Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 10, 2012

Worth it ke dik buat macam ni?

Rugi nya akak rase awak kena gantung 3 sem

Fokus pada pelajaran elok2,harapan mak ayah

Hmmm pekara dah jadi,jadi kan pengajaran

ADAM ADLI menjawab soalan wartawan selepas digantung pengajian selama tiga semester oleh UPSI di Tanjung Malim semalam.

TANJUNG MALIM - Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.
Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.
"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.
"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini. Kosmo

14 comments:

kasihibu said...

mungkin dia rasa puas dapat buat macam tu
apa pun semoga berppijak dibumi yg nyata dik..

CGG said...

langsung tak.
iskk..sian mak ayah ye...
ape la nak diperjuangkan politik ni..
baik buat hal sendiri kan?
cgg pun tak campo hal2 macam ni walaupun benda sume depan mata saya..

Ardini Humaira said...

ntah la kan... kalau nak dikirakan, dato' najib takmo campur tangan ke p cakap ala maafkan je la budak tu biau dia abis stadi... kan.. huhu

pinky mouse said...

Betol, rasa kesian pulak kat dia. Harap2 penggantungan dari pengajian dapat membawa satu anjakan untuk dia. Mana tau waktu digantung SEM ni, dia dapat belajar sesuatu yang lebih bererti dari yang dia dapat belajar kat Uni. Kehidupan lebih bererti melalui pembelajaran melalui sekeliling kan. Tapi dia memang berani la, cuma pada tempat dan situasi yang salah.

Hana Faza-same person said...

Salam Pia;)


Masyarakat kita semakin " kurang mendengar".. Dengarlah dahulu apa sebenarnya masalah Dan apa yang generasi baru ni hendakkan smpai bertindak mcm tu?

Silapnya semua pihak, yg hanya tahu menghukum sebelum mendengar...

Kalau nyata mereka silap, berikan tunjukajar Dan harap hukuman ni memberi pengajaran...

Dalam masa sama, masyarakat perlu lebih dididik menjadi lebih mendengar dan bertanya pada yang lebih arif...

Wallahualam....

Amy Syaquena said...

Semoga menjadi pengajaran kepada pelajar2 yang lain

nur said...

Dear Pia..
betul tu.. berbaloi ke mengorbankan pelajaran?..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sayang masa depan jd macam tu.takpelah..mungkin ada hikmah disebalik kejadian.mentimun mana boleh lawan durian.berfikir sebelum bertindak!melawan tak bererti itu jalan terbaik.ada cara lain sebenarnya

kakchik@ella said...

Nak tak nak KC kena stuju dengan pengomen di atas. Hrp2 pihak universiti dah bagi dia peluang membela diri sebelum menjatuhkan hukuman tu.

KC rasa, kita harus lebih peka dengan kehendak dan hasrat org muda skrg demi masa depan bumi Malaysia tercinta ni. Diaorang kan pelapis pemimpin-pemimpin sedia ada.

Puteri Bt Ahmad said...

alahai.. tetapi kesian jugak pada mak dan ayah die.

Syarih said...

Kita terlalu bergantung kepada media yang condong kesatu arah...buat analisis kesemua media baru boleh buat kesimpulan....

papabear said...

macam dah pandai sgt sebab dah masuk u eh?

aTy _faRed~ said...

betul..!! saye sokong..mesti die rae hebaat..tapi biler dah kene gantung sem sampai 3 semester..memang rugi ar..sia2 jer..

Peri PiA said...

Lovely kasihibu-harap2 begitu

Lovely cgg-setuju dgn CGG

Lovely Dini-maafkan la,budak2 ehehe

Lovely pinky-semoga menjadi pengajaran bergna utk dia

Lovely hana-itu juge menyumbang kepada masalah kan hana

Lovely amy-harap begitu

Lovely nur-rugi mase

Lovely LM-btl LM,diam tak semesti kalah

Lovely kc-semua org layak dpt peluang ke-2

Lovely pupu-ye la kan? ;(

Lovely syarih-kena telus

PB-sigh

Lovely aty-dia yg rugi kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (221) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (263) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)