Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 7, 2010

Awas Jangan Letak Komputer Atas Paha, Bahaya.

Gambar yang disiarkan dalam majalah Pediatrics
        menunjukkan seorang budak lelaki berumur 12 thn
 meletakkan komputer riba di atas pahanya


       

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu

kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel

yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Gambar yang disiarkan dalam jurnal  
Pediatrics menunjukkan paha kiri
          seorang budak lelaki 12 tahun berwarna
   kemerah-merahan seperti melecur
             akibat meletakkan komputer pahanya.


Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan   rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

        Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan
        komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

        Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan     komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

        Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

        Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

        Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan    peniup kaca.

7 comments:

cikpia said...

he he...... seriously, i dah kena benda ni...... tapi lum tahap itam or tak sekata permanently la... dia jadi spot besar, merah.............. dah berapa lama baru i realized kewujudannya..... then i stopped and the 'rash' makin lama makin ilang.....

said...

lama2 laptop kan panas...so kena hati2

Unknown said...

oo baru tau nie..x sangka mcm tu effect dia

Unknown said...

takutnya..nasib baik letak atas meja..

kamera akak pun buat hal..risau gak nak keluar RM ni..kamu beli dulu akak tgk bagus ker idak yer

Sheherazade said...

Lovely Sofia-erk...scary la..jgn wat mcm tu lagi taw..t.care

Lovely Yanie-betul tu kan u...seram ai tgk

Lovely Mia-yup,jgn buat mcm tu..bahaya

Lovely K.Ina-meremang bulu roma kak,saya tgk pic tu

tgk dulu,kalo tak berbaloi repair,beli la jwpnya huhu

soffya cik bulan said...

hu...pia suka ltk ats perut tau ladtop sambil baring hu..takut

Sheherazade said...

Lovely Pia-jgnnnnn,cube pk.kalo kat peha dah jadi mcm tu..perut?iush jgn buat lagik,karang lempang laju2 nak?hak2 :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)