Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

Trauma Kemalangan Maut


PETALING JAYA: "Saya tidak tahu sama ada boleh bawa kereta lagi atau tidak," ujar dramatis, Juhara Ayob (gambar) yang masih trauma akibat terbabit dalam satu kemalangan maut kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang.
Dia yang masih terkejut dengan tragedi itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) di ibu kota.
"Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya.
"Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya kepada mStar Online dalam nada sedih di sini hari ini.
Juhara telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar kira-kira pukul 6 petang tadi.
Bagaimanapun, dia yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish berwarna kelabu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa seorang wanita dipercayai warga Myanmar sedang berjalan kaki telah mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian.mStar


p/s-Pia pernah alami kemalangan kecil,tapi melibatkan 6biji kereta,sampai sekarang cepat terkejut..ada rase trauma

5 comments:

pu3.ahmad said...

woah! mintak2 dijauhkan dri kemalangan maut camtuh..huuu... takotnye...isk..isk..

ps: huk, pia hati2 memandu..kte pon penah langgar org tp alhamdulillah org tu tak mati cume luka ringan. huhuhu..

soffya cik bulan said...

ish ni yg takut...pia tkut nk memandu pasl ni lah..

Sheherazade said...

Lovely Put3-Amin2,minta dijauhkan..ye ke?cian put3.hati2 tau memandu...xoxo

Lovely Pia-uhuhu,kena hati2, kuat semangat dan berani memandu ni....cubela sayang
belum cuba blm tahu

~LoVE PiNk~ said...

erk??bila ek??
asal gua xtau??

Sheherazade said...

Lovely Adk-bace la btl2 bai,huhu :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)