Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 6, 2011

Aaron Aziz nak bersara?

Abang Seth dan bersara ke?

Aaron bersiap untuk bersara



KELIBATNYA dalam bidang lakonan sudah pun mencecah angka 11 tahun. Malah, dalam tempoh itu sudah banyak drama dan filem yang membantu menaikkan namanya sebagai seorang selebriti lelaki popular di negara ini.
Lantas, pedulilah kalau ada yang mahu kata dia bagaikan orang asing yang datang menumpang mencari rezeki di bumi bertuah ini.
Asalkan halal, maka tiada halangan buat anak kelahiran Tampines, Singapura ini untuk terus berkecimpung dalam bidang lakonan yang bagaikan sudah sebati dalam jiwanya. Begitulah seadanya jejaka bernama Aaron Aziz ini.
Sejak dipelawa pengarah Erma Fatima untuk memegang watak utama dalam drama berjudul Sumayyah enam tahun lalu, pintu rezekinya di bumi Malaysia seolah-olah sentiasa terbuka.
Ada sahaja tawaran lakonan untuk dirinya. Namakan apa sahaja, watak samseng, watak bapa, watak lelaki budiman mahupun seorang pencinta setia.
Aaron pasti mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang menatap wajahnya di skrin.
Apalagi menerusi wataknya sebagai Seth Tan dalam drama terbaru berjudul Nora Elena yang sedang disiarkan pada setiap petang sekarang ini.
Tentu sahaja ada yang cemburu dengan sifat romantik Aaron sebagai Seth terhadap isterinya, Nora Elena lakonan Siti Saleha.
Pun begitu, jangan tidak tahu. Dalam kerancakan skala lakonannya di kaca televisyen termasuk di layar perak, Aaron Aziz, 37, terbuka berkongsi perancangannya untuk bersara dari dunia lakonan.
“Saya tahu mungkin ada yang akan terkejut dengan kenyataan saya ini. Tapi ini realiti.
“Lambat laun ia akan terjadi. Tetapi semuanya bergantung kepada keadaan terutama sekali apabila khidmat lakonan saya tidak lagi menjadi sambutan.
“Iyalah, semakin hari semakin banyak muka-muka baru yang dapat kita lihat. Jadi ini bukan sesuatu yang mustahil.
“Kalau ikutkan saya tidak mahu berhenti langsung kerana bidang inilah yang banyak memberi jasa kepada saya. Saya boleh menyara keluarga dan membesarkan anak-anak semuanya dengan hasil lakonan.
“Tapi jika satu hari nanti khidmat saya sudah dipandang sepi, maka itulah waktunya untuk saya mengundur diri, ” katanya.
Menurut Aaron lagi, dia juga sudah mempersiapkan dirinya dengan mendalami ilmu pengurusan dan kerja-kerja belakang tabir untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.
“Sebenarnya, saya suka dengan bidang pengarahan. Kalau boleh saya mahu diberi peluang untuk jadi pengarah selepas ini.
“Saya juga punya banyak idea dalam penulisan lakon layar. Cukup minat sampaikan saya banyak buat pemerhatian sendiri dan banyak bertanya pada mereka-mereka yang bijak pandai dalam bab ini.
“Kalau boleh, saya mahu jadi macam Syamsul Yusof.
“Ikhlas saya cakap, biarpun dia muda, tapi saya lihat dia berbakat dan punya kreativiti tersendiri dalam bidang pengarahan. Orang-orang macam ni lah yang kita perlukan dalam industri,” katanya.
Dalam pada itu, kala diusik mengenai ramalannya untuk menggapai cita-cita itu, pinta lelaki berbintang Pieces ini “Beri saya tempoh setahun lagi mungkin? Kalau boleh saya mahu cepat-cepat. Mungkin rezeki saya ada di situ pula, siapa tahu?’’Utusan

Fairy Notes-teringat dulu2 tengok drama Summayah sebab Aaron je,hehe :P.drama tu not bad sedih jugak

4 comments:

Aty Fared said...

saye minat sangat ngan aaron ni since 3-4 tahun lepas... memang suke tengok die kalau belakon watak romantik..;)

babybugmum said...

aiyakkk betul ke ni..huhuh

Lydia Miza said...

suka tgk aaron berlakon

Sheherazade said...

Lovely aty-pia minat dia juga,dr dia tak popular lagi ececeh tak nak kalah

Lovely saza-huhuu.harap tak pd masa terdkt

Lovely LM-pia pon suka :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)