Tajima, Cikgu Shida, Avril Lavigne dan Anwar Ibrahim.
Sementara itu di tangga ketujuh ialah penyanyi remaja popular Justin Bieber diikuti selebriti Rihanna, Ustaz Kazim dan blogger Hanis Zalikha.
Fatin merupakan pemilik blog di alamat http://honeykoyuki.blogspot.com. Menurut Fatin, blog itu dimulakan pada Januari 2009 bertujuan mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada Indonesia.
Model
Fatin merupakan pelajar perubatan di Universiti Padjadjaran di Bandung. Universiti Indonesia itu menawarkan pengajian ijazah berkembar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Tidak dinafikan segelintir rakyat Indonesia gemar mencemuh pelajar Malaysia. Tetapi saya membiarkannya sahaja kerana sedar saya tinggal di tempat orang," katanya.
Pengalaman di rantau orang sejak tiga tahun lalu membuatkan Fatin berwaspada.
Tidak sekadar ditipu warga tempatan malah rumah sewanya di Puri Indah, Jatinangor, Bandung digeledah perompak.
Peristiwa itu ternyata meninggalkan ketakutan dalam diri gadis setinggi 161 sentimeter ini sehingga kini.
Trauma yang dilaluinya bukan sahaja akibat kehilangan barangan berharga, lebih menyedihkan apabila pihak berkuasa seperti anggota polis dan ketua kampung hanya mentertawakan dan menyalahkannya atas kecelakaan tersebut.
"Kes kehilangan motosikal pelajar Malaysia di sana bagaikan perkara biasa. Nasib baik pihak Kedutaan Malaysia banyak membantu.
"Acapkali juga kami kena tipu terutamanya apabila mereka tahu saya orang Malaysia.
"Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu," cerita Fatin.
Pengalaman ditipu menjadi inti pati awal laman blognya. Namun, tinggal di Bandung juga membolehkan model sambilan ini menikmati keindahan negara republik itu.
"Kunjungan ke Bogor, Jakarta, Yogyakarta dan Bali meninggalkan banyak kenangan mengujakan. Keunikan setiap destinasi itu saya abadikan dalam blog saya," ujar anak kedua daripada empat beradik ini.
Selepas tiga tahun, laman blog itu kini mempunyai lebih 33,000 pengikut.
Cerita Fatin yang gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup, sebelum ini blognya hanya dibaca rakan-rakan terdekat.
Dicemuh
Namun segalanya berubah pada awal tahun lalu selepas Fatin menulis mengenai cara pemakaian tudung.
Akibat kurang melakukan kajian tentang pemakaian tudung, tulisan berkenaan telah mencetuskan kontroversi.
Dia dicemuh sebagai tidak sensitif terhadap agama gara-gara cara pemakaian tudung yang dipaparkan dalam blog itu dikatakan tidak mengikut kaedah Islam yang sebenar.
Sejak episod pahit itu, nama Fatin Liyana semakin menjadi sebutan manakala laman blognya terus popular sehingga hari ini.
"Pengalaman itu mengajar saya agar membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu isu.
"Tidak sangka pula ramai yang memberi perhatian terhadap tulisan saya itu.
"Kebanyakan pembaca juga meminati tulisan yang cenderung pada topik tip kecantikan mahupun pelancongan.
"Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti," katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut.
Berbicara mengenai gaya penulisan blog, gadis manis ini lebih selesa menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami tetapi pada masa yang sama mengelakkan singkatan perkataan.
Hakikatnya, Fatin yang sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan.
"Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.
"Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi," kata gadis berbintang Gemini ini.Kosmo

2 comments:

kakchik@ella said...

KC pn suka blog dia.

Peri PiA said...

Lovely kc-bertuah jadi Ftin Liyana kan kc? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (221) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (263) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)