Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 12, 2010

Kyrgyzstan

Hari ni entry serious sikit,dunia diluar sana tidak pernah merasa aman

Saban hari ada saja berita rusuhan,keganasan berlaku diserata dunia ini

Bersyukur lah kita MASIH MENGHIRUP UDARA keamanan di negara tercinta

Mereka2 yg suka merosakkan diri,suka buat hal diluar sana fikir-fikirakan lah

Hidup ini hanya pinjaman dari Allah.....


Pernah kah anda dengar negara Kyrgyzstan?




BISHKEK: Kerajaan sementara Kyrgyzstan semalam mengisytiharkan perintah darurat dan menguatkuasakan perintah berkurung di selatan negara itu selepas pertempuran antara kaum menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan lebih 450 cedera.
Kerajaan sementara itu yang cuba menyerapkan kuasa dan pengaruhnya sejak merampas kuasa dua bulan lalu berkata, walaupun keadaan masih bergelora, tentera kerajaan masih menguasai keadaan.
“Kejadian tembak-menembak sudah berakhir dan agensi keselamatan sudah menguasai keadaan,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Rakhmatillo Akhmedov dalam temuramah dengan radio milik kerajaan.
Bagaimanapun, saksi di Osh, ibu negeri wilayah selatan Kyrgyzstan yang dihubungi menerusi telefon berkata, keadaan masih bercelaru sejak sengketa antara etnik Kyrgyz dan Uzbek meletus malam kelmarin.
Wilayah berkenaan sebelum ini menjadi kubu kuat bekas Presiden Kurmanbek Bakiyey yang digulingkan pada April lalu.
Beberapa bangunan dan kenderaan dibakar sementara tingkap kedai dipecahkan di sekitar bandar Osh yang juga menjadi bandar kedua terbesar Kyrgyzstan.
Kumpulan bertentangan terdiri daripada beribu-ribu remaja bertempur satu sama lain menggunakan belantan, batu dan senjata api, kata saksi. - Reuters

Sumber HMetro

2 comments:

soffya cik bulan said...

entry ini btl2 mengingatkn ttg dunia luar yg sdg dlm ketakutan..sis, apa lg yg kita blh buat ye utk menolong mereka?

Sheherazade said...

Lovely Pia-nak menghunus senjata kita xmampu..hanya dgn doa syg..InsyAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)