Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

Pesan Tun Mahathir pada blogger

Semalam lepas masak dinner simple,sempat la tengok Buletin Utama

Wow !berlansungnya Asian Bloggers and Social Media Conference 

Blogger cabok mcm Pia ni tak layak ler join kot ekeke :,SPEAKER2 nya bukan calang2 orang


Antaranya Tun Mahathir,Blogger tersohor Malaysia,petikkan kata2 Tun

'Penulis blog wajib tulis perkara benar'


2010/07/29

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa penulis blog supaya berpegang teguh dengan kod etika untuk menulis perkara benar demi kebaikan masyarakat supaya mereka dan blog masing-masing lebih dihormati.

Bekas perdana menteri itu berkata, kod etika itu perlu diwujudkan secara sukarela demi kebaikan penulis blog sendiri kerana ia bakal membina reputasi mereka di mata orang ramai.

Dr Mahathir, yang juga seorang penulis blog berkata, masyarakat kini mempunyai akses kepada blog, satu medium yang hampir di luar kawalan mana-mana pihak berkuasa dan jika mereka mematuhi kod etika untuk menulis perkara yang benar saja, lebih ramai orang akan membacanya.


Jika kita bersandarkan kepada kod etika sebegini dalam setiap penulisan kita, saya fikir lama-kelamaan, orang ramai akan menghormati blog. Jika kita tidak menulis perkara yang benar, mereka akan meninggalkannya seperti yang berlaku kepada media biasa ketika ini, katanya dalam ucaptama pada persidangan Blogger Asia dan Media Sosial 2010 di sini, semalam.

Persidangan dua hari itu dihadiri 400 peserta dari benua Asia.


Dr Mahathir berkata, walaupun blog menyediakan ruang bagi kebebasan menulis apa dikehendaki secara mutlak, namun penulisnya masih perlu bertanggungjawab terhadap penulisan mereka serta tidak menyalahgunakannya.

Tidak boleh menyatakan perkara buruk atau memaki hamun orang lain, jangan buat begitu, orang akan marah dan mereka boleh mengambil tindakan terhadap kita. Kita mesti ada bukti untuk setiap yang kita nyatakan, katanya.
Beliau berkata, penulis blog mempunyai kelebihan dari segi kebebasan, namun mereka mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab bagi membentuk pemikiran ke arah membina masyarakat dunia lebih baik demi kebaikan umum.

Tidak ada sesiapa boleh menghalang atau membetulkan kita, kerana kita berkuasa (kerana) kitalah penulis, penyunting dan juga penerbit. Apabila memiliki senjata, jangan gunakan (untuk menembak) sesuka hati. katanya.

Beliau berkata, sesetengah blog amat bagus, namun ada tidak berguna, justeru kemahiran diperlukan bagi mengenal pasti kebenarannya. BERNAMA..terima kasih berita harian

11 comments:

joegrimjow said...

tak tahu plak ada conforence ni

cikpia said...

sebab tu aku salu sebut kat my blog, AKU YANG COMEL.... sebab itu kebenaran nya..... he he....

Sheherazade said...

Joe-waaa xsangka kamu komen diblog saya..tu la kalau xsempat tgk berita mlm tadi mungkin tiada entry ni...xtau menahu pon

Lovely Sofia-kah3 btl la tu :P,bgs2 kamu berkeyakinan tinggi

Anonymous said...

nasib die tak suh buat akta menulis blog klu x naye aje..huhuhu

Jard The Great said...

hehe.. ok noted

Unknown said...

memang tau ada..tapi takut nak register.takut tgk org-org yang akan hadir..seram dan kecut perut.

al fatihah buat arwah.

Sheherazade said...

uruchimaru-hehe,protokol la jwpnya jika ada akta..ooo tidakkk

Lovely Jard-note eh?bgs :D

Lovely K.Ina-akak layak..akak dah otai hehe..tu la hebat2 speakernya

Dina Zakaria said...

tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka..=)

Sheherazade said...

lovely deena-indeed ;)

Jard The Great said...

aosal ade iklan HSBC tu? ehehe

Sheherazade said...

Lovely Jard-ku tgk kat sini xde aikkk??dah edit kamu nmpk ye jard iklan tu?hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)