Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 28, 2009

Kekasih hati,Doktor Hatiku,Soulmate...

http://emo.huhiho.com Ini lelaki yg curi hati saya ;),namanya Muhammad Fadzli .Dia bkn giler bergambar seperti isteri dia yg nakal ini ;P .Tgk tu aish geram,cubit baru tau sayang pandang la kamera nih. Tentang Mr Fadzli

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?

  • Movie
  • ps2
  • Cartoon dia suke katun span kuning tu hehe

Cik Atiqah org kesayangan kite ber2 suke cartoon..hicks ;)

2. What's foods he doesn't like?

  • Alhamdulillah dia tak cerewet pasal makanan.tapi kalau pia masak, sotong kena potong kecil bulat2,dia geli nak mkn kalau sotong dimasak seekor2.

3. You go out to eat and have a drink. What does he order?

  • Teh o Ais.Pelik tapi benar,minuman suamiku selalunya lebih sedap dari minuman pia sendiri.Pia suke mintak sikit minuman dia,kemudian berakhir dgn pertukaran suka "tak suka sama suka" hahaha.
  • Mr Fadzli suke makan Nasi Ayam,coklat dia suka sneakers.

4. Where did he go to high school/uni?

  • Kat hometown dia dari seklah rendah hingga menengah,hehe berahsia pula ;P
  • Dia penah sambung belajar kat Perlis

5. What is his career/job/still studying?

  • Dia kakitangan kerajaan yg cemerlang hahaha

6. What size shoes does he wear?

  • Dia kate size 7 hehe,selalunya sekarang kasut dia "ana" yg pilih

7. If he was to collect anything, what would it be?

  • CD game ps2 dia la pe lagi...bluekkkk,kalau pia rase dia main game lame sgt...akan keluar la ayt "saya terabaiiiii" dari mulut pia hahaha

8. What would this person eat every day if he could?

  • Nasi Ayam dan masakan ibu dia,Mertua pia ;)

9. What would he never wear?

  • Baju dari fabrik yg blh buat dia kepanasan,cian aby ku dia cepat berpeluh.kulit dia juga agak sensitif.
  • Lelaki jarang pakai kaler pink kan?tp pia telah berjaya menambah warna pink dalam koleksi pakaiannya hihi.Lame juga la tersimpan,setelah "makan bulan"pia berjaya memujuk Mr Fadzli pakai t-shirt pink itu.aLa sayang,bkn pink sgt2 pon ;P.Kan t-shirt tu belang2 pink dan putih hihi.

10. What would he always wear when dating with you?

  • mase pertama kali keluar dgn dia(dgn tukang kenen2 kan kami sekali)dia pakai kemeja kasual hihi
  • Mr Fadzli ni simple jer orgnya,t-shirt and jeans adalah uniform dia

11. Who is his best friend?

  • pia..pia...and more pia haha,he's mine
  • ery ,epol and childhood friend siapa kamoo semua? boleh blah hahaha

12. What is something he wishes you wouldn't do?

  • dia sgt berharap pia dpt kawal emosi roller coaster ni (eh! dah ade kemajuan kan sayang?)hehe
  • merajuk,gune lirik lagu faizal tahir pulak tu "siapa sebenarnya aku padamu" ,kemudian tarik muka ikan buntal hahaha.
  • ala cayang merajuk adalah terapi buat pia hahaha tak de la, saje jer usik2 dia.kadang2 pia pula benggang bile dia malas nak pujuk.ye la kalau dalam satu hari lebih 5x pia merajuk,sape tak fed up hehehe tau pon ko pia.Sering berlaku dihujung minggu,ye la isnin-jumaat keje mane ade mase sgt hehe.

13. What is his favourite colour?

  • Biru muda,well warna baju kami bersanding kat kg dia pon biru...

14. What is his habit?

  • suke sgt pegang muke dia,geram tgk.tgn tak reti duduk diam!lebih2 lagi time drive.hbs muka berparut dek tgn gtlnya suke usik jerawat tgh naik kat muke dia.
~tgk tu, aish...sayangku~
15. What is he proud of?
  • His famili,me hehe ;P

16.what is his favourite perfume?

  • Dunhill ~desire~kot,tp mmg pasti dunhill

eH!same lagi Cik Atiqah ;)

17. do you think he will read this?

  • pia akan paksarela kan dia hahaha.mungkin ya, mungkin tidak 50-50.

18. How Both of u Fall in Love?

hmm,pia suke soalan ni....melalui kawan baik dia,pia dan kwn dia ni satu bekerja dibawah satu bumbung dulu....tmpt keje lame pia.company tu tak ramai melayu,hanya ade pia,mie(dia la kawan baik pia)mase pia tiada kekasih hati,dah beberapa org lagi.Ade lagi sorang kwn Indian Sara....Kami berempat.

Sejak kwn dia ni join tmpt keje pia yg dulu,pia dan mie bertambah la seorg lagi kawan.happy la juga kan bertambah kawan,dia ni ok baik hati juge eceh2..tak sangka kami bertiga jadi kawan rapat.Dan pia tak terfikir langsung yg dia ni ade misi cupid nya...ade udang disebalik mee.Yg untungnya pia hehehe,dpt cik abg dah sekarang ni.....Si cupid tu dah nak sampai seru dah dgr khabar..Alhamdulillah..

Tapi dia ni pangkatnya lebih tinggi dari pia dan mie,sibuk memanjang....dah setahun lebih dia join company baru dia jalankan misi katanya.mula2 dia cerita (time tu pia dah declare dgn Mr Fadzli)dia tak jadi nak kenalkan pia dgn husband pia sekarang ni.Sebab dia ingt pia dgn mie(Azmi)bercinta haha,lawak btl bila pia dgr.Mesti tak ade org pecaya pia kawan baik dgn lelaki kan?Eh ni dah nak lari topik ni,nanti pia cite psl Mie "suai chai" ni.Si cupid ni siap nak kenal kan pia dgn kwn dia yg lain tapi xjadi,mungkin itu jodoh pia dgn hubby.

Step yg pertama dia lakukan utk kenen2 kan pia nak tau ape?haaaa dia buatkan friendster utk pia.dulu pia mane reti benda2 mcm ni huhu,memang tak tau ape itu friendster,pia dulu ingt hanya ade laman sosial myspace jer dlm dunia ni,pia tau psl myspace pon dari adik pia.Dari laman fs tu la dia tunjuk kawan2 dia,dan beria2 cerita tentang Mr Fadzli nya Friendster kat pia.Mase ni xsyak ape2 lagi,rupe2 nya dlm diam dia suruh cik abg saya tgk gamba kite kat friendster bkn buatan asli tgn pia seperti sekarang.

Selepas beberapa bulan agenda si cupid ni tertangguh,pada suatu ptg sabtu tibe2 dia ajak pia,mie,sara tgk wayang kat OU.Tgk cerita Cicak Man haha....lps tgk wayang dia ajak lepak minum kat Gombak.Time lepak minum kat gombak tu la pia xsangka rupa2nya dia call Mr Fadzli suruh dtg sekali join kite org.Epol ko pandai btl buat plan ye,mula2 sampai epol nak kenalkan cik abg tu dgn pia dia blh paling muka dia ke arah lain.aish pemalu rupanya,pia pula memberani kan diri tgk wajah dia sekilas...time ni kami xbyk berckp first time hehe,dia duduk sebelah mie.kiranya mie duduk tgh2 diantara kami time.pertemuan pertama kami xbyk ckp,pia lebih byk berbual dgn mie hehe.Kami jadi pengkritik filem pada mlm tu ...

Beberapa bulan kemudian ade kenduri kawan si cupid tu,dia ajak pia,mie pergi kenduri tu.Dia bagitau pia dia ajak Mr Fadzli sekali pia just ckp oooo ye ke hehe.Time tu ingt lagi Eye On MaLaysia baru ade kat Titiwangsa,kenduri tu dekat jer dgn Titiwangsa kat Jalan Semarak.Pada pertemuan kali kedua ni,cik abg saya tu byk memulakkan bicara dgn pia.Dia beri perhatian kat pia time tu,Dieorg pe lagi usik2 kami jer la kje nya.Mase ni kami belum saling bertukar private no lagi u.....Lps pertemuan ini epol ade ckp Mr Fadzli tertarik kat pia,dlm hati biar btl malu pon gak rase.

Pertemuan ketiga kami diaturkan oleh EPOL the cupid,kami keluar bertiga tgk wayang dan mkn2 kat KLCC.Time pegi pia naik Putra Lrt sendiri,blk mereka hantar sampai KTM dekat rumah pia.Pia parking kete kat KTM,mase ni la kami saling bertukar nombor...Sejak itu kami pon saling berhubung melalui SMS.Ingt lagi mase terima sms pertama dari dia "Salam,hi saya fadzli,awk tgh buat ape".Pia bls "waalaikumsalam,buat bodah jer hehe.jgn marah ye gurau je"spontan je hehe.Pia suke usik dia,kan first time jumpa dia agak pemalu orgnya jarang jumpa lelaki mcm ni.

Sejak kenal dgn dia baru la fon pia ni active,sebelum ni single mane ade org nak SmS / call sgt hehe.sampai adik pia pon perasan siap tegur "hai kak hp active ye skunk".Sejak kami berkawan dia kadang2 dtg tmpt keje pia,kami lunch sama2 dgn epol sekali.Sampaikan si cupid cemburu ingtkan nak jumpa dia,rupa2 nya hehehehehe fhm2 sendiri la.Kalau dia tak datang mase lunch,dia dtg selepas waktu kerja.

Setelah kami berkawan lebih kurang 4 bulan,pada suatu mlm yg hening dia call.Dia kata dia nak perhubungan ni ke tahap yg lebih serious.Time tu dia berumur 27thn,dia ckp pada umor mcm ni dia nak cari calon,xmo kapel2 tanpa ade tujuan.Kami berbual sgt lame pd mlm itu,berckp tentang byk pekara.....Pia bagi jwpan(xblh tido mlm tu) pada esok harinya (setuju)!.Pia nilai dia melalui kawan dia,bagi pia kalau kawan dia baik.InsyAllah dia pon baik,dan seperkara lagi dia "ckp kalau awk nak tau betapa seriousnya saya nak kan awk.Saya nak bawak awk jumpa ibu bapa saya secepat mungkin".Itu yg buat pia yakin dgn dia,ye dia lah jodoh pia.

Cerita tunang,perkahwinan InsyAllah pia akan ceritakan nanti ye......

myspace comments myspace comments & myspace layouts

3 comments:

Atiqah Adnan said...

dear...
hee.. same kan... betul ke lelaki yang suka tengOk cartoON ni sukakan kanak2 hee~ tanye je..

tak sabar pUlak nak bahagia dengan tunang bila dah kawen.. sekarang masih terbatas... :D

semOga kamu bahagia tau...

Sheherazade said...

to my lovely atiqah
nak kate real i'm not sure atiqah,but my hubby mmg suke dgn kanak2 .Dia ade ramai adik sepupu2,sume sayang dia.tak sangka sejak sis kawain dgn dia adik2 sepupu dia pon mesra dgn akak.
just that belum rezeki kami.doakan kami yer.

Hari bahagia akn tibe buat kamoo,InsyAllah.Penantian amat menyeksakan,tp sgt manis utk dikenang.

Atiqah Adnan said...

hee~
thanks dear...
kata-kata yang akhir tu best sangat untuk diingati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)