Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 5, 2011

Usah mengejar artis kurang cerdik....

ISU klip video yang dihasilkan oleh Gambit Saifullah nampaknya menjadi bualan penting dalam industri hiburan minggu ini. Saya sendiri pun hairan bila video berkenaan dihasil kononnya dengan tujuan untuk pasaran Amerika Syarikat (seperti yang dikatakan oleh Gambit sendiri).
Hmmm, layak untuk ke Amerika ke dik? Tak apalah, sekurang-kurangnya Gambit ada cita-cita besar, walaupun terpaksa mengecewakan banyak hati masyarakat dalam negara yang lebih pentingkan maruah dan jati diri daripada populariti ini.
Barangkali sebab pengarah dan pelakon dalam klip video itu adalah orang baru, maka mereka mahu ‘memanaskan’ nama yang tak berapa hendak panas tu. Itu tanggapan saya.
Tapi tolonglah, Malaysia ni negara yang penuh dengan keunikan. Banyak benda lain yang boleh dibuat. Setakat menari ghairah depan ‘peti sejuk’, bukan setakat Amerika, negara Ghana pun tak nak pandanglah. (Baca isu ini lanjut dimuka surat 10 dan 11).
Kalau seni jadi ukuran, sikit pun saya tak nampak seni yang dibanggakan itu.
Selain itu, satu isu lagi yang saya kurang puas hati adalah mengenai sikap ‘main-main’ beberapa artis kita dalam laman sosial.
Sebelum ini Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz yang membuat teman-teman media tak senang duduk apabila menghantar paparan mesej begitu personal di Facebook mereka.
Pengakuan mereka ‘bersayang’, ‘berdarling’ dan beberapa perkataan yang menggambarkan seolah mereka sedang asyik masyuk bercinta membuatkan banyak wartawan mencari.
Kalau bukan sebab kerja, saya pasti teman-teman wartawan bukan kuasa sangat pun hendak layan benda-benda tak mendatangkan faedah macam ini.
Tetapi akhirnya mereka memberitahu bahawa status itu hanya dengan tujuan suka-suka. Bukan bercinta pun, tetapi dibuat dengan tujuan untuk bergurau?
Alahai, cetek sungguh pemilihan cara bergurau artis zaman sekarang ya? Kalau tanya Amy Search, Awie, Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini pun, mereka tentu menangis mengenangkan gelagat ‘adik-adik’ yang baru nak naik dalam industri yang sudah sekian lama mereka duduki ini.
Lagi satu, pasal Awal Ashaari yang cuba untuk bergurau dengan menukar status dirinya, juga di Facebook. Sebelum ini berstatus bujang, tetapi dua tiga hari lepas dia menulis sudah bertunang pula, tiba-tiba. Dan sekali lagi orang media kejar Awal pula nak tanya kesahihannya, dan jawapannya ‘saja, untuk suka-suka’.
Amboi, hidup-hidup Awal ‘tipu’ peminat dan media di laman FB sendiri. Boleh suka-suka pula ya, memang tidak bertanggungjawab.
Pada saya, laman FB sepatutnya digunakan oleh artis untuk hal dan tujuan yang baik-baik sajalah.
Tengok artis luar negara lain, macam mana dia guna FB untuk berkongsi benda baik-baik dengan peminat. Cerita tentang kerjaya, tentang keluarga dan hal-hal yang boleh beri manfaat saja. Mereka jauh sekali bergurau benda yang bukan-bukan dengan hasrat mahu naikkan saham.
Sebab itu mereka boleh maju sampai ke tua. Bukan popular sehari dua, sebabnya mereka menghargai orang lain disekeliling dan tak bersikap ‘bodoh sombong’.
Sebenarnya banyak juga artis lain yang mengangkat status pelik-pelik di laman sosial. Bergaduh pun ada juga dalam ruang yang boleh dibaca seluruh dunia tu. Mereka tak ada perasaan malu lagi dah.
Barangkali tujuan artis-artis mengangkat status pelik-pelik ini adalah untuk menguji sejauh mana media dan peminat akan tertipu dengan permainan mereka.
Kalau itu tujuannya, mereka memang sudah berjaya. Sekarang mungkin mereka boleh ketawa dengan sepuas-puas hatinya, silakan.
Tetapi selepas ketawa besar itu, tolonglah fikirkan semula apakah mereka puas hati kerana dapat ‘mempermain-mainkan’ orang lain? Apa yang mereka dapat dengan cara ‘gurauan’ yang tak berfaedah seperti ini? Apakah begini cara artis kita berfikir?
Media dan peminat pun bukannya bodoh sangat. Tetapi sebab yang melakukannya artis, baik ke buruk ke, kenalah beri perhatian juga walaupun dari awal sudah tahu akan kena ‘propa’.
Pada kesempatan ini juga, saya hendak juga berpesan pada rakan-rakan media yang lain. Tak payahlah nak sibuk kejar golongan artis yang guna taktik kurang cerdik macam ini lagi.
Jangan dilayan orang yang tak berapa cerdik sebab akhirnya kita pun jadi kurang cerdik. Biasanya orang macam ini saja nak dapat publisiti percuma.
Ada kawan saya kata, kalau artis yang sudah cukup populariti, cukup glamor, dia takkan buat benda sia-sia macam ini. Bila artis yang suam-suam kuku buat kerja takda faedah macam ni, kita tahulah sebab musababnya. Kalau bukan nak panaskan nama sendiri, untuk apa?Utusan


Fairy notes-setuju sangat2 dengan artikel ni!

6 comments:

Lydia Miza said...

cetek akal...kurang agama,sbb tu lah jd camni pia

cikpia said...

sebab tu la saya tanak jadik artis... he he....

Anonymous said...

setuju... sangat...

nur said...

Betul tu dear.. Banyak artis baru nk popular cepat... Kasi naik nama..

Aty Fared said...

setujuk jugak........:)

Sheherazade said...

Lovely LM-Setuju

Lovely cik pia-wah cik pia

Lovely deanza-same la kite :)

Lovely nur-btl juge tu :)

Lovely aty- :),giv me 5

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)