Wednesday, May 13, 2009
Masalah angin dalam perut
MASALAH angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu masalah kesihatan yang luar biasa, berlainan keadaan individu lain yang sentiasa bimbang dan risau.
Ada kalanya kebimbangan ini menyebabkan seseorang berasa tidak selesa atau malu terutamanya apabila berada di majlis-majlis tertentu kerana ia mengganggu aktiviti seharian.
Kemungkinan gejala yang dialami antara seorang individu dengan individu serupa, tetapi punca sebenar masalah itu terjadi adalah berbeza.
Walaupun keadaan ini tidak mengakibatkan kematian, namun mereka yang menghadapinya berasa tidak selesa dan berusaha untuk mengatasinya.
Pakar Perunding Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad menjelaskan, dalam keadaan normal gas atau angin sememangnya terdapat dalam saluran gastrousus seperti esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.
Beliau memberitahu, kebanyakan individu menghasilkan antara satu hingga tiga pain angin sehari dan mengeluarkannya semula dengan anggaran 14 kali dalam sehari.
Menurutnya, terdapat bakteria dalam usus yang membantu menghasil dan mengurangkan angin.
"Hubungan rapat antara dua kumpulan bakteria inilah yang menentukan jumlah angin yang terdapat dalam saluran gastrousus seseorang individu,'' katanya.
Cara bakteria ini mengurangkan gas ialah dengan meresapkan gas hidrogen di dalam usus.
Beliau memberitahu, angin dalam perut yang dihidapi kebanyakan individu berpunca daripada dua sumber utama iaitu:
* Udara yang ditelan iaitu apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stress akan lebih kerap menelan udara tanpa disedari.
* Proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar pada makanan yang tidak dihadam. Gas dihasilkan terutamanya dari seperti karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane.
AEROFAGIA (menelan udara)
Aerofagia atau menelan udara merupakan punca utama bagi masalah angina berada dalam perut.
Semasa makan dan minum, setiap individu pasti menelan sedikit udara.
Selain itu tabiat makan atau minum dengan cepat, mengunyah gula-gula getah, merokok dan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan seseorang menelan lebih banyak udara.
Bagaimanapun kebanyakan individu mengeluarkan udara yang terdapat dalam perut ini melalui sendawa (burping) dan belching. Sebahagian besar daripada udara yang ditelan mengandungi oksigen, nitrogen dan karbon dioksida.
Sebahagian gas yang ditelan ini bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut(hehehe malu seh ade perkataan ni)
p/s-Masalah ini sering melanda diriku akhir2 ini huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Artikel
(222)
Award
(9)
Bahan Santai
(120)
Beloved Nuffnang
(26)
Celebration
(105)
Cite biase jer
(153)
Doa
(11)
Emosi
(183)
First Time
(186)
Gift
(6)
Info
(264)
Kawen-Kawin
(26)
Lirik
(21)
Love
(46)
Nasihat
(68)
Pia berhujung minggu
(83)
Tag
(21)
No comments:
Post a Comment