Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 16, 2012

Starbuck,Starbike,Setarbak Kopi

Nikmat kopi Starbike


KETIKA warga Jakarta yang berpendapatan tinggi menghirup latte dalam suasana santai dan nyaman di restoran Starbucks, sebahagian besar penduduk kota itu beralih kepada ‘Starbike’ yang beroperasi di tengah kesibukan dan kesesakan jalan raya untuk mendapatkan kopi mereka.


Di setiap bandar besar di Indonesia, ada saja penjual kopi beroda menjaja di tepi jalan raya atau di tempat yang ramai orang.
Cara mereka berniaga juga amat mudah, hanya perlu menuangkan air panas daripada termos ke dalam gelas pakai buang untuk dibancuh dengan kopi segera sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Di negara yang harga secawan kecil latte di rangkaian kedai kopi antarabangsa iaitu lebih kurang RM10 bersamaan gaji sehari kebanyakan penduduk Indonesia yang berjumlah 240 juta orang, penjaja jalanan ini memang menjadi tumpuan kerana mereka menawarkan harga 10 kali lebih murah.




Walaupun dilabel sebagai penjaja tidak berlesen dan sering menyorok daripada ditangkap polis, namun penyedia kopi jalanan itu juga termasuk dalam kumpulan peniaga dan itu adalah usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dengan membeli ‘francais tidak rasmi’ bagi orang miskin.


Sambang, petani berusia 28 tahun, datang ke Jakarta setahun lalu untuk mengubah nasibnya. Dia membayar ‘yuran permulaan’ iaitu RM480 kepada seorang daripada ramai ejen bebas bagi mendapatkan basikal dan termos.

Sejurus urusan pembayaran selesai, dia memulakan perniagaannya dengan membawa rantaian peket kopi segera ‘Kapal Api’ kopi hitam yang paling popular di kalangan penduduk Indonesia dan kapucino untuk pelanggan yang mempunyai cita rasa ‘mahal’. Peket kopi segera itu digantung pada gagang basikalnya.



Sambang yang enggan memberikan nama penuhnya juga perlu membayar RM96 sebulan untuk bekalan air panas, peket kopi dan gelas plastik kepada ejennya. Secara purata, dia boleh mendapat kira-kira RM320 sebulan.

Dengan jumlah pendapatan sebanyak itu, penjual kopi atau vendor seperti Sambang biasanya mengambil masa enam bulan untuk membayar wang yang dipinjam daripada ejen. Ada sesetengah ejen menyediakan tempat tinggal (sempit dan kecil) kepada penjaja yang kebanyakannya datang dari kampung.

Rangkaian kedai kopi antarabangsa seperti Starbucks atau The Coffee Bean and Tea Leaf memang banyak di bandar besar di Indonesia tetapi ia hanya tertumpu di gedung beli-belah malah sebaris dengan butik Louis Vuitton atau Tiffany’s yang menjual jam tangan berharga RM48,000.

Sedangkan penjual kopi jalanan seperti Sambang yang mengenakan kemeja-T lusuh dan selipar menawarkan perkhidmatan kepada kelompok pelanggan yang sama sekali berbeza dengan peminum kopi ‘kelas atasan’.

“Orang kaya pergi ke Starbucks, orang miskin seperti saya pergi ke ‘Starbike’,” kata pemandu teksi di Jakarta, Junarsah, ketika keluar dari teksi limosinnya.

Dia segera menahan seorang penjaja kopi yang lalu tidak jauh dari tempatnya berhenti.

“Ia murah, cepat dan sedap. Ini sudah cukup untuk saya,” kata pemandu berusia 44 tahun itu sambil tersenyum. Dia membayar 3,000 rupiah (RM1) untuk segelas kopi dan dua batang rokok.

Memang penjaja jalanan ini tidak menawarkan beraneka jenis kopi dan sajian manis seperti rangkaian kedai kopi antarabangsa. Namun mereka ada ‘kombo’ tersendiri yang mampu menarik pelanggan iaitu rokok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kadar merokok di Indonesia meningkat enam kali ganda dalam tempoh 40 tahun kerana kombo ‘kopi dan rokok’ ini.

“Apalah maknanya kopi tanpa rokok? Ia sama macam suami dan isteri, mana boleh dipisahkan,” kata penjaja kopi jalanan berusia 36 tahun, Supriyanto
“Awak boleh jual rokok tanpa kopi, tapi tidak sebaliknya. Percayalah cakap saya,” katanya lagi.

Walaupun mempunyai pasaran yang besar tetapi persaingan di kalangan ratusan penjaja jalanan ini amat sengit. Masing-masing sanggup melakukan apa saja bagi memastikan mereka boleh terus bertahan.

“Saya beri nombor telefon bimbit kepada pelanggan tetap supaya mereka boleh telefon bila-bila masa. Saya juga membuat penghantaran percuma ke pejabat mereka.

“Semua boleh, asalkan dapat lebih banyak pelanggan,” katanya sambil menayangkan telefon bimbitnya, jenama Nokia model terbaru.

Kebanyakan pelanggannya adalah pekerja pejabat bawahan, pelajar, pemandu teksi dan pekerja rencam yang bertugas membersih, mengawal dan menjadi pembantu kepada golongan pertengahan dan kaya.

Meskipun saling bersaing, namun hubungan sesama penjaja ini amat baik dan mesra.

Malah mereka mempunyai beberapa tempat perjumpaan di sekitar bandar untuk berehat dan makan bersama. Bahkan mereka juga akan memberi maklumat sekiranya ternampak polis di mana-mana.

Sebelum kemunculan penjaja beroda ini dua tahun lalu, penjaja kopi di Pulau Jawa berniaga dengan berjalan kaki. Pulau Jawa (dengan ejaan Java dalam bahasa Inggeris) adalah pulau terbesar di Indonesia dan menamakan kopi dengan nama pulau ini selepas ia terkenal di seluruh dunia pada abad ke-19.

Penjaja kopi beroda ini cuba untuk tidak mencuri pelanggan penjaja yang berjalan kaki dengan meletakkan basikal mereka agak jauh dari kawasan rakan penjaja.

Merlyn Suciati, pengurus di sebuah cawangan Starbucks di Jakarta berkata, syarikat berkenaan menawarkan kepelbagaian dan keselesaan kepada pelanggan untuk mereka bersembang sambil minum kopi. Tentu tidak selesa untuk menikmati kopi dalam suasana panas terik.

Tetapi bagi kebanyakan penduduk Indonesia, mereka hanya mampu menikmati caffe latte atau macchiato dalam mimpi saja.

“Tentu saja saya mahu minum kopi mahal di pusat beli-belah, tetapi harga secawan itu cukup untuk belanja makan saya selama seminggu,” kata Haryono yang memandu ‘ojek’ atau teksi motosikal. - AFP metro



yang penting,ni only in malaysia tau hihi.kat Beranang

3 comments:

Misz-ella said...

KC penah beli Starbike kat Jakarta. Setarbak Kopi belum lagi. Hihihi.

Ardini Humaira said...

baguslah diorang cari rezeki yang halal.. tak mengemis kan :)

Sheherazade said...

Lovely KC-waaa,best tak kopi starbike kc?

Lovely dini-usaha tu penting kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)