ISTERI Mohd. Helmi melihat mayat suaminya yang mati dihempap batang pokok reput di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, (gambar kecil) mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang.
Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis.
Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut.Kosmo
Semoga beliau tabah diatas pemergian suami tercinta,Al-Fatihah
11 comments:
Innalillah...
risau juga lalu bawah pokok :'(
salam pia, k.nor pun dah tengok td. ada satu blog tu, tayang banyak gambar2 kat tempat kejadian.. pilu dan sebak gak rasa .. sedihnya bila berhadapan dgn kematian org tersayang gitu rupa kan.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan atas dosa2 arwah dan menempatkan arwah bersama2 golongan org2 yg beramal soleh..... amiin...
~innalillah..
ada baca kat metro tadi..baca smpai mengalir air mata ni..pokok reput tu hanyalah penyebab..Ajal arwah dah sampai kt pn xleh buat apa..semoga org2 berkenaan alert je la pasni..pokok2 reput tu x patut ada kt ctu kan
semoga rohnya dicucuri rahmat.kesiannya..
next time pihak majlis bandaraya esp unit landskap kena pantau la pokok2 tua, kasi cantas..bila dah kena,baru diorg nak beringat...
Innalillah...
innalillah..
Innalillah.. semoga Allah beri kekuatan utk isteri dan keluarga arwah menerima ujian ni..
salam takziah...al fatihah....
tgk gak semalam..sgt pilu..
ya Allah...
semoga isterinya dan anak2 tbh mghdapai..
thnx kakak, byk info yg dikongsi stp hari...:)
Lovely Dini-selagi blm smp ajal kite..InsyAllah,utk arwah ni memang ajalnya..pokok itu penyebab :'(,memang ralat
Lovely K.Nor-Amin...sedih,sayu ,pilu..tgk wife dia sgt tabah
Lovely Zti-btl dear,thanks :"(
Lovely Nina-Amin..tu la selalu benda dah jd kan..hmm
Lovely Rozana-Al-Fatihah
Lovely Deena-Al-Fatihah ;'(
Lovely Hana-Amin..harap begitu
Lovely Yanie-Al-Fatihah
Lovely Ryna- :'(,tiba2 je..
Lovely Pia-Amin..doakan ,mereka...welcome yunk
Post a Comment