Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 18, 2010

Baby Sephia,Saya Pia :)

Pic dari Oh!Artis
Tidak ku sangka,dia betul2 namakan anak perempuan dia dgn name "Sephia".Tajuk drama lakonan dia dulu.Singkatan nama Pia yg ku guna kini dgn u all :).Dekat2 pula dgn besday ku 14.03.2010.Baby Cath 12.03.2010 suke2.Tahniah Cath!!I Love the way u talk so much.Sopan gitu,not like me kasar...
Ni pic curik dari Blog Rokku,sorry ye :P.Katanya dari FB Cath sendiri,eh belum add dia laa
  • TAHNIAH buat pelakon Catriona Ross, 29, dan suami, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, kerana sudahpun bergelar ayah dan ibu apabila Cat selamat melahirkan anak sulung mereka Jumaat lalu, jam 8.45 malam.
  • Bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu diberi nama Sephia Rania Ross-Iddin. Cat bersalin menerusi pembedahan di Naluri Medical Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
  • Cat yang menghubungi rakan SS memberitahu doktor menasihatkannya supaya bersalin secara pembedahan kerana tulang pinggulnya kecil. Namun, Cat tidak kisah asalkan dia dan anaknya selamat.
  • Menurut doktor, Cat sepatutnya bersalin minggu depan, namun si kecil itu nampaknya tidak sabar hendak melihat dunia maka dia dilahirkan seminggu lebih awal.
  • Cat juga bersyukur kerana dia tidak berhadapan sebarang komplikasi yang teruk. Selepas setengah jam berada di bilik pembedahan terdengar suara nyaring Sephia. Dalam bahasa Arab Sephia bermaksud kecantikan yang mempesona. Paling menggembirakan Cat, Sephia mewarisi wajahnya yang berdarah kacukan, Melayu-Scotland.
  • Biarpun Sephia masih terlalu kecil, namun Cat sudah tidak sabar untuk membelikan gaun untuk anaknya itu. Kehadiran Sephia dalam hidup mereka menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan muda itu. Nampaknya Aidilfitri tahun ini, Cat sibuklah melayan Sephia. Pasti keperluannya yang diutamakan.
  • Berbeza dengan artis lain menyembunyikan anak masing-masing daripada media, tetapi Cat dengan rasa yang cukup gembira dan teruja mengundang rakan SS untuk merakamkan wajah anaknya itu.
  • Barangkali inilah cara Cat berterima kasih kepada media yang menyokong kerjaya seninya selama ini.
  • Tidak perlu mengadakan majlis khas untuk memperkenalkan permata hatinya itu. SS sendiri pun dah tak sabar hendak melihat wajah Sephia.
  • Lain orang lain caranya dan tentu masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Apapun, kepada yang sudah ada anak, didiklah mereka dengan baik. Jangan lupa beri mereka ilmu agama yang secukupnya agar mereka menjadi orang yang berguna apbila dewasa nanti.
  • Selepas berehat di hospital selama tiga hari Cat akan berpantang 44 hari di rumah keluarga mentuanya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sekalipun berpantang di rumah mentua, sejak awal lagi ibunya datang dari Kota Bharu, Kelantan, untuk menemaninya. Cat juga bercadang menyusukan anaknya dengan susu badan sehingga usianya genap dua tahun.
  • Sebelum kembali aktif dalam bidang lakonannya, Cat akan berehat tiga bulan untuk memberi tumpuan kepada Sephia dan memastikan badannya kembali sihat dan cergas.
Berita dari Harian Metro

5 comments:

ezzati said...

ya Allah..comelnya budak ni..

pu3.ahmad said...

ha'ah! sangat cumel!!!

Sheherazade said...

Lovely Ezzati n Lovely Putri-like?kamu la kan3,hihi

soffya cik bulan said...

namaku juga syg..,..he

Sheherazade said...

Lovely Pia-hee~ name yg sgt cute kan,teristimewa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)